“Morning hyung!”,jerit Sungjae
lalu memegang bahu kanan Minhyuk yang sedang makan. Bagai satu tindakan reflex,
tangannya terus menepis tangan adik tirinya. Semua yang ada disitu tergamam.
Termasuklah Sungjae sendiri.
“Morning? Kau ni sindir aku ke apa? Kau
tak nampak ke sekarang dah pukul 2
petang? Tahulah aku bangun lambat..hari ini”,marah benar Minhyuk.
“Ah! Sungjae, mari la duduk sini”,kata Peniel lalu menarik kerusi yang
berada disebelahnya. Sungjae sekadar menturuti arahan abangnya.
“Kau dah daftar masuk sekolah?”,soal Minhyuk. Sungjae tersengih sendiri.
‘Nak jugak dia bercakap dengan aku’,bisik hati kecil Sungjae.
“Belum,hyung”,jawab Sungjae.
“Jangan panggil aku ‘hyung’”,kata Minhyuk tiba-tiba. Sungjae terus
terdiam.
“Then, nak panggil apa?”,soal
Sungjae. Minhyuk sekadar mengangkat bahunya lalu mencapai begnya yang berada
disebelah kerusi dan terus bangun.
“Mana hyung nak pergi?”,soal Ilhoon yang
tadinya hanya mendiamkan diri.
Minhyuk beredar tanpa menjawab soalan Ilhoon.
Mereka semua hanya menghantar Minhyuk melalui pandangan mata mereka. Pintu
kedengaran dihempas kuat. Terangkat kening kiri Peniel.
“Ilhoon, kenapa dengan Minhyuk?”,soal Peniel. Ilhoon memandang Sungjae
kemudian pandangannya beralih kepada Peniel yang berada disebelah Sungjae.
Kemudian dia sambung makan.
“Ish!”,kata Peniel pendek.
“Peniel, boleh tak tolong daftarkan saya sama sekolah dengan
Peniel?”,pinta Sungjae. Manja. Peniel sekadar menganggukkan kepalanya. Kali
ini, kening kiri Ilhoon pula yang terangkat.
‘Peniel aje? Mana panggilan ‘hyung’nya? Minhyuk yang garang menyinga tu
nak pulak dia panggil ‘hyung’ tapi kena kat Peniel yang macam dewa ni, tak nak
la pulak dia panggil ‘hyung’. Haish! Tak faham la aku dengan budak ni’,Ilhoon
membebel dalam hatinya sendiri.
*****************************************
Minhyuk berjalan sendiri ditengah-tengah
Seoul. Sedang dia leka melihat kamera yang berada didalam cermin kaca tiba-tiba
dia ternampak kelibat seseorang yang amat dia kenal.
“Bora”,nama itu terkeluar dari mulutnya. Dia terus mengejar kelibat itu
sehingga dia kini berada ditengah-tengah kota yang betul-betul sesak. Dia
terpusing kiri dan kanan untuk mencari Bora. Tapi langsung tak jumpa.
Tiba-tiba, bahunya ditepuk seseorang. Terus dia menoleh dan menyebut nama Bora.
“Ah! Prince, ini sayalah.
Seohyun. Bukannya Bora”,kata Seohyun lembut. Minhyuk sekadar mengeluh.
“Prince, awak nak kemana ni?
Kenapa jalan sorang-sorang? Nak saya temankan?”,memang agak bertubi jugaklah
soalan yang diberi oleh Seohyun. Minhyuk terdiam. Dia mahu meninggalkan Seohyun
tapi nampak gayanya, memang tak bolehlah sebab Seohyun sekarang ni sedang
memegang lengan kirinya dengan kemas. Sekali lagi, dia mengeluh.
“Awak nak kemana ni?”,soal Minhyuk tiba-tiba. Gembira bukan kepalang
Seohyun.
“Saya nak pergi Butik Q-Ara sana tu. Awak boleh temankan saya,kan?
Jom”,kata Seohyun lalu terus menarik lengan Minhyuk. Minhyuk menarik lengannya.
“Saya tak cakap yang saya nak temankan awak”,kata Minhyuk lalu
memusingkan badannya untuk terus beredar. Lagi sekali, lengannya dipegang
lembut. Dia kembali menoleh.
“Sampai ke hati awak tengok saya yang cantik ni pergi kesana
sorang-sorang?”,nada Seohyun agak menggoda sedikit. Minhyuk memusingkan badannya
dan terus memandang Seohyun.
“Bukan masalah saya”,ringkas jawapan Minhyuk. Seohyun tak putus asa. Dia
terus menarik lengan Minhyuk. Minhyuk tak sempat untuk membantah. Akhirnya dia
akur. ‘Prince, kali ni aku menang. Kau mesti akan tunduk dengan aku. Lepas kau
tau yang aku ni anak orang terkaya Korea’,bisik hati kecil Seohyun sambil
menyengih.
***********************************
“Peniel!”,jerit Sungjae tiba-tiba. Peniel yang sedang mengajar Ilhoon
matematik diruang tamu terus mengangkat mukanya.
“Yow! I’m here. Sungjae! What wrong?”,bicara Peniel dalam bahasa
Inggeris. Sungjae terlopong.
“Huh? Apa yang Peniel cakapkan ni?”,soal Sungjae lalu terus duduk
disebelah Ilhoon.
“Are you serious that you don’t
understand what Peniel say just now?”,soal
Ilhoon pula. Lagi sekali, Sungjae terlopong.
“Wae?”,soal Peniel dan kini sudah kembali kepada bahasa ibunda mereka.
Barulah Sungjae tersenyum.
“Tak ada apa, saja cari Peniel”,kata Sungjae. Ilhoon terus memandang
wajah Peniel.
“Hehe, he’s boring already”,kata
Ilhoon.
“Then, go play with him”.
“I don’t want to. Hey! Look what I
doing right now”.
“Okay but look at him”,.
“Erk .. soon”,kata Ilhoon
seperti mengalah. “Wait, play what?”,sambung
Ilhoon lagi. Sungjae memang dah terloponglah. Satu apa pun dia tak faham.
“Play hide and seek.
Hahahaha”,gurau Peniel dan berderai ketawa mereka berdua. Sungjae masih lagi
diam kaku. Sekadar tersenyum apabila Peniel atau Ilhoon memandangnya.
“Hey, let’s stop. Seriously, poor him”,kata Ilhoon lalu memandang
Sungjae. Peniel sekadar menganggukkan kepala dan mereka kembali berkomunikasi
dalam bahasa Korea.
*************************
‘Bila la pulak aku ada tandatangan kontrak jadi orang gaji minah ni
pulak?’,soal Minhyuk yang sedang mengangkat barang-barang yang dibeli oleh
Seohyun. Kini Seohyun sedang membelek-belek kasut tumit tinggi setinggi 4 inci.
“Hurm, red, black, green, purple
and yellow? Erm, which one?”,Seohyun
bermain teka-teki sendiri. Minhyuk baru sampai dibelakangnya. Segera dia
menoleh kearah Minhyuk dan tersenyum puas.
“Hyuk-ssi, can I ask you something?
Which one is better? Red? Black?
Green? Purple? Or yellow?”,soal
Seohyun. Minhyuk sedikit pun tak memandang kasut-kasut tumit yang ditunjukkan
oleh Seohyun.
“Mana-mana pun tak cantiklah dengan kau”,jawab Minhyuk selamba. Seohyun
tersenyum.
“Awak dah puji saya”,kata Seohyun dengan bangga.
“Gila”,jawab Minhyuk pula. Seohyun masih tersenyum sendiri.
“Wei, aku penatlah”,kata Minhyuk tapi rupanya dia bercakap sendiri sebab
Seohyun dah tak ada dihadapannya. Dia kini sedang melihat kasut tumit yang
tingginya 6 inci pula. Minhyuk mendengus.
Seohyun kembali ketempat tadi. Tapi, dilihatnya hanyalah beg-beg yang
tadinya dipegang oleh Minhyuk dilantai. Mana Minhyuk?
“Prince!! Prince!!
Hyuk-ssi!!”,Seohyun mencari-cari Minhyuk.
“Miss, he already left”,kata
Jia yang tiba-tiba datang entah dari mana.
“Jia! Baguslah kau datang”,Seohyun bertempik. Jia berganjak sedikit
kebelakang dan menutup lubang telinganya dengan jari telunjuknya.
“Kau dah kenapa?”.
“Yelah, bolehlah kau pulak yang tolong aku”,kata Seohyun lalu matanya
mengarahkan ke beg-beg yang bersepah dibawah itu. Jia mengangkat keningnya.
“Tolong bawakkan beg aku ni. Oh! Kat sana ada jualan murah. Jom”,ajak
Seohyun selamba lalu meninggalkan Jia seorang diri.
“Bila la pulak aku bersetuju nak angkat semua barang kau ni? Haish! Anak
Datuk then manja la pulak. Tak pasal
je”,keluh Jia lalu terus mengutip semua beg-beg milik Seohyun dan terus
membuntutinya.
************************************
Hyorin, Soyou dan Dasom terpusing-pusing sekitar kota Seoul.
“Where is your sister?”,soal
Soyou kepada Hyorin. Hyorin sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“I’m tired”,jawab Dasom pula
lalu terus duduk dibangku yang tersedia di Taman Tema Seoul.
“Then, just take a rest. I’ll go
find my sister and then we go back home”,jawab Hyorin lalu terus pergi
meninggalkan dua orang rakannya yang
sedang berehat di taman tema itu.
“Hey, perasan something
tak?”,soal Soyou kepada Dasom. Dasom sekadar mengangkat bahunya.
“Start je aku berkomunikasi
dalam bahasa Inggeris, kau dengan Hyorin terus follow,kan?”,kata Soyou lalu memandang wajah Dasom yang memang jelas
kelihatan keletihan. Dasom memandang wajah Soyou. Lama.
“Nak air”,pinta Dasom, lemah. Soyou sekadar tersenyum.
“Ye,lah. Aku pergi belikan kau air. Baru aje cari kakak Hyorin sekejap,
kau dah penat macam kita ni berjalan kaki 10 batu jauhnya. Haish!”,kata Soyou
lalu meninggalkan Dasom keseorangan disitu.
“Dasom!”,nama Dasom dipanggil oleh satu suara yang amat dikenali. Dia
terus menoleh kearah suara itu.
“Unnie”,Dasom memanggil panggil gadis itu.
“Mana Hyorin?”,soal Bora lalu terus duduk disebelah Dasom.
“Dia pergi cari unnie”,jawab Dasom, lemah.
“Hey, what wrong with you?”,soal
Bora apabila melihat kawan adiknya sudah lemah seperti setahun tak makan.
“Nothing la unnie. Just letih plus dahaga je sikit”.
“Nak unnie belikan air ke?”,soal Bora, lembut. Dasom sekadar
menggelengkan kepalanya.
“Unnie, nak tanya something
boleh tak?”,soal Dasom.
“Hmm…”.
“Kenapa? Kenapa unnie layan Hyorin tak macam adik eh?”,lancang sahaja
mulut Dasom menyoal Bora.
“Perlu ke?”,soal Bora acuh tak acuh.
“Perlu,lah. Tu,kan adik unnie”.
“Nope. She not my sister.
STEP-SISTER. So, perlu ke unnie layan dia elok-elok? Dapat layanan macam step-sister,lah. Jangan nak
melebih”,Bora menjawab dalam keadaan marah dan bingkas bangun.
“Unnie! Nak ke mana?”,soal Dasom.
“Balik”,selamba jawapan yang diberi oleh gadis itu. Tercengang Dasom.
“Tekad betullah kakak ni. Aku ni pun satu, mulut tu lancang sangat tanya
soalan macam tu dah kenapa? Haish!”,bebel Dasom kepada diri sendiri.
“Kakak aku ada datang sini tak?”,soal Hyorin dalam keadaan
termengah-mengah.
“Kakak kau dah balik”. Tercengang Hyorin mendengar jawapan dari
kawannya.
“Kau biar betul. Eh! Mana Soyou?”.
“Yup! Tadi dia pergi beli air untuk aku. Tapi tak balik lagi. Erm..hah!
tu pun dia. panjang umur”.
“Sorry,lah. Aku lambat. Nah!
air kau”,Soyou menghulurkan air botol kepada Dasom.
“Jomlah balik”,Hyorin terus pergi meninggalkan mereka berdua.
“Yow! How about your sister?
Hyorin!!”,soalan Soyou tidak dijawab. Dasom terus menarik tangan Soyou dan mengajaknya
pulang. Soyou masih tak mengerti apa-apa sekadar mengikut mereka. Malas nak
menyoal mana-mana rakannya. Dia hanya mengikut kehendak rakannya. Kebetulan,
badan dia juga sudah penat. Eloklah kalau dia terus balik rumah dan mencari tab
mandi dan akhirnya mencari tilam empuk miliknya.
No comments:
Post a Comment