Hari itu adalah hari Seol-na Holiday. Mereka bertiga bangun dalam pukul 4 pagi dan bersiap untuk pergi berjogging. Sedang mereka berjogging, mereka sedar yang Minhyuk tak senang duduk.
“Kenapa hyung?”,soal Peniel.
“Hyung rasa, macam ada orang follow
kita lah”,jawab Minhyuk.
“Yeah?”. Illhoon agak terkejut lalu menoleh kekiri dan kekanan. Lagaknya
seperti mencari sesuatu.
“Siapa?”,soal Peniel.
“Manalah hyung tahu. Macam ada orang yang asyik perhatikan kita. Jomlah
balik”,Minhyuk mengajak balik kerana dia sudah berasa tak sedap hati.
“Ouh, Prince”, Seohyun
menyebut gelaran yang diberikan kepada Minhyuk. Luna yang berada disebelahnya
sekadar menyengih. Kedua kawan baik ini adalah peminat Prince. Jia sekadar menggelengkan kepala lalu menguap. Mereka
berdua menolak pipi Jia. Marah mungkin.
“Kalau tak nak ikut, lebih baik jangan ikut. Kau bukannya minat kat Prince pun”,kata Luna. Jia mula naik
angin.
“Hoi! Kauorang ni dah hilang akal ke? Kauorang yang heret aku kesini, lepas
tu nak cakap kat aku ‘jangan ikut’? Aku campak kau kat tasik sana!”.
“Ok,lah Jia. Mianhei! Maaflah. Sebab paksa Jia datang kesini”, kata
Seohyun, lembut. Memang bukan salah Jia kalau dia tunjuk tak berminat. Sebab
dia memang tak minat Minhyuk. Dan bukan dia yang nak mengikut mereka berdua
tapi dia dipaksa untuk mengikut mereka.
“Kauorang ni gila la! Pukul 4 pagi bangun semata-mata nak stalk Prince kauorang ni? Tidur lebih
baik la”,kata Jia lalu terus duduk bersila di atas rumput. Mereka berdua terus
memandang Jia.
“Jia, mianhei!. Ni first time and
last time kitaorang ajak Jia. Lepas ni dah tak ajak lagi dah. Jia,
mianhei!”, Luna mula bercakap lembut dengan Jia. Jia sekadar mengangguk dan
terus menunduk.
“Yosh! Seo! Diaorang dah nak balik la”, kata Luna sambil menunding jari
kearah Minhyuk, Peniel dan Illhoon. Seo terus memerhatikan mereka.
“Jom kita ikut mereka”, ajak Seohyun. Luna sekadar menganggukkan kepala.
“Kauorang jangan nak jadi gila!”,Jia menarik kaki mereka berdua. Mereka
jatuh mencium tanah.
“Adoi! Sakitlah”, jerit Seohyun. Jia bangun dari duduknya dan memegang
tangan mereka berdua. Terus mengheret mereka untuk pulang.
“Bangun awal pagi dan datang sejauh ni semata-mata nak stalk orang? Jangan jadi gila!”, kata
Jia selamba. Mereka berdua sekadar akur dengan Jia.
******************************
“Hyung, kereta tu macam…”,Illhoon menarik lengan baju Minhyuk. Minhyuk
meneliti kereta yang terparking dihadapan rumah mereka. Dia kemudiannya
mengangkat bahu dan terus masuk kedalam rumah.
“Tu bukan ke..kereta omma?”, bisik Peniel kepada Illhoon. Illhoon
menganggukkan kepalanya tanda dia mengiakan statement
abangnya. Mereka terus membuntuti Minhyuk. Minhyuk berdiri dihadapan dua orang
tetamu yang tak diundang. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Omma dengan suami baru ke?”,bisik Illhoon. Peniel segera menoleh kearah
Illhoon dengan mata yang dibesarkan. Sebaga amaran kepada Illhoon supaya jaga
percakapan. Illhoon sekadar tersengih.
“Nak apa?”, soal Minhyuk acuh tak acuh.
“Minhyuk-ssi! Dah lama omma tak jumpa kamu”,kata ommanya sambil
tersengih.
“Kamu dah besar”,sambungnya lagi.
“Jangan nak menyengih. Nak apa?”,soal Minhyuk lagi.
“Amboih! Garangnya anak omma ni!”.
“Anak? Hah! Apa-apa ajelah. Omma nak apa datang sini”.
“Omma nak tengok keadaan anak-anak kesayangan omma ni. Kamu, Peniel
dengan Illhoon. Nampaknya kamu semua sihat-sihat belaka”.
“Aish! Omma..omma!. Omma dah tinggalkan kitaorang, lepas tu mengaku anak
kesayangan? Omma ni dah kenapa?”,soal Minhyuk yang masih tak puas hati.
“Sungjae, bersapalah dengan abang-abang kamu”,kata ommanya lalu mencuit
bahu remaja lelaki yang berada disebelahnya.
“Ouh! Sungjae! Anak omma ke?”,soal Illhoon dengan ramahnya. Ommanya
sekadar tersenyum.
“Ouh, bangganya dah ada anak baru. Hei! Nama aku .. Minhyuk! Ingat!
Minhyuk! Kau ni adik aku? Aku takkan mengaku kau adik aku! Faham?”,kata Minhyuk
dalam keadaan menyindir dan menyampah.
“Ah! Kamu akan suka dia lepas ni. Macam jugak kamu dengan Illhoon ni.
Sebelum Illhoon duduk rumah kamu, kamu cakap benda yang sama jugak. Tapi,
sekarang omma tengok kamu dah OK dengan Illhoon”,kata ommanya sambil
mengenyitkan mata kirinya dengan manja.
“Ah! Itulah sebab kenapa ramai lelaki yang tergila-gilakan omma. Omma ni
bajet manja”,kata Peniel sambil tersengih.
“Omma suka gurauan kamu tu!”,kata ommanya lalu mengenyitkan matanya
kepada Peniel.
“Saya takkan suka budak yang bernama Sungjae!. Illhoon ni sebab dia dah
duduk lama dengan saya!”,Minhyuk masih lagi bercakap dalam nada yang tegas.
Ommanya tersengih melihat perangainya.
“Jadi, kamu akan sukalah pada Sungjae kalau dia duduk dengan
kamu?”,ommanya cuba memancingnya. Minhyuk terdiam. Dia seperti dapat menangkap
sesuatu.
“Jangan nak cakap yang omma datang sebab….”,ayat Minhyuk dipotong oleh emaknya.
“BINGO! Omma nak kamu semua jaga Sungjae. Hahahaha!”,kata emaknya dalam
keadaan main-main.Terbeliak mata Minhyuk mendengar apa yang diucapkan oleh
ommanya.
“Omma! Janganlah main-main!”,jerit Minhyuk.
“Ya! Omma hanya main-main”. Minhyuk agak lega selepas dapat tahu emaknya
hanya main-main. “Omma main-main je yang omma ni main-main tadi!”,sambung emaknya.
Mata Minhyuk macam nak tersembul keluar. Illhoon dan Peniel menggaru-garu
kepala yang tak gatal.
“Hyung! Apa yang omma cuba nak sampaikan ni?”,soal Illhoon yang masih
tak dapat menangkap maksud emaknya. Minhyuk memandang Peniel. Lama. Peniel
sekadar mengangkat bahu.
“Kejap! Kita kena berbincang. Peniel! Illhoon! Sini, ikut hyung masuk
bilik kejap!”,kata Minhyuk lalu menarik tangan adiknya.
“Hyung! Wae?”,soal Illhoon yang masih tak faham apa-apa.
“Masih tak faham? Omma nak sumbat Sungjae kat dalam rumah ni lah!”,kata
Minhyuk. Terbeliak biji mata Peniel dan Sungjae. Tapi hanya untuk seketika la.
“Bo? Hyung! Biar betul?”,soal Peniel.
“Yup! Itulah. So, sekarang ni
macam mana?”,soal Minhyuk sambil memandang wajah adik kembarnya dan adik
tirinya, Illhoon.
“Ah! Kesianlah dia. Biar ajelah dia dekat sini. Omma cakap sementara
aje,kan?”,Peniel yang baik hati mula berbicara.
“Bo?”,terbeliak biji mata Illhoon dan Minhyuk.
“Jakkam-man! Omma tak cakap pun tempoh budak tu tinggal sini sampai
bila”,Illhoon sudah berani membuka mulut kerana dia sudah faham keadaan.
“Ha’ah lah. Omma tak cakap pun. Aish! Omma ni memang saje aje,lah”,Minhyuk
semakin bengang dengan emaknya. Tiba-tiba pintu bilik itu diketuk dan dikuak
oleh seseorang. Kepala Sungjae muncul disebalik pintu.
“Erk! Hyung..erm..”,Sungjae tak sempat menghabiskan kata-katanya kerana
dia sudah diherdik oleh Minhyuk.
“Siapa ‘hyung’ engkau?”,herdik Minhyuk. Menyebabkan Sungjae terdiam
seketika. Dia seperti memikirkan sesuatu.
“Ah! Mi..Minh..Minyuk”,tergagap-gagap Sungjae ketika menyebut nama abang
tirinya itu. Minhyuk tidak menyahut dan juga tidak memandang.
“Kat mana bilik saya?”,soalan itu yang menyebabkan Minhyuk terus
memandangnya. Malah, bukan setakat Minhyuk. Peniel dan Illhoon juga memandang
Sungjae dalam keadaan terperanjat.
“Bo? Bilik? Siapa yang benarkan kau tidur disini?”,soal Minhyuk dalam
keadaan marah.
“Omma!. Omma dah tinggalkan saya dan katanya inilah rumah saya selepas
ini”,kata Sungjae dengan mukanya yang innocent.
Mereka semua mengeluh.
“Mana omma?”,soal Peniel dengan lembut.
“Sudah balik”,jujur Sungjae menjawab.
“Aku pelangkung jugak orang tua ni karang!”,kata Minhyuk dalam keadaan
marah. Dia meluru keluar dari bilik itu keruang tamu. Dia mengeluh.
“Peniel! Ottokhe?”,soal Minhyuk dalam keadaan lemah.
“Kita buka,lah satu bilik lagi”,kata Peniel sambil menepuk bahu
abangnya.
“Siapa yang nak jadi roommate
dia?”,soal Minhyuk. Peniel terdiam.
“Sayalah!”,jawab Peniel. Minhyuk terus memandang wajahnya, kemudian
beralih kepada wajah Sungjae. ‘Ah! Kesian la pulak tengok budak ni. Tak apalah.
Biarlah dia duduk kat sini. Asalkan tak kacau aku, sudahlah’,bisik hati kecil
Minhyuk.
“Okaylah. Sungjae dan Peniel jadi roommate.
Peniel, bukak bilik sebelah tu. Awak tidur dengan Sungjae tau”,kata Minhyuk
lalu terus masuk kedalam biliknya. Dia melihat jam yang tergantung didinding.
‘Ah! Baru pukul 6.00 pagi? Tidur dululah. Penat kepala otak ni. Minhyuk, ini
semua hanyalah mimpi. Nanti semuanya akan okay’,bisik hati kecil Minhyuk lalu
merebahkan badannya diatas tilam empuk miliknya.
*******************************
Peniel meletakkan beg milik Sungjae itu
ditepi katil. Sungjae terus duduk dibirai katil sambil melihat sekeliling bilik
itu.
“Berehatlah dulu”,kata Peniel lalu merebahkan dirinya keatas tilam
empuk. Sungjae terjumpa remote control
aircond. Dia terus mencapai remote
itu dan membuka aircond. Memang
nyaman. Perasaan nyaman yang dirasai itu hilang serta merta apabila diganggu
dengan bunyi batuk yang dikeluarkan oleh Peniel. Semakin lama, semakin teruk
batuk Peniel. Dia bangun dari baringannya dan mengurut-urut dadanya. Sungjae
terus mematikan aircond tersebut.
“Hyung! Hyung! Erk..hyung okay ke?”,soal Sungjae sambil memegang bahu
Peniel.
“Ah! Gwenchana. Hyung okaylah. Just
tak tahan sikit je”,kata Peniel. Sungjae terdiam.
“Erm..hyung..”,Sungjae memanggil Peniel.
“Hmm”.
“Siapa nama hyung?”,soal Sungjae tiba-tiba.
“Peniel!”,jawab Peniel tanpa memandang wajah adik tirinya.
“Peniel..hyung”,panggil Sungjae tiba-tiba. Peniel terus memandang adik
tirinya. Kemudian, adik tirinya sekadar tersenyum. “Sedap nama hyung. Sesedap
perangai hyung”,kata Sungjae. Peniel sekadar tersengih memandang Sungjae.
‘Kesian budak ni’,bisik hati kecil Peniel.