Pn.Park duduk menghadap Soyeon dan Max.
Suasana masih lagi sepi. Soyeon terus memandang tajam kepada ahjummanya.
“Ah! Soyeon. Awak tak balik?”,soal Pn.Park memecah kesunyian.
“Hari ni hari jumaat. Esok hari sabtu. Cuti sekolah. Jadi ahjumma
mengizinkan Soyeon duduk sini. Kenapa Puan nak jumpa saya?”,Max cepat menjawab
dan kemudian soalan dilontarkan kepada ommanya. Terkial-kial Pn.Park ingin
menjawab.
“Max..”.
“Hmm?”.
“Kamu dah tak kenal omma ke?”,soal Pn.Park.
“Kenapa saya perlu kenal dengan orang yang dah membuang saya? Yang tak
mengaku saya anak hanya disebabkan saya tak sempurna waktu tu?”.
“Omma mengaku omma salah. Max, maafkan omma ya?”.
“Kalau saya ada appa, saya akan kenal omma saya. Tapi sakerang, appa
saya sudah meninggal tanpa saya sempat melihat wajahnya buat kali terakhir.
Semuanya sebab siapa? Sebab omma saya sendiri. Tapi kenapa? Sebab kononnya appa
saya makin sakit kalau saya ada disisinya. Tapi, saya tak berada disisinya
pun..appa saya meninggal juga”.
“Omma mengaku omma memang silap”.
“Kenapa baru sekarang?”,Max mula mengalirkan air matanya.
“Huh?”,Pn.Park tak mengerti soalan Max.
“Kenapa baru sekarang Puan datang jumpa saya dan mengaku saya anak?’,soal
Max sambil menundukkan wajahnya. Mungkin nak menyorokkan air matanya. Tak
pasti.
“Omma..omma..”,Pn.Park tak dapat menjawab.
“Sudahlah. Saya ni bukannya darah daging Puan. Kenapa Puan asyik datang
jumpa saya?”,soalnya lalu mula bangun.
“Kamu anak omma. Macam mana omma boleh tak mengaku kamu anak?”.
“Bo? Anak? Hah? Saya salah dengar ke? Eh! Bukan ke kat bilik persatuan
pelajar Puan cakap yang Max tu bukannya darah daging Puan? Hanya Ren sahaja
anak Puan?. Oh? Saya salah dengar ke?”,soal Max mengejek. Pn.Park terdiam.
Soyeon sekadar tersengih.
“Max! maafkanlah omma. Max!”, Pn.Park mula meraung. Max terus
memalingkan tubuhnya.
“Puan tak buat salah apa kat saya. Kenapa perlu minta maaf?”. Pn.Park
terus memandang Max. Max menyambung, “Puan tak buat salah kat saya sebab saya
tak kenal puan. Tu je”.
Pn.Park terus menangis. Mungkin menyesal dengan apa yang telah dibuatnya
dulu. Dia terus meraung dihadapan Max. Max terdiam. Matanya mula berair. Dia
sebenarnya tak sampai hati melihat ommanya meraung dihadapannya.
“Ahjumma, sudah la tu”,Soyeon bersuara. Pn. Park terus memandang Soyeon.
“Kamu cakap senang la. Ahjumma takkan balik selagi Max tak maafkan
ahjumma”.
“Ahjumma sepatutnya fikir dahulu waktu sebelum tinggalkan Max oppa. Ni
sekarang .. Huh! Ahjumma. Nasi dah jadi bubur”.
“Kalau ahjumma boleh putarkan balik masa, ahjumma takkan buat macam
tu”,kata Pn.Park dengan penuh penyesalan. Mata Max dah merah. Dia terus
memandang ommanya. Ingin dia memeluk ommanya. Tapi, bila teringat apa yang ommanya
dah buat padanya, dia tak boleh maafkan ommanya semudah itu.
“Sudahlah puan. Betul pun kata Soyeon. Nasi dah jadi bubur. Sepatutnya
puan kena fikir dulu sebelum puan buat sesuatu”,kata Max. Tegas. Pn.Park
tersentak.
“Kamu..taknak maafkan omma?”,soal Pn.Park.
“Puan..pernah tak puan fikir macam mana susahnya seorang budak yang
berumur 11 tahun untuk teruskan hidupnya tanpa kasih sayang ibu dan bapa
disisinya? Mungkin puan tak pernah terfikir sebab puan tak pernah kena buang
dengan omma dan appa puan sendiri. Tapi, anak puan yang namanya Max tu..yang
puan tinggalkan sebab dia tu lembap sikit je, puan dan tak nak. Puan dah buang.
Puan pernah tak terfikir apa perasaan dia? Pernah ke?”,soal Max. Nadanya mula
meninggi.
“Oh tuhan!! Kau hukumlah aku. Aku dah tak sanggup lagi hidup kalau anak
aku sendiri tak maafkan aku”,teriak Pn.Park.
“Kenapa Tuhan tak hukum puan dari dulu? Kenapa lepas aje puan buang anak
puan tu, kenapa puan tak minta Tuhan terus hukum puan. Kenanpa baru
sekarang?”,nada Max masih seperti tadi. Tinggi. Pn.Park terkejut.
“Puan, saya sedia menerima puan semula ..”,Max belum sempat menghabiskan
ayatnya, Pn.Park sudah memotong.
“Jinjja? Kamu dah maafkan omma?”,soalnya. Mukanya sudah lagi tidak
beriak sedih.
“Bukan”,spontan Max menjawab. “Saya sedia terima puan semula selepas 5
hari puan buang saya. Tapi, sekarang dah berapa tahun berlalu.
Jadi,mianheyo”,kata Max dan terus pergi. Pn.Park terkedu dan terus meraung. Max
terus memanjat tangga dirumahnya dan terus masuk kedalam biliknya. Dia
merebahkan badannya. Dia menutup mukanya dengan bantal dan terus menangis
sekuat-kuat hatinya.
“Ahjumma..”,Soyeon memanngil ahjummanya. Pn.Park terus memandang Soyeon.
Dia tersenyum.
“Kamu tahu Soyeon. Tuhan dah hukum ahjumma sekarang ni. Huh!. Sudahlah.
Ini balasan untuk ahjumma jugak sebab ahjumma yang buang dia. Jadi,mungkin tak
salah kalau giliran dia pula yang membuang ahjumma. Hukum karma. Hukum
karma”,kata Pn.Park dan terus menapak pergi. Soyeon sayu memandang ahjummanya.
Kemudiannya, Pn.Park menoleh memandang anak saudaranya. Mulutnya agak
tergetar-getar untuk meluahkan sesuatu. Soyeon masih setia menunggu. Ahjummanya
mula bersuara,“Tolong sampaikan pada Max, dia boleh benci ahjumma, tapi tolong
jangan benci Ren. Ren tak salah”.
“Ahjumma jangan risau. Oppa bukan orang yang macam tu. Ahjumma pun
tahukan?”.
“Tak! Ahjumma tak tahu”,pantas Pn.Park membalas. Soyeon agak terkedu.
“Macam mana ahjumma nak tahu? Ahjumma cuma melahirkan dia tapi tak membelanya
pun. Kamu yang lebih tahu walaupun kamu tak melahirkannya. Bila kamu ada anak
nanti, jaga anak kamu elok-elok ye”,pesan ahjummanya kepada Soyeon. Soyeon
sekadar mengangguk. Kereta Pn.Park menderu laju diatas tar jalan raya. Soyeon
terus menutup pintu rumah Max. Dia pergi menjenguk Max dibilik. Max sudah
terdiam kaku diatas katilnya. Soyeon sedakar menggelengkan kepalanya. Dia pergi
dekat dengan katil abang saudaranya dan terus menyelimutkannya.
“Omma….omma”,Max memanggil-manggil ommanya dalam tidurnya. Soyeon
mengesat air matanya yang mengalir. Dia terus menutup lampu bilik itu dan terus
keluar lalu menutup pintu bilik itu. Dia pergi kebilik sebelah dimana itu
sememangnya biliknya. Max memang sediakan satu bilik khas untuk adik saudaranya
itu sebab waktu cuti sahaja, Soyeon akan datang bermalam dirumahnya.
************************************
“Hei! Budak!”,kata Ren sambil menundingkan jari telunjuknya kearah
Soyeon yang baru masuk kedalam kelas. Soyon terus pergi ketempat Ren lalu
mencekak kolar leher Ren.
“Siapa budak? Dan kau nak apa?”.
“Ah! Relax la kawan”.
“Yosh! Mana Boram?”.
“Mollaso. Aku masuk tadi pon cuma ada begnya aje. Orangnya entah
kemana”.
“Ah! Loceng dah nak berbunyi ni”.
“Hei! Asal kau cekak kolar leher Ren?”,soal Boram yang datangnya entah
dari mana. Soyeon sekadar tersengih lalu melepaskannya.
“Max…tak datang ke?”,soal Boram kepada Soyeon. Soyeon mengangkat bahunya
tanda tidak tahu.
“Kenapa?”.
“Tak, tadi pengetua datang kelas. Dia nak jumpa kau la tu. Sebab dia
cakap Max tak datang. Maybe kau tahu”.Boram menjeaskan keadaan sebenar.
“Oh!”,kata Soyeon lalu terus menapak keluar dari kelas.
“Kau nak pergi mana?”,soal Ren.
“Bilik persatuan pelajar”.
(BILIK
PERSATUAN PELAJAR)
“Ah! Kau dapat tak call dia?”,U-Know menyoal Hero yang sedang cuba untuk
menalipon Max. Hero sekadar menggelengkan kepalanya. Dia mengalihkan
pandangannya kepada Micky dan Xiah.
“Kauorang berdua..dapat tak call rumah dia ke?”.
“Taklah. Dah call banyak kali tapi dia tak angkat”,kata Micky dan Xiah
serentak. U-Know mengeluh. Pintu bilik dikuak. Micky, Xiah dan Hero memandang
kearah pintu tersebut. Tapi U-Know sedikit pon tak kisah. Soyeon masuk dan
terus meluru kearah U-Know.
“U-Know! Wae?”,soal Soyeon. U-Know yang sedang membelakanginya terus
menoleh kearahnya. Dia terus meluru kearah Soyeon.
“Ah! Soyeon. Mana Max?”.
“Bo? Max? Mollaso..Wae?”.
“Ah! Bukan ke Soyeon tidur rumah dia?.
“Oh! Hari ahad tengah hari Soyeon dah balik rumah”.
“Yeah? Hari ahad tu dia tak ada cakap apa-apa ke?”.
“Aniyo”,jawapan yang diberikan oleh Soyeon amat mengecewakan U-Know. Dia
mengeluh. Soyeon berasa pelik dengan kelakuan U-Know.
“Jakkam-man, kenapa semua orang sibuk cari Max?”,soal Soyeon ingin tahu.
“Hari ni,kan sepatutnya Max kena jadi MC untuk pertandingan apa entah
kat Sekolah Tinggi Lelaki. Tapi sekarang ni dia pulak yang tak ada”,kata U-Know
lalu mengeluh. Soyeon terus memandang U-Know.
“Kenapa tak U-Know aje yang gantikan tempat Max?”,Soyeon memberi
cadangan. Ketika itu, pengetua sekolah mereka baru sahaja melangkah masuk. Dia
terdiam mendengar cadangan Soyeon.
“Aigo! Taknak,lah. U-Know tak sehebat Max untuk gantikan tempat
dia”,kata U-Know. Micky,Xiah dan Hero berpandangan sesama sendiri. Mereka
tersenyum.
“Haahla hyung. Gantikanlah tempat Max”,kata Hero.
“Ah! Hyung layaklah. Jangan risau”,kata Micky pula.
“Hyung! Hyung memang kena gantikan tempat Max jugak. Takkan la nak suruh
kitaorang pulak? Memang menggagap la kitaorang kat depan sana”,kata Xiah.
“Aish! Kauorang ni. Taknaklah”.
“Ala hyung.. please!!!”,pinta Micky, Xiah dan Hero sambil melutut.
“Bagus jugak cadangan Soyeon tu U-Know. Awakla yang gantikan dia.
Mungkin harini Max tak dapat hadir disebabkan satu benda yang tak boleh
dielak”,pengetua sekolah itu bersuara. Mereka semua terus memandang pengetua
yang masih berdiri dipintu. Mereka terus menundukkan badan mereka 90 darjah
tanda hormat. Pengetua sekadar menganggukkan kepalanya sahaja.
“Awak ajalah yang gantikan Max harini”.
“Tapi pengetua….”.
“Kami letakkan kepercayaan pada awak. Awak boleh lakukannya”.
“Erm…”,lama U-Know berfikir sebelum dia memberikan jawapan. 10 pasang
mata member tumpuan penuh kepadanya. Dia memandang wajah-wajah yang ada dalam
bilik persatuan itu satu persatu. Dia mengeluh.
“Erk..Oklah pengetua”,katanya lambat-lambat. Mereka yang lain bersorak.
Suka. Pengetua sekadar tersengih.
“Ah! Sudah! Jom. Kita kena pergi kesekolah lelaki tu. Lambat nanti,
susah pulak kita”,kata Pengetua lalu terus keluar. U-Know bersalaman dengan 3
orang kawan baiknya. JYJ. Mereka bertiga bersalam sambil menepuk bahu U-Know.
Soyeon tersengih lalu terus keluar dari bilik persatuan tersebut. ‘Ah? Mana Max oppa ye?’,Soyeon bermain
teka-teki sendiri.
(JEJU-DO
ISLAND)
“Balik juga kamu ya,Max”,kata atuknya. Max sekadar tersengih.
“Ni pon memonteng ni. Oh! Kat sekolah sepatutnya Max kena jadi MC”.
“Hah? Habis tu? Macam mana ni? Kamu nak balik ke Seoul ke?”,soal
neneknya yang datang dari dapur.
“Eh! Halmeoni!”,Max sedikit menjerit lalu terus memeluk neneknya.
Neneknya mencium keuda belah pipi dan dahinya.
“Dah besar panjang kamu”,kata neneknya sambil memeluknya. Max membalas
pelukan neneknya. Dia memandang atuknya yang sedang duduk diberanda rumah
sambil memandang bukit bukau, gunung ganang yang berada jauh nun disana.
“Omo! Halmeoni. Hal-abeoji macam marah aje?”,kata Max sambil tersengih.
Neneknya terus meleraikan pelukan.
“Bo? Marah? Sebab apa?”,soal neneknya. Max sekadar ketawa sambil memeluk
atuknya yang sedang duduk.
“Haish! Kamu ni. Buat apa la hal-abeoji nak marah kalau halmeoni peluk
kamu? Kamu ni cucu kesayangan kami”,kata atuknya.
“Yosh? Soyeon?”,soal Max kepada atuknya lalu memandang neneknya.
“Iye. Soyeon tu pun cucu kesayangan kami. Tapi, kamu dengan dia
berbeza”,kata neneknya sambil menepuk bahunya.
“Yeah? Beza? Iyelah. Saya lelaki. Dia perempuan”,seloroh Max lalu terus
ketawa.
“Kamu hidup sendiri tapi dia masih ada abeoji dengan eomeoni disisinya.
Tapi kamu? Kamu langsung tak ada. Kamu hidup sendiri”,kata atuknya. Muka Max
terus berubah. Neneknya memukul paha suaminya.
“Aish! Awak ni..”,marah neneknya. Dia terus memandang cucunya yang
sedang berada diantara dia dan suaminya. “Apa yang menyebabkan Max balik Jeju
ni?”,soal neneknya.
“Nak melawat..abeoji”,katanya lemah.
“Bila?”,soal atuknya.
“Nanti petang. Tak panas”,balas Max masih lagi lemah.
“Kamu balik kampung ni sebab nak melawat abeoji kamu la ye? Bukan nak
melawat halmeoni dengan hal-abeoji yang sudah tua ni?”,soal neneknya samba
buat-buat sedih.
“Sarangheyo”,kata Max lalu terus meninggalkan mereka berdua diberanda.
Neneknya terus memukul suaminya. Suaminya sekadar tersengih.
No comments:
Post a Comment