Didalam rumah Max kini hanya ada dia dan Soyeon.
“Ajuhssi dan
ahjumma apa khabar?”,soal Max. Soyeon yang sedang membaca sebuah majalah terus
mengangkat wajahnya. Lama dia merenung wajah abang saudaranya,Max.
“Ah!
Diaorang tu baik aje. Ahjussi dan ahjumma apa khabar?”,soal Soyeon pula. Max
membalas pertanyaan Soyeon dengan mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Soyeon
mengeluh.
“Ahjussi dah
tak ada. Ahjumma? Entah la. Dah lama tak dengar apa-apa berita dari dia.
Mungkin bahagia dengan suami barunya. Salah oppa ke? Dia yang tinggalkan oppa.
Masa tu oppa kecil lagi. Mujur la ade appa. Tapi,appa tak hidup lama.Hurm..
Kenapa Soyeon tanya?”,soal Max.
“Yelah. Walau
macam mana pun keadaan, dia tu tetap omma Max oppa dan dia tetap ahjumma
Soyeon. Kenalah Soyeon ambil tahu”,Soyeon balas dengan lembut. Max sekadar
mengeluh.
“Soyeon tahu
ke mereka kat mana sekarang ni?”,soal Max.
“Mereka?
Maksud oppa, omma dan .. appa tiri oppa?”,soal Soyeon ingin kepastian. Max
sekadar menganggukkan kepalanya.
“Kalau omma
Max oppa, kami tak dapat apa cerita pun. Tapi kalau cerita omma dan appa tiri
Max oppa..kami tetap tak dapat apa cerita pun”.
“See. Kalau
omma Soyeon pun tak tahu keadaan kakak dan abang ipar dia, inikan Max yang anak
dia ni. Erm, apa salah oppa sampai omma sendiri pun tinggalkan oppa. Oppa tak
tahu. Apa salah oppa?”,soal Max sayu. Soyeon merenung mata Max dalam-dalam. Dia
sangka matanya menipunya, rupanya tidak. Terdapat air jernih yang bertakung
ditasik mata Max. Tunggu masa sahaja untuk berderai. Soyeon terdiam.
“Max oppa
tak salah apa. Memang bukan salah Max oppa pun tapi..mana silapnya, Soyeon pun
tak pasti”,kata Soyeon lalu menukar tempat duduknya. Dia yang tadinya duduk
berhadapan dengan abang saudaranya terus mengubah tempatnya duduknya. Dia kini
duduk disebelah kanan Max. Dia terus menepuk-nepuk bahu Max dengan lembut
apabila dia terlihat kaca-kaca yang jernih itu sudah berderai. Jarang dia
melihat Max menangis. Bukan jarang tapi tidak pernah. Itulah kali pertamanya.
Max dilahirkan dalam keadaan yang tidak normal. Dia
seorang yang lambat pick-up dalam pelajaran. Ibu bapanya adalah ahli korporat.
Mereka sangat malu dengan keadaan anak mereka. Rakan-rakan ibunya yang selalu
bertandang kerumahnya dulu selalu membandingkan anak mereka dan Max dan kemudian
mengecil-ngecilkan Max dihadapan ibunya. Ibunya sudah tidak tahan lalu
mengambil keputusan untuk meninggalkan Max. Pada asalnya,ayahnya En.Shim
menjaga Max. Jadi, Max masih ada tempat untuk bergantung harap. Tapi sayang,
En.Shim sudah lama sakit barah dan pada waktu itu, barahnya teruk. Dia tidak
tahu tentang ayahnya. Dia menyangka ayahnya meninggalkannya juga seperti
ibunya. Waktu itu, Max berumur 11 tahun. Dia tinggal dengan makcik dan
pakciknya iaitu ibu dan ayah Soyeon.
‘ Anak keluarag Shim ke tu? Kesiannya. Akhirnya hidup
sendiri’.
‘Betul ke Pn.Shim larikan diri?’.
‘Katanya tak sanggup nak jaga anaknya yang lemah ni?
Kesiannya’.
‘Dengar cerita, En.Shim dan Pn.Shim tu kahwin tanpa
restu keluarga’.
Max memang terasa dirinya sangat kerdil didunia yang
besar lagi megah ini. Dari situ, dia terus belajar bersungguh-sungguh
sehinggalah dia sentiasa mendapat nombor 1 dalam kelasnya sehinggalah sekarang.
Dari situlah orang tidak berani lagi untuk menghinanya, mengutuknya dan
mencacinya. Insiden inilah yang menyebabkan dia telah menjadi seorang yang
menakutkan. Setelah masuk menengah rendah, dia mula buat kerja sambilan. Dan
duit yang dikumpulnya itu cukup untuknya menyewa sebuah rumah. Rumah yang
didiaminya sekarang.
“Soyeon nak
tahu satu benda tak?”,soal Max memecah kesunyian yang mereka cipta.
“Hmm”.
“Kenapa
bila..bila oppa pandang wajah Ren, macam ada something yang meresap dalam diri
oppa”,katanya tenang.
“Erm,
perasaan oppa je la tu. Omo!! Laparnya”,kata Soyeon sambil memegang perutnya.
Max terus memandang adik saudaranya. Lama. Dia tak pernah muncul perasaan marah
terhadap keluarga adik saudaranya itu kerana ibu bapa Soyeonlah yang menjaganya
sewaktu dia hilang arah. Di sangat berterima kasih kepada mereka kerana
walaupun keluarga mereka ada masalah, mereka masih mahu menjaga Max.
“Nak makan ke?”,soalnya lembut. Soyeon buat
muka aegyo dan menganggukkan kepalanya. Max terus mengajaknya untuk makan
diluar.
************************************
“Uhh, mana
la pulak perginya Soyeon ni? Aku call tak diangkat. Tadi waktu balik dari
sekolah, dia tak tunggu aku macam biasa. Dia terus aje pergi”,Xiah meluahkan
rasa risaunya terhadap kekasih hatinya. Micky dan U-Know memandangnya serentak.
“First time
dia macam ni. Tak pernah la pulak dia macam ni sebelum ni”,sokong Micky. U-Know
sekadar tersenyum.
“Busy
kot”,kata U-Know selamba. Xiah dan Micky memandang U-Know.
“Tapi hyung,
kalau busy, mesti dia cakap kat Xiah punya lah. Ni tak pun”,kata Micky. U-Know
mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
“Omo!!
Laparnya perut”,kata Xiah sambil membuat muka aegyonya. U-Know terus menarik
tangan Micky. “Micky..kau nak makan? Meh, hyung belanja”.
Terbeliak mata Xiah mendengar perkataan ‘belanja’
yang dilontarkan oleh hyungnya. Micky dan U-Know beriringan berjalan sambil
bercerita tentang sesuatu yang tak pasti. Mereka meninggalkan Xiah dibelakang.
Xiah berlari dan terus memeluk bahu Micky. U-Know dan Micky memandang Xiah
sambil tersengih. Micky menepuk bahu Xiah berkali-kali sambil ketawa riang.
*******************************
Max dan adik saudaranya, Soyeon singgah disatu kedai
makan ditepi jalan. Dikedai itu hanya menjual makanan yang berkaitan dengan
daging sahaja. Sukalah Max kerana kegemarannya ialah daging. Mereka duduk
disatu tempat yang tidak tersembunyi sangat. Soyeon mengorder makanan kegemaran
abang saudaranya dan apabila makanan itu sampai, mereka terus makan.
“Omo!!”,Max
terjerit kecil.
“Wae?”.
“Aish!! Ayam
berempah ni terjatuh la. Atas baju oppa. Aish!!”,kata Max lalu mengutip ayam
yang jatuh diatas bajunya itu. Habis comot baju Max. Dahlah mukanya juga comot
kerana terlalu asyik makan makanan kegemarannya sehingga tidak perasan bahawa
sos yang terdapat pada ayam itu telah melekat pada sebelah bibir, pada pipinya
dan .. ada juga di dahinya.
“Hahahahaha.
Kesian oppa. Eh! Sinilah. Omo! Comotnya oppa”,kata Soyeon lalu terus mengelap
bahagian muka Max yang comot. Pada waktu itu, Xiah,Micky dan U-Know baru sahaja
masuk kedalam kedai itu. Terbeliak mata Xiah apabila ternampak adengan itu.
Micky dan U-Know menelah liurnya.
“Bo? Max
dengan..Soyeon pulak?”,kata Micky dan U-Know hampir serentak. Disebelah Xiah
terdapat satu meja yang terdapat banyak kepak, paha,kaki,dada dan leher ayam.
Secara tak sengaja, tangan kanannya terus mencapai kepak ayam tersebut.
Digenggamnya kepak tersebut sehingga patah.
Seperti dirancang pula adengan ini, dengan manjanya
Soyeon menyuapkan ayamnya kedalam mulut Max. Xiah apa lagi. Darahnya
meluap-luap. Secara tak sengaja, dia terus melontar kata-kata amarahnya sambil
membaling apa yang ada disebelahnya.
“Punyalah
aku risaukan kau Soyeon, kau kat sini pulak dengan Max. Makan berdua.
Bersuap-suap bagai. Max!! yang kau buat aegyo tu dah kenape? Aku ni bagai nak
gila kau tahu tak Soyeon sebab mencari kau, bimbangkan kau. Kau kat sini la
pulak!!! Dengan Max pulak!!! Aarrgghh!!!!”, jeritnya lalu terus membaling apa
yang ada disebelahnya. Soyeon dan Max terkedu dan terkejut. Mula lah adengan
kejar-mengajar. Lari-berlari antara mereka bertiga. Xiah sempat mengangkat satu
dulang yang penuh dengan paha,leher,kepak,dada dan kaki. Sambil dia membebel,
sambil mengejar mereka berdua, sambil itu jugalah dia membaling segaja yang ada
salam dulang itu.
“Jamkkan-man”,kata
Micky mahu menghalang tapi nasibnya malang. Dia pula yang dibaling dengan kepak
ayam. Dia terus mengambil kepak ayam tersebut, terduduk dan terus makan.
“Jangan lah
baling lagi. Siapa nak bayar semua ni?”,soal U-Know lalu menarik baju Xiah. Max
dan Soyeon terus berlari. Takut pada Xiah. Takut pada ‘serangan ayam’ yang
dicipta oleh Xiah.
“Jangan halang
la hyung”,jerit Xiah. Semua pelanggan yang ada disitu juga takut dengan
‘serangan ayam’ Xiah. Mereka bertempiaran lari keluar dari kedai tersebut.
Pemilik kedai juga takut pada Xiah dengan ‘senjata’nya. Pemilik kedai tersebut
terus menyorok dibawah meja bersebelahan dengan tempat Micky duduk. Mereka
sama-sama berpaling dan memandang muka masing-masing. Micky terus mengangkat
kepak ayam yang ada dalam genggamannya.
“Makan ajalah”,kata
pemilik itu dengan keadaan takut dan sopan. Tiba-tiba terpelanting kepak,dada
dan peha ayam dihadapan mereka. Micky berbisik kepada pemilik kedai
tersebut,“Rezeki depan mata. Datang bergolek-golek. Tak elok kalau dibiarkan.
Lebih ba…”,belum sempat Micky menghabiskan ayatnya, pemilik kedai tersebut
telah menyambar dada ayam itu dan terus makan. Micky sekadar tersegih.
U-Know tetap cuba untuk memberhentikan Xiah. “Sudah
la tu. Lebih baik ki….aduh!”,U-Know tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
Xiah sudah membalingnya dengan dada ayam berkali-kali. Dia mengutip dada ayam
yang dibaling oleh Xiah lalu terus pergi duduk bersebelahan dengan Micky. Dia
makan dada ayam itu sambil buat-buat menangis. Micky memeluk kepalanya. Walau
macam manapun keadaan mereka, mereka masih juga mengunyah ayam yang dibaling
oleh Xiah tadi. Max yang masih lapar terus mengutip ayam yang bergolek
depannya. Mujur lantai kedai itu tidak kotor. Semua yang masuk kedalam itu
haruslah memakai selipar yang disediakan.
Xiah meraba –raba dulang tersebut. Dah tak ada apa
yang nak dibalingkan, dia segera mengangkat dulang tersebut. Ingin membalingnya
kearah Max dan Soyeon. Semasa dia mahu membaling dulang tersebut…
“Jamkkan-man!!”,
jerit Hero yang baru datang dan terus memegang dulang tersebut. Xiah berhenti
dan terus menoleh kebelakang. Boram masuk dan terus berlari kearah U-Know dan
Micky yang sedang duduk sambil makan ayam.
“Makan..a..ayam?”,kata Boram terkejut dengan kelakuan mereka.
“Kitaorang
tadi dah kena serang dengan Xiah. Mujur Hero datang. Hero adalah hero
kami”,kata Micky dan U-Know serentak dan terus berlari memeluk Hero.
Satu perkara
pelik yang mereka saksikan. Itulah kali pertama mereka melihat Max meanngis
teresak-esak. Tak tahu apa puncanya. Dia memeluk Soyeon sambil terus menangis
teresak-esak.
“Oppa? Oppa?
Kyah! Oppa wae? Kenapa ni oppa? Dah. Dah. Jangan menangis. Gwenchana, Soyeon
ada kat sini. Oppa, gwenchana.”,Soyeon cuba menenangkan Max yang sedang
teresak-esak. Tiada siapa yang tahu apa sebab Max teresak-esak seperti itu
termasuk Soyeon.
“Soyeon..Max..Oppa?”,kata mereka semua. Serentak. Soyeon terus memandang
Xiah dengan perasaan marah. Dadanya mula turun naik. Dia terus berdiri. Matanya
mula redup. Mereka semua tak berani untuk memandang Soyeon sekarang. Termasuklah
Boram,kawan baiknya.
“Soyeon….”,Xiah bersuara lembut. Tapi dibalas dengan tengkingan yang
dilontarkan oleh Soyeon.
“Max ni
abang saudara aku! Kauorang tak tahu,kan? Then, Xiah! Yang kau mengamuk tadi tu
apasal? Cemburu? Jangan salah faham dululah! Abang saudara aku ni tak macam
korang. Hidup dengan mak bapak bagai. Hero, even mak bapak kau kat Jepun
sekarang ni,kau masih ada mak bapak. Max ni tak ada. Dia tak hidup macam kita
semua. Dia ni macam anak terbiar. Lepastu emaknya tinggalkan dia. Bapaknya yang
jaganya tapi bapaknya mati!! Kauorang tahu pasal ni? Tahu ke? Tak bukan? Aku
memang pantang kalau ada orang yang membuli atau memukul atau memarahi abang
saudara aku ni. Sebab dia tak ada keluarga. Hanya AKU!! Hanya aku keluarganya.
Berhentilah salah faham. Jangan marahkan Max oppa. Kauorang rase tak puas hati?
Mengamuk dengan aku!! Bukan dengan abang saudara aku yang tak tahu apa-apa ni”.
Pemilik kedai yang tadinya duduk dibawah meja
ingatnya mahu bangun. Tapi terbantut selepas melihat Soyeon mengamuk naik
angin.
“Oppa,
kajja”,kata Soyeon lalu terus memapah Max yang masih lagi dalam esakannya.
Soyeon dan Max pergi meninggalkan mereka. Mereka terkedu dan terdiam. Boram dan
Hero terus duduk dibangku yang berdekatan dengan mereka. Dulang yang ada
didalam tangan Xiah terlepas.
“Jak-kaman.
Siapa yang mahu bersihkan kedai ni? Kamu tahu tak yang saya sudah rugi
besar?”,pemilik kedai itu mula mahu berleter.
“Kami! Kami
akan bersihkan kedai ahjussi ni. Jangan risau”,kata mereka serentak. Pemilik
kedai itu terdiam.
‘Semuanya
menakutkan’,bisik hati pemilik kedai tersebut.
No comments:
Post a Comment