“Maafkan saya Hyorin, saya rasa..hubungan kita sampai sini
sahajalah”,kata teman lelaki Hyorin kepadanya. Mata Hyorin mula merah dan
berair. Dia terdiam dan tak mampu berkata apa-apa.
“Saya benci awak! Selamanya!”,jerit Hyorin lalu meninggalkan teman
lelakinya. Dia berlari sambil menangis. Matanya memang tak nampak apa. Dia main
redah aje. Tiba-tiba kakinya tersepak batu. Dia jatuh tersembam. Dia tak bangun
malah terus menangis.
“Adik, jangan menangis kat sini”,tegur satu suara. Hyorin menoleh.
Seorang lelaki bercangkung disebelahnya. Dua lagi berdiri dibelakang lelaki
tersebut. Dia terbaca nama ditag nama lelaki tersebut.
“Peniel”,dia menyebut nama lelaki itu. Perlahan namun masih boleh
didengar oleh lelaki tersebut.
“Ya, saya Peniel. Kenapa adik menangis kat sini? Nama adik siapa?”.
“Hyorin. Kaki..sakit. Hati..sakit”,jujur jawapan Hyorin sambil dia
menepuk-nepuk dadanya. Lelaki yang
bernama Peniel tersebut tergelak. Begitu juga dengan salah seorang lelaki yang
sedang berdiri, dia juga tergelak mendengar jawapan Hyorin. Tapi seorang lagi
tiada apa reaksi. Mukanya tenang. Hyorin mula terpikat.
“Ah! Kaki? Oh? Lutut adik berdarah la”,kata Peniel. Hyorin terus
menangis.
“Ah! Peniel! Kau buat dia menangis lagi la”,kata lelaki yang berwajah
tenang sambil menepuk bahu Peniel dengan tangannya. Dia bercangkung disebelah
Peniel lalu menurunkan beg yang digalasnya. Dia mengeluarkan first aid.
“First aid?”,soal Hyorin.
Tiba-tiba dia tergelak. Mereka bertiga terus memandangnya.
“Macam poket
Doraemon la pulak”,sambungnya dalam gelak. Tiada reaksi dari lelaki tersebut.
Hyorin membaca nama ditag namanya.
“Minhyuk”,Hyorin menyebut nama lelaki itu lalu memandang wajah lelaki
itu. Lelaki itu sekadar tersenyum. Dia mengubati luka dikaki Hyorin. Hyorin
membiarkan dia mengubat kakinya yang sakit.
“Dah”,kata Minhyuk selepas selesai mengubat Hyorin.
“Kenapa bawa first aid?”,soal
Hyorin ingin tahu.
“Sebab setiap hari saya akan berjumpa orang macam awak. Jangan terlampau
kecewa kalau ditinggalkan kekasih. Bukanya awak tak boleh hidup tanpa kekasih
disisi”,katanya tegas lalu meninggalkan Hyorin. Hyorin tercengang. Mereka
bertiga pergi meninggalkan Hyorin.
“Peniel!”,Hyorin menjerit memanggil nama Peniel. Dia segera menoleh.
Hyorin berlari anak menuju kearah Peniel.
“Awak bertiga ni, kawan ke?”.
“Taklah. Yang Minhyuk tu abang kembar saya. Saya dan dia lahir sama
tahun tapi tak sama bulan. Dia bulan January,
saya bulan December. Yang seorang
lagi tu, Illhoon. Dia adik tiri kami”,Peniel memberi penerangan.
Hyorin melihat lencana dikot sekolah
Peniel. “Sekolah..Sekolah Tinggi J?”,Hyorin agak terkejut.
“Haah. Kami bersekolah disekolah tu. Kenapa?”.
“Itu
bukan ke sekolah elit?”.
“Haah. Yalah tu”.
“Kakak saya bersekolah disitu. Mungkin sama umur dengan awak”.
“Kakak? Siapa nama kakak awak? Mungkin saya kenal”.
“Bora”,dengar nama Bora disebut, Peniel terdiam seketika. ‘Bora? Dia tak
pernah pun cakap yang dia ada adik. Dia cakap yang dia anak tunggal. Tapi,
ni..’,teka teki mula terbit dikepala Peniel.
“Kenapa oppa nampak terkejut?”,soal Hyorin pelik. Dia mula memanjakan
dirinya dengan Peniel dengan panggilan ‘oppa’. Peniel melihatnya atas bawah.
Dia tersengih.
“Ah! Adik ni Sekolah Menengah M ke? Lebih baik adik pergi sekarang
sebab, tak silap saya loceng akan berbunyi kejap lagi”. Hyorin terus melihat
jam ditangan kirinya. Dia menepuk dahinya lalu terus berlari meninggalkan
Peniel.
“Uhuk! Uhuk! Bora ada adik ke? Bora mana erk? Ah! Bora,kan seorang aje
kat sekolah ni. Sahlah dia tu. Uhuk! Uhuk!”,Peniel memegang dadanya. Rasa sakit
sangat. Dia menggenggam dadanya.
“Hyung, cepatlah”,laung Illhoon. Peniel menoleh lalu terus berlari
mendapatkan mereka berdua.
“Cakap apa dengan budak tadi tu?”,soal Minhyuk.
“Bora..”.
“Kenapa dengan Bora?”,soal Illhoon dan Minhyuk serentak.
“Bora ada adik ke?”,soal Peniel.
“Dia tak pernah la pula cakap yang dia ada adik. Dan kalau isi borang
apa-apa, dia akan tulis yang dia anak tunggal. Kenapa?”,jawab Illhoon lalu
menyoal abangnya.
“Dia cakap, dia adik Bora ke?”,soal Minhyuk pula. Peniel sekadar
mengangguk. Minhyuk terus menoleh. Dia seperti tercari-cari.
“Dahlah hyung. Jomlah”,Illhoon menarik lengan Minhyuk dan Peniel.
Minhyuk masih lagi seperti tercari-cari.
(SEKOLAH
MENENGAH M)
Hyorin mengelamun sambil
tersenyum-senyum. Soyou dan Dasom pelik melihat kelakuan kawannya itu. Mereka
berpandangan sesama sendiri.
“Kenapa?”,soal Dasom kepada Soyou. Soyou sekadar menganggkat bahunya
tanda tak tahu.
“Kau kenapa?”,soal Dasom lalu menolak bahu Hyorin. Hyorin tersedar dari
lamunannya. Dia segera menoleh memandang Dasom dan Soyou.
“Kenapa apa?”.
“Kau tanya kitaorang buat apa? Kitaorang tanya kau, kenapa kau
tersenyum-senyum?”,soal Soyou.
“Eh? Aku tersenyum-senyum eh tadi?”.
“Yelah”,tengking Dasom dan Soyou serentak. Hyorin masih lagi
tersenyum-senyum.
“Tadi, ada Prince selamatkan
aku”,kata Hyorin sambil tergelak kecil.
“Prince? Selamatkan kau?”,soal
Soyou. Hyorin menggangguk.
“Kau dalam cubaan membunuh diri lagi ke?”,soal Dasom sambil mencekik
leher Hyorin lalu menggoyangkan kedepan dan kebelakang. Macam nak tercabut
kepala Hyorin dibuatnya. Soyou terus menarik Dasom.
“Bukanlah. Uhuk! Kau ni kenape? Cekik aku macam ni? Aku boleh mati bukan
sebab bunuh diri kau tahu tak? aku boleh mati sebab kau cekik aku!
Uhuk!uhuk!”,dalam keadaan tercungap-cungap Hyorin memarahi Dasom. Dasom
terdiam.
“Kau..bukan nak bunuh diri? Habis tu? Kenapa?”,soal Dasom. Hyorin
menceritakan dari A-Z. Kini barulah Soyou dan Dasom memahami keadaan Hyorin.
“Bersabarlah Hyorin. Tapi kau jangan buat kerja gila lagi tau. Break sikit, nak bunuh diri. Break sikit, nak bunuh diri. Kau tahu
tak yang nyawa kau tu berharga?”,Soyou mengingatkan Hyorin. Hyorin sekadar
menganggukkan kepalanya.
“Kau tahu tak Prince kau tu
sekolah kat mana?”,soal Dasom
“Dekat Sekolah .. Sekolah Tinggi J”.
“Bo?”,Dasom dan Soyou menjerit. Serentak.
“Nanti, nak masuk Sekolah Tinggi J,lah. Nak jumpa ‘prince’”,kata Hyorin dengan mata yang bersinar-sinar.
“Bo?”, lagi sekali, mereka berdua
serentak menjerit lalu pandang sama sendiri.
(SEKOLAH
TINGGI J)
“Bora!!
Bora!!”,Peniel menjerit memanggil nama Bora sambil mengejarnya. Bora yang
sedang berjalan bersama kawan baiknya, Seo Woo menoleh memandang Peniel.
“Huh! Huh! Uhuk! Uhuk! Lajunya jalan. Mana kau nak pergi jalan laju-laju
ni. Tak dengar ke tadi aku panggil?”,soal Peniel sambil memegang dadanya. Dia
hampir terjatuh. Seo Woo cepat-cepat menyambut Peniel agar dia tak terjatuh.
Peniel memegang dinding dan terus bangun. Dia tak mahu menyusahkan seorang
perempuan.
“Peniel? Kenapa ni? Maaflah, tadi Bora tak dengar Peniel panggil nama
Bora. Kenapa ni?”,soal Bora. Peniel menyandarkan dirinya didinding. Dia
merenung Bora. Lama. Bora jadi semakin tak keruan bila Peniel merenungnya.
“Betul ke..betul ke Bora tak ada adik?”,Peniel terus bertanya. Bora agak
terkejut. Matanya bulat memandang Peniel. Peniel terus mengalihkan pandangannya
dari Bora. Dia terasa macam Bora nak menelannya hidup-hidup.
“Adik? Bora,kan anak tunggal. Mana ada adik”,kata Bora lembut lalu
meninggalkan Peniel. Seo Woo terus membuntuti Bora. Peniel sempat menarik
lengan Seo Woo.
“Selain Bora, ada tak lagi orang nama Bora kat sekolah ni?”,soal Peniel.
Dahi Seo Woo berkerut-kerut ingin mengingat setiap nama disekolah tersebut. Dia
kemudiannya menggeleng.
“Betul ni tak ada Bora lain selain Bora kawan awak?”,soal Peniel lagi.
Ingin kepastian. Seo Woo sekadar mengangguk lalu terus pergi meninggalkan
Peniel.
“Yosh? Kenapa Peniel tanya pasal adik pulak kat aku?”,soal Bora kepada
Seo Woo.
“Manalah aku tahu. Tadi ada dia, kau tak nak tanya dia. Ni dia tak ada,
baru kau terhegeh-hegeh nak tanya. Tanya aku pulak tu. Mana la aku tahu”,balas
Seo Woo.
“Just. Curious kot”,kata Bora pula. Seo Woo menggelengkan kepalanya.
Sedang mereka berjalan, satu tangan menepuk mereka berdua dari belakang. Mereka
menoleh serentak.
“Hyunsik?”,Bora dan Seo Woo menyebut nama orang yang menepuk mereka dari
belakang. Hyunsik sekadar tersengih.
“Tu, bapak kesayangan kauorang nak jumpa”,kata Hyunsik lalu memunjukkan
kearah Cikgu Eunkwang yang berada dibelakang. Bora dan Seo Woo terus berlari
mendapatkan Cikgu Eunkwang. Kedua mereka melanggar bahu Hyunsik.
“Adoi!! Aku yang hensem segak bergaya ni diaorang tak pandang? Biar
betul!”,Hyunsik bercakap sambil menyikat rambutnya dengan sikat yang baru
dikeluarkan dari poketnya. Minhyuk menepuk bahu Hyunsik dari belakang.
“Kau kenapa kawan?”.
“Aku cuma tak percaya je”.
“Yosh! Tak percaya? Pasal apa?”.
“Bora dengan Seo Woo lebih pandang Cikgu Eunkwang yang entah ape-ape tu
dari aku”,balas Hyunsik lalu meninggalkan Minhyuk. Minhyuk termenung. Lama.
“Bora”. Minhyuk menyebut nama Bora perlahan. Bora adalah gadis yang
paling diidamkan sejak sekolah menengah lagi. Tapi malang, Bora tak pernah
membalas cintanya. Bora sudah ada lelaki pilihannya sendiri. Peniel. Dia lebih
suka Peniel berbanding Minhyuk. Tapi, dia tak pernah nak membenci Peniel hanya
disebabkan Bora lebih memilih Peniel.
“Wah! Prince. Apa awak buat
kat sini? Nak saya temankan?”,soal Seohyun yang datang entah dari mana
menyebabkan Minhyuk sedikit terkejut. Dia memandang Seohyun yang
tersengih-sengih dan terus meninggalkan Seohyun seorang diri. Malas nak layan.
Dia teringat sesuatu lalu menoleh menghadap Seohyun.
“Saya bukan Prince”,katanya
tegas dan terus beredar. Seohyun masih lagi tersenyum-senyum. Jia mendekati
Seohyun. Pelik dengan kelakuan rakannya, dia menepuk bahu Seohyun dengan kuat.
“Ouch! Sakitlah”jerit Seohyun dan secara tak sengaja, dia terpukul bahu
Jia. Jia tersengih melihat tindakan rakannya.
“Ouh! Kau Jia. Maaflah pukul kau tadi”,kata Seohyun.
“Tak. Tak apa. Kau ni kenapa tersengih- sengih, tersenyum-senyum?”,soal
Jia ingin tahu. Seohyun kembali tersenyum sendiri.
“Tadi Minhyuk bercakap dengan aku”,katanya dengan gembira. Kening kanan
Jia terangkat serta merta.
“Minhyuk?”,soalnya. Seohyun mengangguk dan terus meninggalkan Jia sambil
bernyanyi-nyanyi kecil. Jia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil memandang
Seohyun.
***************************
“Arrgghh! Mengantuknya. Hyung-nim! Jom tidur”,kata Illhoon yang baru
mengeliat. Kedua orang abangnya yang sedang menyiapkan kerja rumahnya
memandangnya dan kemudian melihat jam antik yang berada disebelah rak piala.
Mereka kemudiannya memandang sesama sendiri.
“Hyung! Hyung! Jomlah tidur. Dah mengantuk dah ni”. Illhoon menarik
tangan Minhyuk dengan manja. Minhyuk memandangnya dan akur dengan segala
permintaan adik tirinya. Peniel tersengih lalu menghadap buku semula. Kali ini,
giliran Peniel pula yang ditarik tapi bukan dengan Illhoon. Minhyuk terus
menarik lembut tangan kanan Peniel yang sedang rancak menulis esei bahasa
Inggeris. Peniel akur dan terus mengangkat punggungnya, mengikut dua beradik
itu masuk kedalam bilik. Mereka bertiga berbaring diatas katil besar. Illhoon
berbaring diantara dua orang abangnya.
“Hyung, penatnya harini. Mujur esok cuti”,kata Illhoon. Dua abangnya
sekadar mendiamkan diri. Peniel mengeliat dalam baring.
“Aish! Banyak kerja sekolah la harini, kan hyung”,kata Peniel sambil
memandang siling. Lama dia menunggu Minhyuk menjawab tapi tiada jawapan. Dia
dan Illhoon memandang Minhyuk serentak.
“Lah, dah tidur rupanya”,kata Peniel dan Illhoon serentak.
No comments:
Post a Comment