“Okey, kelas sampai sini sahaja hari ini. Kamu semua boleh balik.
Sungjae dan Hyorin, kamu berdua sila jumpa saya sekejap dibilik guru”. Eunkwang
terus beredar ke bilik guru. Selepas memastikan semuanya sudah pulang, Hyorin
menutup pintu kelas. Dia menoleh kearah Sungjae yang sedang membelakangkannya.
“Wei, jom gerak”,kata Hyorin sambil menepuk bahu Sungjae. Dia terus
bergerak tanpa memandang Hyorin.
“Apa alasan kau masuk sekolah ni?”,soal Sungjae tiba-tiba.
“Kakak aku ada kat sini. Kau?”.
“Abang-abang aku ada kat sini”.
“Ouh, tapi tu bukan alasan aku yang first.
Aku sebenarnya cari prince aku”.
“Ouh, siapa?”.
“Entah. Tapi, seingat aku .. namanya Minhyuk la tak silap”,jujur Hyorin
memberikan jawapan. Bulat biji mata Sungjae. Dia terus memandang Hyorin.
‘Minhyuk?
Minhyuk abang aku ke? Aish!! Jinjja? Biar betul minah ni? Eh! Kejap! Bila masa
la pulak dia ni jumpa abang aku? Takkan la diaorang ni couple kot? Eh! Tak la. Setahu aku Minhyuk tak ade girlfriend. Habistu, ni apa?
Aishh!!’,macam-macam soalan yang sedang berlegar-legar dibenak fikiran Sungjae.
Hyorin perasan tentang respon yang diberikan oleh Sungjae.
“Kau dah kenapa?”,soal Hyorin. Sungjae terus memandangnya sambil
tersenyum.
“Tak ada apa. Jom!”,spontan Sungjae menarik tangan Hyorin. Hyorin agak
terkejut lalu terus mengekori Sungjae. Muka Hyorin bertukar menjadi merah.
“Rapat gilos la diaorang berdua tu. Baru aje kenal,kan?”,kata Kai yang
sedang mengintai mereka berdua di sebalik dinding. Tiba-tiba ditempat mereka
terjadi satu gegaran yang membuatkan Kai dan Sehun terkejut. Mereka terus
menoleh kebelakang.
“Sampai hati Hyorin!!”,kata Dasom lalu menumbuk-numbuk dinding sekolah
sehingga menyebabkan tangannya berdarah.
“Bapak ganas”. Hanya perkataan itu yang tersembul dari mulut Sehun.
Soyou terus berlari kearah Dasom. Sehun memandang Soyou tanpa kelip. Kai
menyinggul siku Sehun menyebabkan Sehun menjerit sedikit.
“Ouch! Woi pakcik! Sakitlah”,jerit Sehun menyebabkan Dasom dan Suyou
memandang mereka berdua.
“Yah!! Sejak bila kauorang ada ka sini? Pergi sana main jauh-jauh!
Syoh!”,halau Dasom.
“Dasom, tak baik la macam tu. Diaorang ni dah ada lama sebelum kau
datang. Tu,lah kau. Dok mengintai Sungjae lagi. Ada orang pun kau tak
perasan”,lembut tutur kata Soyou menyebabkan Sehun makin terus memandangnya
tanpa berkedip. Kai ketawa terkekeh-kekeh sambil memegang perutnya.
“Yang kau ni dah kenapa?”,soal Dasom dalam keadaan marah yang bersisa.
“Kau suka Sungjae ke?”,soal Kai secara tiba-tiba. Dasom dan Soyou
pandang sama sendiri.
“Kalau kau suka dia, kau tak boleh cemburu sangat tau. Sebab Sungjae tak
suka perempuan yang kuat cemburu. Lagisatu, dia memang biasa macam tu. Sebab
dia membesar dengan mak dia. Jadi, dia dah terbiasa macam tu. Dia anggap semua
perempuan kat dunia ni mak dia, jadi kau jangan la cemburu sangat. Oh, by the way, nama aku Kai. Mamat senget sebelah ni namanya Sehun.
Kauorang?”,Kai menghulurkan tangannya untuk bersalam. Dasom terus menyambut
tangan Kai.
“Aku Dasom dan ini kawan aku, Soyou. Oh, kau mesti banyak tahu pasal
Sungjae,kan? Boleh ceritakan pasal dia dengan lebih lagi? Oh, jom pergi minum
di Café Latte. Aku belanja kau”,kata Soyou lalu terus menarik tangan Kai dan
terus beredar meninggalkan Sehun dan Soyou.
“Awak nak ikut sekali ke?”,soal Sehun. Soyou memandang tepat kearah mata
Sehun. Muka Sehun terus merah kerana malu lalu terus menunduk. Soyou tersenyum
lalu terus menggeleng.
“Gwenchana, saya nak balik dulu lah”,katanya lembut.
“Saya temankan awak”.
“Tak payah la kot. Saya boleh balik sendiri”,kata Soyou.
“Dongsaeng, nak balik ke tak ni?”,tiba-tiba muncul satu suara. Sehun
terus memandang kearah suara tersebut.
“Unnie dah sampai. Dah habis kelas ke?”.
“Kelas memang dah habis. Tadi tu cuma bersihkan kelas aje. Nak balik
sekarang ke?”.
“Jom,lah”.
“Eh, sekejap. Tu siapa tu? Boyfriend
kau eh? Amboi kau, baru masuk dah dapat boyfriend.
Kenalkanlah kat unnie”,usik kakak Soyou. Sehun tersengih sendiri.
“Nama saya Sehun. Selamat berkenalan dan sila beri tunjuk ajar”,kata
Sehun lalu menundukkan sedikit kepalanya tanda memberi hormat. Kakak Soyou
hanya tersenyum dan mengangguk.
“Ouh, nama noona Jia. Selamat berkenalan. Ouh, kami pergi dulu”,kata Jia
lalu mereka terus beredar.
***************************************************
Dalam pukul 6.30 petang, Sungjae baru
sampai kerumahnya. Dia berhenti seketika dihadapan pintu rumah. Dia memegang
tombol pintu namun tak dipulasnya. Dia mengeluh. Dia kuatkan semangat untuk
memulas tombol pintu itu. Dan seperti yang dijangka.
“Mana kau pergi? Kenapa kau lambat balik? Kau tahu tak Peniel hyung
tunggu kau punyalah lama kat depan pagar sekolah tadi? Kau pergi mana? Dah la
balik lambat. Kenapa kau balik lambat? Kenapa kau tak cakap yang kau balik
lambat? Apa kau buat lama-lama kat sekolah tu? Sekolah tu dah la bahaya bila
malam. Kau tahu tak kiteorang ni risau pasal kau? Jangan nak cakap yang kau
pergi enjoy sana sini dengan si Kai,
Sehun pulak”,Minhyuk mula membebel. Terjungkit kening kanan Sungjae.
“Mana hyung tahu yang Kai dengan Sehun sekolah situ? And, mana hyung kenal Kai dengan Sehun?”,soal
Sungjae.
“Jawab semua soalan aku!”,Minhyuk mula mengamuk. Peniel memegang bahu
Minhyuk.
“Dah. Dah. Pergi masuk mandi dulu, tukar baju semua lepas tu kita makan.
Ilhoon dah siapkan makanan dah tu”,kata Peniel lembut. Sungjae masih lagi tak bergerak.
Berdiri kaku ditempatnya tadi.
“Kau buat apa lagi? Pergi la cepat!”,jerit Minhyuk. Ilhoon terus
mengurut dada abang tirinya itu. Peniel terus menarik lengan Sungjae dan
bawanya masuk kedalam bilik. Adik tirinya itu sekadar tunduk sahaja. Peniel
memusingkan badannya lalu terus memeluk Sungjae. Sungjae meraung sekuat hati
dalam pelukan abang kesayangannya. Peniel mengurut-urut belakang adiknya.
“Syyhh. Syyhh. Minhyuk hyung marah sebab dia sayang Sungjae aje tu. Dah.
Dah. Dah. Jangan menangis lagi. Pergi mandi then
tukar baju. Turun and kita makan
sama-sama ye”,lembut Peniel memujuk adiknya. Dia mengambil beg yang digalas
adiknya lalu diletakkan diatas katil. Tapi Sungjae masih berdiri kaku. Dia mula
membuka baju adiknya. Sungjae terus memegang tangan Peniel. Peniel pantas
memandang Sungjae.
“Peniel, persoalan Sungjae satu je. Mana Minhyuk hyung kenal Kai dengan
Sehun? Sedangkan itu kawan Sungjae masa kat tempat lama, sebelum Sungjae datang
sini lagi. Dan, Sungjae tak pernah la pulak cerita kat mana-mana hyung yang
Sungjae ada kawan namanya Kai and Sehun”,soal Sungjae lalu terus duduk dibirai
katil.
“Minhyuk hyung tu,kan ketua pelajar. Jadi mestilah dia tahu”,ringkas
jawapan yang diberikan oleh Peniel. Sungjae terdiam.
“Baju ni mahal. Sungjae tak ada baju untuk esok. Ottokhe?”. Kening kanan
Peniel terjungkit sedikit.
“Means?”.
“Tak ada apa,lah. Sungjae mandi dulu”. Dia terus pergi melangkah ke
bilik air. Peniel terdiam seketika. Dia terus turun kedapur.
“Mana budak Sung tu?”,soal Minhyuk.
“Hyung-nim. Awak garang sangat dengan dia tadi”,kata Peniel lembut.
Minhyuk mengeluh. Diam tanpa kata. Illhoon setia menanti jawapan dari abang
tirinyaPeniel, namun hampa.
“Dia dah jadi tanggungjawab hyung untuk jaga dia. Sekali omma campak dia
kat dalam rumah ni, dia terus jadi tanggungjawab hyung”,jawabnya perlahan.
Illhoon merenung Minhyuk.
“How about me hyung?”,soal
Illhoon minta kepastian. Minhyuk menghela nafasnya.
“Jawapannya .. dalam statement
hyung tadi”. Dia terus melangkah keluar dari dapur. Kemudian mereka terdengar
bunyi hentakan pintu. Terjungkit bahu Peniel.
*****************************************************
“Siapa guru kelas kamu?”,soal Illhoon semasa mereka makan malam.
“Cikgu Eunkwang”,balas Sungjae.
“Ouh, ingatkan si Changsub”,kata Peniel pula.
“Si Changsub? Peniel cakap macam dia tu kawan Peniel aje”,kata Sungjae.
Peniel dan Illhoon pandang sama sendiri. Kemuadian mereka ketawa.
“Dia tu sebenarnya bekas pelajar sekolah tu. Kira senior kami la. Jadi kami tak panggil dia cikgu pon. Batch Peniel dan Illhoon, semua panggil
dia Changsub aje. Tak adenye nak cikgu-cikgu bagai”,Illhoon memberi penerangan.
Dia tahu apa yang berlegar-legar dikepala adiknya.
“Ouh”. Itu sahaja yang terlafaz dari mulut manis Sungjae. “Mana Minhyuk
hyung?”,soal Sungjae. Semua terdiam.
“Minhyuk? Dia keluar kot”.
******************************************************
“Kau ni dah kenapa pakcik? Muka bengang aje?”,soal temannya yang bernama
Mungsoo tapi lebih dikenal sebagai L. Minhyuk terdiam. Tak lama lepas tu,
Hyunsik datang dan join mereka.
“Eh, mana kembar kau. Razzi?”,soal Hyunsik. Razzi adalah adik kembar L.
Mukanya serupa habis dengan L.
“Oh, dia? Dia busy sikit hari
ni. Katanya assignment dia berlambak.
Nak siapkan ambil masa dalam 3 hari macam tu,lah. Hari ni baru masuk hari
kedua. Semalam pun dia tidur dalam berapa jam aje. Kesian jugak la tengok dia
macam tu”,terang L.
“Assignment ape? Umur-umur
macam ni dah ada assigment eh?”. Hyunsik terus memandang Minhyuk.
“Tugasan la pakcik”,jawab Minhyuk. Hyunsik mengangguk perlahan. “Buat
tak tahu ke atau memang tak tahu?”,soal Minhyuk lagi.
“Malas nak ambil tahu la tu. Kerja yang si Changsub kasi tu kau dah siap
ke belum?”,soal L kepada Hyunsik. Dia terdiam. Dia merenung Minhyuk.
“Wei nenek, kau cakap nak ambilkan untuk aku!”,amuk Hyunsik.
“Wei pakcik, aku dah ambilkan,lah untuk kau. Kau yang suruh aku letak
kat dalam beg kau. Aku letak la. Kau dah siap ke L?”,kata Minhyuk.
“Hahahaha, gila kau aku tak siap lagi? Nak kena bantai dengan si
Changsub tu ke? Hahahahaha”,balas L selamba. Muka Hyunsik mula berubah riak.
“Wei, Minhyuk, L .. ottokhe? Aku tak siap lagi ni? Macam mana ni wei?.
Jangan cakap tak siap, intro dia pun aku tak start lagi ni. Ottokhe?”,Hyunsik mula menggelabah. L dan Minhyuk
memandang Hyunsik lalu terburai ketawa mereka.
“Yang kau menggelabah sampai beku kepala kau ni dah kenapa? Relax la. Aku tak siap lagi la”,kata L selamba.
Kemudian dia memandang Minhyuk. Hyunsik terus melemparkan pandangannya pada
Minhyuk.
“Aku pun tak siap lagi. Nanti deadline
kita ponteng la. Esok baru hantar”,balas Minhyuk selamba. Tapi mereka tahu yang
Minhyuk takkan buat seperti itu. Memandangkan dia seorang ketua pelajar. Sudah
semestinya dia kena menunjukkan sikap dan sifat yang terpuji sebagai seorang
ketua pelajar.
“Minhyuk, aku tiru kau punya aje,lah. Boleh?”,Hyunsik mula merayu.
“Jangan buat pasal wei. Si Changsub tu tau kau tiru aku punya, langsung
dia tak terima mana-mana nanti. Tak pasal kita kena buat balik. Haih! Aku nak tidur wei. Cukup,lah semalaman aku tak
tidur semata-mata nak siapkan benda alah tu”.
“Kau dah siap ke L?”,soal Hyunsik. L dengan selamba menggeleng. Lega
Hyunsik selepas melihat reaksi L.
“Kau dah siap assignment yang
si Changsub tu kasi ke?”,soal satu suara yang mereka amat kenal. Serta merta
Minhyuk memalingkan wajahnya memandang suara tersebut.
“Bora”,nama itu terpacul terus dari mulut Minhyuk. L dan Hyunsik
memandang kearah suara tersebut. Bora terus memandang kearah meja mereka. Dia
sekadar tersenyum menundukkan kepalanya tanpa menyapa kemudian meneruskan
perbualannya dengan Seo Woo. Seo Woo memandang kearah meja mereka lalu
menundukkan kepalanya seperti Bora sebentar tadi. Minhyuk dan teman-temannya membalasnya dengan menundukkan sedikit kepala
mereka. Bora dan Seo Woo meneruskan perbualan mereka semula. Minhyuk terus
memandang Bora.
*************************************************************
“Bora, Minhyuk asyik pandang kau aje dari tadi”,kata Seo Woo. Bora
sekadar mendiamkan diri. Seo Woo mengeluh.
“Apa aku boleh buat kalau dia pandang aku?”.
“Balas la balik. Dia just nak
kasitahu kau yang dia suka kau. Itu aje”.
“Hati aku ni dah lama kat Peniel”.
“Tapi Peniel tak penah nak balaskan?”.
Bora terdiam. Kata-kata Seo Woo ada
betulnya juga.
“Cinta tak boleh dipaksa”,kata Bora perlahan.
“But, better kau cintakan orang yang sayangkan kau daripada kau sayang
orang tu”.
“Makan,lah. Kita kena cepat. Nak siapkan assignment si Changsub tu. Karang tak pasal tangan kita sakit pulak
sebab kena sebat dengan dia”. Bora menukar topik. Seo Woo mengeluh kecil. Bora
menoleh kearah Minhyuk. Ya, Minhyuk masih lagi memandang Bora. Bora tertunduk.
‘Kenapa yang suka,kan aku Minhyuk? Bukan
Peniel?’,Bora bermonolog sendiri. Dia terus menikmati makanan yang tersedia
dihadapannya. Pahit. Rasanya pahit.
***********************************************************
L dan Hyunsik memerhatikan gelagat Minhyuk. L menyinggul siku Hyunsik.
“Kau sukakan dia lagi?”,soal Hyunsik spontan. Hyunsik kedepankan
sedikit badannya. Minhyuk terus menyandarkan badannya. Dia menundukkan
wajahnya.
“Hmm”,hanya itu jawapan dari Minhyuk. Hyunsik memandang Minhyuk tapi
sikunya menyinggul lengan L.
“Walaupun dia pernah tolak cinta kau?”,soal L pula.
“Hmm”. L mengeluh panjang.
“Cakap,lah kat dia”,makin kedepan badan Hyunsik. Minhyuk merenung
Hyunsik menyebabkan Hyunsik kebelakangkan semula badannya kemudian jatuhkan
pandangannya dari ditenung Minhyuk.
“Kau tahu,kan dia suka Peniel?”,soalan berani mati
terpancul keluar dari mulut L. Kali ini, L pula yang kedepankan badannya.
Sekali lagi, Minhyuk merenung Hyunsik kemudian L. Tapi L tak berganjak. Dia
merenung semula Minhyuk. Minhyuk mengeluh. Seperti dia mengalah dengan L.
“Hmm”.
“Hmm”.
“Hmm”.
“Lepaskan dia?”. Nah! Sekali lagi. L mengajukan soalan berani mati
kepada Minhyuk. Hyunsik terus mencubit paha L.
“Aku nak balik,lah”,kata Minhyuk lalu terus meninggalkan mereka berdua.
“Kau ni,kan. Kenapa la mulut tu lancang sangat? Keluarkan ayat macam tu?
Kau tak takut dia mengamuk kat kita ke?”. Soalan Hyunsik tidak dijawab.
Sebaliknya L terus berdiri dan pergi kearah tempat duduk Bora dan Seo Woo.
Hyunsik tercengang. Dia terus mengekori L. ‘Apa,lah pulak yang mamat ni nak
buat’,getus hatinya.
“Aku cakap kat kau sekali sahaja. Tolong la balas cinta Minhyuk. Kau nak
tolak cinta aku boleh tapi bukan Minhyuk. Dia tu semua package ada kat dia. Pandai, kaya, handsome. Apa lagi yang kau nak?”. Terkejut Hyunsik apabila L cakap
macam tu apada Bora.
“L!”,marah Seo Woo. Bora menghentak penyepit yang digunakannya pada
meja. Dia terus memandang L yang berdiri disebelahnya dan terus berdiri.
“Kau dah kenapa?. Aku nak tolak dia or
tak itu masalah aku. Bukan masalah kau”,jawab Bora.
“Menjadi masalah aku sebab tu kawan baik aku”. Hyunsik menarik lengan L
tapi L tetap tak mahu berganjak. Bora berdiri. Dia mendongak memandang L yang lebih
tinggi darinya.
“Aku tak tahu apa yang kau nak”,katanya lalu terus mengambil begnya lalu
terus melangkah pergi. Seo Woo membuntuti Bora dari belakang.
“Peniel tolak kau tapi kenapa kau masih kejar-kejar dia?”,soal L. Bora
berhenti. Dadanya turun naik menahan amarahnya. Dia terus menoleh memandang L.
Hyunsik masih lagi menarik lengan L. Meminta L berhentikan semua ni. Seo Woo
terus menarik tangan Bora.
“Apa yang kau .. cuba sampaikan?”soal Bora. Tak pasti.
“Kau suka Peniel tapi Peniel tolak kau. Persoalan yang timbul, kenapa
kau masih kejar dia?”. Kini dada L pula yang turun naik.
“Kenapa kau tak kawan baik kau, Minhyuk sendiri?”,soalan L dijawab
dengan soalan.
“Kenapa perlu aku tanya dia? Jawapan tu kau tak perlu jawab dan aku tak
nak pun jawapan tu. Jawapan tu untuk kau. Dan jawapan tu ada dalam diri kau
sendiri”,kata L dan terus beredar. Hyunsik menundukkan kepalanya sedikit kepada
Bora dan Seo Woo sebelum dia terus berlari mendapatkan L.
“Apa yang dia cuba sampaikan?”,Bora berbicara sendiri. Seo Woo terus
menarik tangan Bora.
“Jom,lah balik. Kita ada assignment
yang kena disiapkan. Biarlah L tu. Mungkin dia ada masalah lain kot”,pujuk Seo
Woo lembut.
**********************************************************
“Wei, L. Kau kenapa? Kenapa tiba-tiba kau naik angin?”,soal Hyunsik
ingin tahu.
“Aku tahu sakitnya hati bila orang tolak cinta kita. That’s why la aku suruh jugak si Bora tu
terima Minhyuk”,jawab L. Tenang. Hyunsik menggelengkan kepalanya.
“Kau tak boleh buat macam tu. Si Bora lebih sukakan Peniel. Tapi asal
kau tahu, Peniel tolak cinta Bora. Jadi, kauorang sebenarnya sama aje nasib.
Bora pun rasa apa yang kau rasa. Minhyuk tu .. Minhyuk pun rasa apa yang kau
dan Bora rasa”. L terdiam. Kata-kata Hyunsik ada betulnya juga. Dia terus
memandang Hyunsik.
“Tapi kau tak rasa apa yang kami rasa”,kata L lalu terus pergi
meninggalkan Hyunsik. Hyunsik terdiam seribu bahasa. “Aku nak balik. Bye. Jumpa
esok”,kata L yang sedah beberapa langkah dihadapannya tanpa menoleh
memandangnya. Dia sekadar mengangkat tangan kanannya sahaja. Handphone Hyunsik berbunyi. Dia terus
mengeluarkan handphonenya dan terus
menjawab panggilan selepas melihat siapa yang menalifonnya di skrin talifon.
“Yoboseyo”.
No comments:
Post a Comment