Thursday, 13 March 2014

LOVE, LOVE and LOVE (PART 4)









  “Hyung! Baru balik?”,soal Peniel apabila dia melihat abangnya baru sahaja melangkah masuk kedalam rumah.

  “Hyung ni perli Minhyuk hyung ke ape? Dah hyung nampak yang Minhyuk hyung baru je balik, kenapa soal lagi?”,kata Illhoon spontan.

  “Diamlah. Hyung tak tanya kau”,jawab Peniel. Minhyuk sekadar menggelengkan kepalanya. Dia meninjau-ninjau keadaan sekeliling. 

  “Cari Sungjae ke?”,soal Peniel. Minhyuk sekadar menganggukkan kepalanya.

  “Aish! Dah rindu ke? Dia dah masuk tidur”,jawab Illhoon.

  “Oh”,pendek jawapan yang diberi oleh abang kesayangan mereka.

  “Hyung, kenapa ni?”,soal Peniel yang sememangnya seorang yang sangat prihatin dan suka ambil berat tentang ahli keluarganya yang lain.

  “Hey, bulan 4 nanti kemasukan budak baru menengah atas,kan? Kire masuknya budak yang dah tingkatan 3 la,kan?”,soal Minhyuk tiba-tiba. Mereka berdua terus memandang Minhyuk.

  “Kenapa hyung…tanya?”,soal mereka berdua serentak.

  “Urm, nothing. Eh! Cepatnya si Sungjae tu masuk tidur eh?”,soal Minhyuk.

  “Hurm…penat la hyung…”jawab Illhoon acuh tak acuh. Peniel tersengih lalu menolak lembut bahu Illhoon.

  “Penat? Apa yang dia buat sampai penat?”,soal Minhyuk ingin kepastian.

  “Hyung cuba tengok sekeliling rumah ni”,jawab Ilhoon. Minhyuk pun mula mendongak dan melihat sekeliling rumah seperti yang diarahkan oleh adik tirinya, Illhoon.

  “WOW!”,hanya itu sahaja ucapan yang terkeluar dari mulut Minhyuk. Terpana mungkin. Dia terus memandang Illhoon dan Peniel bersilih ganti.

  “Rumah kita…dah baru?”, Minhyuk minta penjelasan yang lebih mendalam.

  “Budak Sungjae tu la yang ubah. Cantik,kan? Tangan dia memang tangan artis tu. Kitaorang pun terkejut bila tengok dia ubah semuanya”,terang Peniel walaupun tak panjang. Wajah Minhyuk terus berubah selepas mendengar penerangan dari Peniel.

  “Oh!. Hyung penat. Hyung masuk dululah. Bye”,Minhyuk terus pergi kedalam biliknya dan terus merebahkan dirinya pada katil empuk. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

  “Illhoon, hyung pun penat,lah. Jom masuk tidur”,ajak Peniel. Illhoon menganggukkan kepalanya dan terus masuk kebiliknya. Dia terlihat abangnya sedang berbaring menghadap siling. Tangan kirinya diletakkan diatas kepala. Kemudian kedengaran dia mengeluh.

  “Kenapa hyung?”,soal Illhoon lalu terus merebahkan dirinya disebelah abangnya.

  Miss Peniel damn much”,jawab Minhyuk.  

  “Eh? Duduk serumah pun masih rindu jugak? Peliklah hyung ni”,jawab Illhoon. 

Minhyuk masih mendiamkan dirinya. “Kalau tak ada budak Sung tu .. mesti Peniel,aku dengan Illhoon tidur peluk-peluk macam dulu. Berkongsi cerita. Berkongsi masalah. Cari masalah sesame sendiri. Eh!”,Minhyuk berhenti seketika. Dia seperti teringat sesuatu. Dia terus berlari keluar dari bilik. Terkejut Illhoon yang sedang berbaring disebelahnya. Dia terus mengikut hala tuju abang tirinya. 

  “Ah! Kemana la pula abang aku nak pergi ni? Jangan dia tiba-tiba meroyan nak belasah budak Sung tu sudah la”,fikir Illhoon dan terus setia mengikut arah tuju abangnya. 

  “Eh? Inikan bilik Penny hyung dengan budak Sung tu. Ah! Sudah!”,Illhoon mula risau apabila abangnya menuju kearah bilik Peniel dan Sungjae. Minhyuk terus menguak pintu bilik mereka. Terkejut Peniel yang sedang belajar dimeja belajarnya.

  “Kenapa tak buka lampu bilik? Belajar guna lampu tidur tak sakit mata ke?”,soal Minhyuk lalu terus memetik suis lampu bilik.

  “Hyung! Jangan!”,Peniel cuba untuk menghalang tapi sudah tak sempat. Illhoon terus menarik tangan Minhyuk.

  “Hyung! Sungjae,lah”,kata Illhoon lalu jari telunjuknya diarahkan kepada sesusuk tubuh yang sedang berbaring diatas katil bersaiz queen. 

  “Jaga budak tu sampai kau menjejaskan mata kau?”,soal Minhyuk tiba-tiba. Peniel dan Illhoon terdiam.

  Not like that, hyung. But, kalau hyung pun, waktu nak tidur mestilah pasang lampu tidur. Terang benderang macam ni macam mana hyung nak tidur”,jawab Peniel lalu menutup semula lampu bilik yang dipasang oleh abangnya. 

  “Hmm. Yelah”,jawab Minhyuk lalu terus pergi meninggalkan mereka. Peniel tersengih lalu terus menarik tangan Ilhoon untuk mengejar abang mereka yang sedang merajuk. Kedua mereka terus memeluk abang mereka dari belakang lalu menggeleteknya. Terburai ketawa mereka semua.
                                 *********************************

Diluar sana kilat sabung menyabung. Hujan turun dengan lebatnya. Sedang nyenyak mereka yang lain tidur, tiba-tiba Peniel terjaga. Dia menoleh kiri dan kanan. Minhyuk turut terjaga.

  “Wae Peniel?”,soal Minhyuk. Peniel terus memandang sebelah Minhyuk.

  “Illhoon?”,hanya itu yang keluar dari mulut Peniel. Minhyuk semakin pelik dengan kelakuan Peniel.

  “Memanglah ni Illhoon. Wae?”,soal Minhyuk ingin kepastian. 

  “Mana..Sung..Sungjae?”,soal Peniel tiba-tiba. Wajah Minhyuk sudah berubah riak. 

  “Sung...? Dalam bilik sebelah”. Selepas mendengar jawapan yang keluar dari mulut Minhyuk, Peniel terus berlari keluar dari bilik. Minhyuk terus mengekori Peniel. 
Sesampainya mereka dihadapan pintu bilik tersebut, kedengaran suara seseorang sedang menangis. Mereka berdua berhenti dan memandang sesama sendiri. Peniel menguatkan semangat untuk membuka pintu. Tombol pintu dipegang lama sebelum dipulas.

  ‘Eh?. Sungjae duduk diatas katil sambil memeluk tubuh dan .. menangis?’,bisik hati Peniel. Dia terus meluru kearah Sungjae lalu memeluk Sungjae. Minhyuk tak bergerak seinci pun. Ilhoon datang dari belakang menyebabkan dia terkejut dan berganjak sedikit kehadapan.

  “Kenapa budak Sung ni menangis?”,soal Illhoon sambil menggosok-gosok matanya.
 Sekali lagi, soalan Illhoon tidak dijawab oleh Minhyuk. Illhoon hanya memandang Peniel yang sedang menenangkan Sungjae. ‘Eh? Manjanya budak ni’,fikir Illhoon.

  “Sungjae, wae?”,soal Peniel sambil memeluk Sungjae. Sungjae terus menangis teresak-esak. Makin kuat Peniel memeluk Sungjae. Soalan Peniel dibiarkan tanpa jawapan.

  “Sssyyyy. Hyung ada kat sini”,Peniel terus memujuk Sungjae walaupun dia tak tahu apa sebabnya Sungjae menangis. Dalam 15 minit kemudian, sudah tidak kedengaran Sungjae menangis. Peniel merenggangkan sedikit pelukan untuk melihat keadaan Sungjae. 

  ‘Eh? Dah tidur? Hmm, ada-ada ajalah budak kecik seorang ni’,sengih Peniel seorang diri lalu terus membaringkan Sungjae. 

  “Hyung, Illhoon masuk tidur ya”,Illhoon bersuara menyebabkan Peniel sedikit terperanjat. 

  “Eh? Illhoon? Sejak bila ada kat sini?”,soal Peniel.

  “Hmm..20 minit yang lepas kot”,jawab Illhoon dan terus pergi meninggalkan Sungjae dan Peniel dalam bilik tersebut.

                      ************************************

  “Peniel tidur dengan budak tu eh?”,soal Minhyuk. Sebolehnya, dia tidak mahu menyebut nama Sungjae.

  “Hmm”,hanya itu yang keluar dari mulut Illhoon. Kedengaran Minhyuk mengeluh. Terjongket kening kanan Illhoon.

  ‘Kenapalah dengan hyung aku yang seorang ni?’,fikir Illhoon. Disebabkan dirinya sedang dikuasai dengan perasaan mengantuk, dia terus merebahkan dirinya diatas tilam empuk miliknya dan abangnya.
                       ******************************
  Sungjae tidur dalam pelukan Peniel. Minhyuk pergi kebilik mereka dan melihat keakraban dua beradik itu walaupun baru berjumpa. Minhyuk mencebik.

  “Manja”,Minhyuk bercakap dalam keadaan yang marah dan suaranya tinggi. Kemudian dia terus pergi tanpa menutup pintu bilik itu. Sungjae terjaga dari lenanya.

  ‘Wah! Aku dalam pelukan abang yang baik, Peniel’,ada nada bangga disitu. Dia terasa seperti ada sedikit cahaya dari sebelah kirinya. Dia segera menoleh. ‘Eh? Pintu bilik terbuka?. Takkanlah hyung lupa nak tutup?. Apakata aku pergi tutup’,dengan perlahan dia menolak tangan Peniel. Dia terus melompat turun dari katil dan berjalan menuju ke arah pintu. Sesudah dia sampai dipintu, tangannya berhenti seketika. ‘Minhyuk hyung??’,bisik hatinya apabila televisyen diruang tamu dengar terpasang.

  “Hyung!”,Sungjae melaung memanggil hyungnya. Tapi, Minhyuk sikit pun tak memandangnya. Dia terus memandang kehadapan dan memekakkan telinganya. Sungjae melangkah mendekati hyungnya. Kemudian, dia memegang bahu kanan hyungnya dengan lembut tapi ditolak kasar dengan tangan Minhyuk. 

  “Pergilah tidur dengan abang kesayangan kau tu”,kata Minhyuk lalu terus meninggalkan Sungjae. Sungjae terdiam.

  “Budak manja!”,jerit Minhyuk lalu menghentak pintu biliknya. Terkejut Illhoon yang sedang nyenyak tidur. Dilihatnya muka Minhyuk yang sedang merah, dia terus merebahkan dirinya semula. Minhyuk terasa kasihan melihat Illhoon yang terkejut. Terus dia menutup lampu bilik dan memasang lampu tidur. Dia terus merebahkan dirinya lalu memeluk Illhoon sekuat hati. Malas Illhoon nak melayan, dia hanya membiarkan sahaja abangnya begitu.

No comments:

Post a Comment