Wednesday, 19 February 2014

PLEASE LOVE ME (PART 14) LAST EPISODE





(BILIK PERSATUAN PELAJAR)

   “Kau dah isi borang ke?”,soal Hero kepada Max. Max memandang wajah Hero dan borang itu bersilih ganti.

   “Tak tahulah, hyung!”,Max menjawab. Kemudian dia mengisi borang tersebut sambil diperhatikan oleh Hero. Dahi Hero berkerut sedikit.
  
   “Universiti..Tokyo?”,Hero menyoal. Max memandang wajah Hero. Lama. Tangan kanannya diangkat dan terus kedada Hero. Hero agak terkejut, dia berganjak kebelakang sedikit. Max bangun dan tangan yang tadinya didada Hero telah bertukar kebelakang leher Hero. Hero agak menggigil. Dia menarik leher Hero agar muka Hero dan mukanya lebih dekat. Dia seakan-akan mahu mencium Hero. Dia menghidu-hidu bibir Hero.
  
   “Omma”,panggilnya lembut. “Ada bau kek coklat. Bagi pada saya”,kata Max lalu menolak muka Hero.
  
   “Mana ada!”,jawab Hero.
  
   “Bau kek coklat tu macam baru je tadi hyung makan. Mesti ada lagi,kan? Bagi saya!”.
  
   “Shiro!”. Max berlari kearah beg Hero dan digeledahnya beg itu. Hero cuba menghalang. U-Know baru masuk. Dia agak pelik dengan adengan yang berlaku dihadapannya. Max mengeluarkan bekas yang diisi penuh dengan kek coklat. Hero tergamam. Max tersengih lalu menjulurkan lidahnya kearah Hero. Dia kembali ketempatnya dan terus makan kek coklat itu. Hero duduk ditempatnya lalu menangis teresak-esak. Max memandang Hero dan gelak besar. U-Know pergi kepada Hero.
  
   “Kenapa ni?”,soal U-Know. Hero mengangkat wajahnya dan terus memeluk U-Know. U-Know agak terkejut.
  
   “Saya buat kek coklat tu untuk hyung. Tapi Max dah ambil”,Hero mengadu. U-Know datang dekat dengan Max.
  
   “Max, boleh tak hyung rasa sikit kek coklat tu?”,U-Know bertanya. Lembut.
  
   “A-N-I-Y-O!”,jawab Max. Hero makin menangis dengar jawapan yang keluar dari mulut Max. “Suruh omma buat lagi kek lain untuk appa. Ni omma buat untuk Max”,sambungnya lagi. Hero terus menangis. U-Know tersengih sebab dia memang tahu apa jawapan yang keluar dari mulut Max. Micky dan Xiah yang baru masuk pelik apabila terdengar tangisan Hero.

   “Max, kau buat omma menangis ye?”,soal Micky. Max terus makan kek coklat tu. Dia memandang Micky lalu menggelengkan kepalanya. U-Know terus pergi ketempat Hero dan memujuknya. Xiah pergi ketempat Max dan mengambil kek coklat yang berada dalam bekas itu.
  
   “Sedap!. Omma yang buat ke?”,soal Xiah sambil memandang Hero yang sedang menangis. Max bangun lalu terus mencekak kolar leher Xiah. Xiah agak terkejut.
  
   “Bagi balik kek tu”. Xiah terus meletakkan lebihan kek coklat yang ada ditangannya. Dia terus berlari kebelakang Micky. Menyorok dari Max lalu menangis. Micky agak terkejut. Dia terus memujuk Xiah. Soyeon baru masuk dan dia berasa pelik dengan keadaan dalam bilik persatuan itu. Dalam bilik persatuan tu kini ada dua aktiviti. Makan dan memujuk rakan yang sedang menangis. Soyeon sekadar tersengih. Tahulah dia siapa yang buat Hero dan Xiah menangis bila dia melihat Max sedang makan.
                         
                               ************2011**********
   
  “Wei! Ren. Boram. Aku ada tiga tiket konsert. Kau nak pergi tak?”,soal Soyeon. Boran dan Ren yang duduk dihadapannya segera memandangnya. Mereka memang suka pergi apa-apa konsert.
  
   “Konsert apa?”,soal Ren dengan cepat. Dia paling excited.
  
   “Konsert RED OCEAN TVXQ. Kauorang nak pergi tak?”,jawab Soyeon. Ren dan Boram bertukar pandangan sambil tersengih.
  
   “Mestilah nak! Gila ke taknak?”,jerit mereka berdua.
  
   “Esok malam konsertnya. Lepas habis sekolah esok, kita tersu pergi”,Soyeon menerangkan jadual untuk esok.

  (ESOKNYA)
  
   “Wah! Ramainya orang kat sini”,kata Ren. Masih lagi excited walaupun dah sampai ditempat konsert.
  
   “Ah! Sini! Sini! Kita kena cepat. Aku nak depan. Nanti senang tengok muka-muka Jaejoong, Yunho, Junsu, Yuchun dengan Changmin”,kata Soyeon lalu menarik tangan mereka berdua. Mereka berdua kini berada dihadapan. Walaupun penghalang mereka ialah pagar besi yang sampai didada, mereka masih berpuas hati kerana mereka akan dapat melihat persembahan TVXQ dengan begitu jelas.
Masa yang dinanti-nantikan telah mucul. Semua yang hadir memasang lampu berwarna merah. Mereka bertiga juga membuat perkara yang sama. Memasang lampu merah lalu menghayunkan kekiri dan kekanan. Pada waktu itu, members TVXQ keluar dari belakang stage. Semua yang hadir menjerit-jerit, lagi-lagi Cassiopeia. Pada ketika itu, mata Boram memandang tepat pada Changmin yang berada dibelakang Junsu. Lama dia merenung lelaki itu. Changmin memandang penonton yang lain dan terpandang Boram. Mata mereka berpaut seketika. Kemudian Changmin memberikannya sebuah senyuman ikhlas. Fikiran Boram terus melayang pada seseorang.
  
   “Ah! Nama penuh Max pun ada Changmin. Tapi mana dia ye?”,Boram bercakap sendiri. Tak ada siapa yang dengar dalam keadaan yang macam tu. Matanya terus memandang Changmin.
                             **********************************
  
   “Fuh! Hebat betul la. Aku tak sangka yang aku dapat tengok diaorang depan-depan”,jerit Ren. Boram dan Soyeon ketawa melihat gelagat Ren. Boram memandang Soyeon. Lama.
  
   “Max mana?”,soal Boram tiba-tiba. Ren terus memandang Soyeon.
  
   “Haah la. Aku adik tiri dia pun tak tahu apa dia buat sekarang”.
  
   “Max? Dia belajar kat University Tokyo”,jawapan yang diberikan oleh Soyeon menyebabkan Boram termenung seketika. Ren menganggukkan kepalanya.
  
   “Mana dia tinggal sekarang?”.
  
   “Kenape?”.
  
   “Max,kan jiran aku. Tapi rumah dia kosong aku je aku tengok. Tu yang aku tanya kau tu”.
  
   “Dulu, masa tunggu keputusan, dia tinggal dengan aku. Rumahnya tu dia dah jual”.
  
   “Sekarang dia duduk mana?”.
  
   “Kan aku dah cakap yang dia belajar kat University Tokyo”.
  
   “Kalau cuti semesta, dia tak balik ke?”,soal Boram ingin tahu.
  
   “Oh! Dia duduk rumah hal-abeojinya”,Soyeon memberitahu.
  
   “University Tokyo? Fuh! Bukan calang-calang orang tu dapat pergi sana”,kata Ren. Soyeon mengganggukkan kepalanya.
                   ***************************************
  
   “Yoboseo?”,Boram bersuara.
  
   “Yoboseo! Boram! Omo! Rindunya”,jerit Hero dihujung talian. Boram agak terkejut. Dia sekadar tersenyum.
  
  “Ye! Boram pun rindu oppa. Kenapa call ni?”.

  “Bulan 7 nanti cuti berapa hari?”,soal Hero tiba-tiba.

  “Erm, bulan 7? Dalam 3 minggu kot. Kenapa?”.

  “Hero nak pergi melawat omma dengan appa Hero kat Jepun. Nak ikut tak? Sambil tu, boleh la Boram bercuti sekali. Ah! Kalau nak ajak Soyeon dengan Ren pun boleh jugak. Saja beli tiket lebih untuk diaorang”. Boram membulatkan biji matanya apabila dia terdengar perkataan ‘JEPUN’ yang terkeluar dari mulut Hero.

  ‘Jepun? Max belajar kat situ. Nilah peluang aku nak jumpa dia. Boleh lah. Ajak la Soyeon dengan Ren sekali. Bercuti dijadikan alasan. Memang sesuai’,dia berbisik sendiri.

  “OK. Boram nak ikut. Nanti Boram ajak yang lain. Bye”,katanya lalu terus meletakkan ganggang talifon. Dia kini rasa gembira sangat. Peluangnya untuk berjumpa dengan Max amat tebal. Hero pelik dengan kelakuan Boram. Dia memandang talifonnya.

 (JEPUN)

  “Wah! Kita diJepun”,jerit Ren dan Xiah serentak. Micky, U-Know, Soyeon, Boram dan Hero sekadar tersengih. Mereka berdua adalah orang yang cepat excited dengan sesuatu benda yang baru.

  “Jom pergi rumah omma dengan appa aku dulu jom”,Hero mengajak mereka semua. Mereka sekadar menganggukkan kepalanya.
Sampai sahaja disumah keluarga Hero, sekali lagi Ren dan Xiah menjerit kerana mereka begitu excited. Ibu bapa Hero tersengih memandang mereka. Pandangan ibu bapa Hero amat tajam. Ren dan Xiah menoleh memandang ibu bapa Hero. Mereka terdiam sekejap.

  “Erk, ini ke pandangan mafia?”,bisik Ren kepada Xiah. Mereka senyum kepada keluarga Hero dan berundur sedikit demi sedikit.

  “Kauorang ni kenapa?”,soal U-Know.

  “Kami ni tak makan orang, jadi jangan takut sangat ya”,kata ibu Hero.

  “Dah, sini. Yang lelaki tidur dalam bilik aku. Yang perempuan tidur sebelah bilik aku”,kata Hero sambil menunjukkan bilik kepada rakan-rakannya. Xiah dan Ren menerpa masuk bilik perempuan dahulu.

  “Wei! Bilik kauorang kat sinilah”,jerit Hero. Mereka buat tak dengar dan lagi sekali. Mereka begitu excited dengan bilik yang besar itu.

  “Wah! Untung Boram dengan Soyeon. Duduk berdua aje tapi bilik punya besar macam ni”,kata Xiah.

  “Haah”,Ren mengiakan statement Xiah. Micky menarik kolar Xiah dan Ren agar keluar dari bilik itu.

  “Boram dengan Soyeon penat tu. Diaorang nak berehat. Yang kauorang ni menyibuk kenapa?”,Micky bertanya, Xiah dan Ren terus masuk kebilik Hero. Lagi sekali, mereka menjerit.

  “Wow! Bapak besar bilik dia. Duduk sorang tapi bilik bapak besar macam ni!”,jerit Ren. Kali ini Xiah pula yang mengiakan statement Ren. Hero sekadar menggelengkan kepala.
              *****************************************

  “Tolonglah Soyeon!”,tiba-tiba Boram meminta pertolongan dari Soyeon.

  “Borago?”.

  “Takkanlah kau tak tahu kat mana Max?”.

  “University Tokyo la”.

  “Aku nak jumpa dia”.

  “Kau jalan-jalan aje kat taman tema dekat dengan University tu. Nanti kau akan jumpa dia. Waktu macam sekarang ni, dia dah pergi taman tema tu”.

  “Kau tak nak ikut ke?”,soal Boram. Soyeon menggelengkan kepala. Boram berterima kasih pada Soyeon dan terus pergi. Hero nampak Boram tergesa-gesa keluar lepas bercakap sesuatu dengan ibunya diruang tamu. Dia memanggil Boram tapi Boram tak mengendahkannya.

  “Omma, mana Boram nak pergi?”,soal Hero kepada ommanya.

  “Mengejar cinta sejati”,ommanya jawab dengan tenang. Dahi Hero berkerut. Dia mengintai bilik Soyeon dan Boram. Soyeon berada didalam bilik itu. Dia terus menerjah masuk.

  “Soyeon, mana Boram nak pergi?”,soal Hero.

  “Taman tema Tokyo”.

  “Buat apa?”.

  “Jumpa Max kot”,jawab Soyeon tanpa memandang Hero.

   “Bo?”,Hero terjerit. Soyeon agak terkejut. Dia terus memandang muka Hero. Lagi dia terkejut. ‘Hero ke? Aku ingatkan siapa tadi. Mampus aku’,bisik hatinya. Hero terus meluru keluar.                           *********************************************

  “Max. Jebal!”,kata Boram. Hero lambat beberapa minit sebelum Boram meluahkan cintanya kepada Max. Dia curi-curi dengar perbualan mereka. Dia duduk tidak jauh dari mereka.

  “Boram, kenapa awak tak lupakan saya aje?”.

  “Macam mana saya nak lupakan Max? Max adalah cinta pertama saya”,jawab Boram jujur. Max menggelengkan kepalanya.

  “Boram, lebih baik awak mencintai orang yang lebih mencintai awak dari awak mencintai orang yang awak .. hurm”.

  “Bo? Kita bercakap pasal perasaan la Max. Perasaan suka tak boleh dipaksa. Max..Max dah tak suka Boram ye?”,soal Boram. Matanya mula berkaca.

  “Macam mana dengan Hero? Jangan sakitkan hati dia. Sayanglah dia macam Boram sayang Max. Sukalah pada dia macam Boram suka pada Max. Cintalah dia macam Boram cinta Max”,kata Max lalu terus berlalu pergi meninggalkan Boram. Air mata Boram mengalir deras. Dia menoleh kebelakang. Memanggil nama Max.

  “Awak..awak..awak reject saya ke?”,soal Boram. Max berhenti tapi tak memandang Boram. Dia mengeluh.

  “Boram, PLEASE LOVE ME”,Max bercakap sendiri dan terus beralu pergi tanpa memberikan Boram jawapan. Hero menggigit bibir bawahnya.

  “Boram, aku memang tahu kau tak pernah ada apa-apa perasaan kat aku dari mula lagi. Tapi Boram, PLEASE LOVE ME”,kata Hero sendiri sambil menumbuk-numbuk dadanya.

  “Max, PLEASE LOVE ME”,kata Boram perlahan. Air matanya terus mengalir. Boram tahu apa jawapan Max. Boram dah agak inilah pengakhiran cerita. Dia tersengih dalam sedunya dan terus pulang. ‘Mungkin mencuba untuk mencintai Hero adalah jalan terbaik untuk meneruskan cerita dongeng ni. Siapa tahu?’.     

             -TAMAT-

No comments:

Post a Comment