Thursday, 17 January 2013

Please Love Me (PART 9)



Kelas waktu pertama selepas rehat pertama baru bermula. Nampaknya Boram sudah mula memontengkan dirinya. Dia pergi keatas bumbung sekolah seorang diri. Mungkin dia memerlukan satu ruang hanya untuk dirinya sahaja. Sedang dia mengelamun,dia terdengar bunyi derapan kaki seseorang. Dia langsung tak menoleh.
  “Kat sini rupanya awak”,tegur satu suara sambil melekapkan tin minuman yang sejuk pada pipi kanan Boram. Dia segera menoleh. Sangkanya milik suara itu adalah Max. Rupanya Hero. Dia tersenyum lantas terus memeluk Hero. Hero amat terkejut dengan perbuatan spontan dari Boram.
  “Awak ni kenapa?”,soal Hero ingin kepastian.
  “Eh,saya dahaga la. Pass,kan air tu kat saya”,kata Boram lalu meleraikan pelukannya. Hero menghulurkan air tin itu kepada Boram. Boram menerimanya dan kemudiannya dia tersenyum puas.
  “Mana awak tahu kegemaran saya Strawberry Sundae?”.
  “Perempuan selalunya suka satu benda yang feminine”.
  “Strawberry sundae ni feminine ke?”.
  “Strawberry sundae,kan warna pink. Perempuan selalunya suka benda yang berwarna pink,kan?”,soal Hero ingin kepastian.
  “Hahahaha”,terburai ketawa Boram. Hero sekadar tersengih.
  “Kenapa awak ada kat sini?”
  “Saya nak,kan ketenangan”,kata Boram tenang. Hero segera memandang Boram.
  “Ketenangan?”,soal Hero semula. Boram sekadar menganggukkan kepalanya.
  “Kat atas bumbung ni? Ketenangan kat atas bumbung ni ke?”,soal Hero berkali-kali. Boram tetap menganggukkan kepalanya dengan tenang. Hero kelihatan gelisah. Dia menoeh kiri kanan kiri dan kanan. Boram tidak perasan kelakuan pelik Hero sebab dia sedang ‘mencari ketenangan’ sendiri.
  “Kejap lagi siren akan berbunyi”,kata Hero dalam keadaan cemas. Boram segera membuka matanya.
  “Bo? Siren akan berbunyi? Apa maksudnya tu oppa?”,soal Boram ingin kepastian.
  Hero segera memegang tangan Boram. “Satu,dua,tiga”.
Dan WWWWWWWWWEEEEEEEEENNNNNNNNNNGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!
  “PERHATIAN!! PERHATIAN!! KEPADA SEMUA PENGAWAS SEKOLAH, DUA ORANG PELAJAR SEDANG PONTENG DIATAS BUMBUNG SEKOLAH!! DIMINTA SEMUA PENGAWAS MENJALANKAN TUGAS ANDA!”,pembesar suara berbunyi. Siren masih lagi berbunyi dan membuatkan Boram menggelabah.
  “Oppa..ottokhe?”,soal Boram kepada Hero dalam keadaan gelabah.
  “Gwenchana. Kajja”,kata Hero sambil menarik tangan Boram untuk turun dari bumbung sekolah. Sedang mereka menuruni anak tangga,terdengar bunyi derapan kasut. Hero meneruskan juga misinya untuk menyelamatkan Boram. Bahaya sekiranya sipemonteng dapat ditangkap oleh guru-guru dan pengawas sekolah.
Langkah Hero terhenti apabila Max berlari kearahnya. Langkah Max juga terhenti. Dibelakangnya terdapat lagi 3 orang sahabatnya iaitu Micky,Xiah dan U-Know.
  “Boram..Hero?”,Max sebut nama mereka berdua dalam keadaan tak percaya. Boram menundukkan wajahnya. Hero tetap menggenggam erat tangan Boram. Pada masa itu,Soyeon baru sampai. Dia mematikan langkahnya dibelakang U-Know. Mereka berempat membiarkan Max,siketua pelajar yang berada dihadapan. Boram merenung mata Soyeon tanda minta simpati. Soyeon hanya dapat menggelengkan kepalanya tanda dia tak mampu berbuat apa-apa kerana ketua mereka dihadapan dia kini. Beberapa pengawas lain berlari dan hampir sampai ketempat mereka bertemu. Max segera menoleh kebelakang.
  “Jangan semuanya ada kat sini. Cari la pemonteng tu elok-elok. Senang-senang aje nanti dewrang boleh terlepas”,laung Max.
Soyeon yang terkejut dengan pekikan Max berundur beberapa langkah kebelakang. Bersedia untuk pergi mungkin.
  “Soyeon,kau disini. Bersama aku dengan yang lain”,kata Max lembut tanpa memandang Soyeon. Soyeon terus membatukan dirinya. Pengawas yang lain bertempiaran lari ketempat lain. Max segera memandang kehadapan dan terus berjalan. Mereka yang lain terkejut dengan kelakuan Max. Xiah dan Micky bertukar pandangan. Begitu juga U-Know dan Soyeon.
  “Bo?”,bisik U-Know dan Soyeon serentak. U-Know menggelengkan kepalanya sambil mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
  Max berjalan dan berhenti disebelah Hero. Hero terdiam
  “Aku tak nampak apa-apa pun kat depan aku. Kau bawaklah Boram pergi”,bisik Max. Hero segera memandang Max.
  Dia memegang bahu Max dengan lembut sambil berkata “Kau gila ke Max? Kalau cikgu tahu,mampus kau. Jawatan kau sebagai ketua pelajar tu mungkin hilang macam tu aje. Then yang paling teruk,maybe kau akan digantung sekolah or dibuang. Exam terbesar kita tahun ni dah nak start wei. Kau jangan main gila”,kata Hero lembut.
  “Habis, kalau kau seorang yang main gila..tak adil la untuk aku,kan sebagai seorang ketua. Dah,kau bawaklah Boram pergi”,kata Max dan terus memakai kacamatanya. U-Know memerhatikan mereka dan terus membetulkan kacamatanya yang jatuh kehidungnya. Xiah dan Micky menanggalkan kacamata yang mereka pakai. Mereka tak pasti apa yang sedang bermain dalam fikiran Max sekarang ni. Max terus pergi tanpa menoleh kebelakang.
  “Soyeon, sini kejap”,suara Max serak. Kesemua mereka memandang Max yang bersuara serak. Soyeon berlari mendapatkan ketua mereka.
  “Oppa,wae?”,soal Soyeon dalam keadaan berbisik.
  “Temankan aku pergi bilik rehat sekejap”,pinta Max dan Soyeon sekadar menurutinya sahaja.
Semua yang ada disitu berpandangan. Micky mendekatkan dirinya dengan Hero.
  “Betul la cakap Max tu. Susah wei kalau kauorang kena tangkap. Pergi ajelah lari. Tahulah kitorang nak cover macam mana”,kata Micky lembut.
  “Hyung,ape ni?”,soal Hero kepada U-Know.
  “Hyung just ikut arahan aje. Pergilah selamatkan diri kauorang tu dulu”,kata U-Know. Hero sekadar mengangguk dan terus menarik tangan Boram. Dalam keadaan nak tak nak,Boram pergi namun matanya masih memandang U-Know.
  ‘Kenapa la pulak tiba-tiba aje siMax ni panggil Soyeon? Diaorang ni macam rapat. Peliklah. Tadi tu, betul ke aku dengar yang Soyeon panggil Max tu ‘OPPA’?. Ke aku yang salah dengar?’,Boram berbisik sendiri. Dia masih lagi memandang U-Know. Pandangannya satu pandangan yang tak pasti.
(BILIK REHAT)  
  “Yow oppa! Jangan la susah hati dulu”,kata Soyeon lembut.
  “Jangan susah hati? Ottokhe? Soyeon tahu tak yang oppa dah buat satu kesalahan besar?”,soal Max lembut.
  “Oppa buat macam tu sebab oppa sayangkan Boram,right?”.
  “Tu memang betul Soyeon oii!. Tapi masalahnya sekarang ni,oppa dah langgar peraturan sekolah. Betul la cakap Hero hyung. Oppa yang akan kene hadapi semua ni. Tapi,oppa sayang Hero jugak”. Soyeon sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
  “Nanti ikut oppa balik kejap”,kata Max kemudian terus pergi. Mengangguk tidak menggeleng pun tidak. Tidak lama kemudian,pintu bilik rehat dikuak oleh seseorang.
  “Mana Max?”,soal U-Know.
  “Baru aje tadi keluar?”,balas Soyeon.
  “Bo? Asal tak perasan pon?”.
  “Max ke? Dia,kan suka berjalan laju. Entah apa yang dikejarnya pon, Soyeon tak tahu”.
  “Oh!”. Jawab U-Know pendek dan terus pergi meninggalkan Soyeon sendirian dlm bilik rehat tersebut. Baru aje Soyeon nak melangkah keluar, seseorang telah menolak pintu bilik rehat.
  “Soyeon?”,Xiah menyebut lembut nama kekasihnya.
  “Em”,balas Soyeon pendek.
  “Ape yang Max nak tadi?”.
  “Ah! Nothing”,kata Soyeon sambil tersenyum dan terus minta diri untuk keluar. Xiah ingat nak halang Soyeon tapi dia tak perlu buat semua tu sebab Micky dah pun halangnya.
  “Ape kena dengan Max tadi?”,soal Micky. Soyeon sekadar mengangkat bahu tanda tak ahu. “Pelik la. Berani dia lepaskan Hero dengan Boram macam tadi tu? Dia tak takut ke?”,sambung Micky.
  “Muka dia aje yang kita nampak tenang tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu”,kata Soyeon dan terus pergi. Muka Xiah terus berubah.
  “Kenape Soyeon defend Max? Siapa boyfriend dia sekarang ni? Kau ke Max?”,soal Micky.
  “Aku rasa diaorang ni ade sorokkan something la”.
  “Asal pulak?”.
  “Tadi macam aku terdengar ..Soyeon panggil Max tu ‘oppa’ tau”,kata Xiah. Tenang. Dia terus keluar dari bilik itu. Micky masih terpinga-pinga.
                    ********************************
 Hero dan Boram berehat di taman permainan yang agak jauh dari kawasan  persekolahan mereka. Mereka terus duduk diatas kerusi. Boram tercungap-cungap. Hero terus pergi meninggalkan Boram. Dalam keadaan yang macam itu, dia sekadar memandang sahaja. Nak melontarkan satu patah perkataan pun dia tak mampu. Tiba-tiba dia terasa ada orang  melekapkan sesuatu yang sejuk pada bahunya. Dia segera menoleh.
  “Kamsahamnida oppa”,katanya lalu segera buka penutup tin minuman itu. Dia meneguk air yang berada dalam tin itu dengan rakus sekali.
   “Apa akan jadi dengan Max ye?”,soal Hero dalam keadaan penat yang masih bersisa.
  “Mollaso”,jawab Boram ringkas. Hero segera memandang wajah Boram.
  “Ape kite nak buat sekarang ni?”,soal Hero.
  “Balik rumah”.
  “Bo? Boram..tak kan la nak balik rumah dah. Baru pukul berapa”,kata Hero dalam keadaan tak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Boram memandangnya dan terus melemparkan senyuman manja. Hero sekadar tersengih.

No comments:

Post a Comment