“Minhyuk hyung tak balik lagi ke?”,soal Sungjae. Peniel yang sedang
mengemas meja tidak menjawab soalan Sungjae.Begitu juga dengan Illhoon yang
sedang leka menonton tv. Sungjae terus pergi kearah pintu. Dia memegang tombol
pintu. Belum sempat dipulasnya, pintu itu sudah terbuka.
“Anyeonghaseyo”. Kata lelaki yang langsung tidak dikenali itu. Illhoon
terus meluru kearah pintu. Dia tersengih.
“Hyung!”,jerit Illhoon. Dia terus berlari memeluk lelaki itu. Peniel
terkocoh-kocoh berlari mendapatkan Illhoon. Dia terdiam seketika.
“Hyung-nim”,kata Peniel lalu segera bersalaman dengan lelaki tersebut.
“Siapa ni?”,soal lelaki itu sambil memandang Sungjae.
“Ni adik kami. Sungjae ni L. L ni Sungjae”,lelaki itu terus menghulurkan
tangannya tanda mahu bersalaman. Sungjae terus menyambut.
“Saya Sungjae”.
“Dan saya Razzi. Bukan L”,kata lelaki itu sambil tersengih. Illhoon dan
Peniel ketawa.
“Yah! Susahnya nak bezakan korang berdua. Razzi ni adik kembar L. L
abang
kembar Razzi. Muka mereka berdua memang serupa. Kadang-kadang kami selalu tersilap mana satu L dan mana
satu Razzi. Hahahaha. Ouh, kenapa awak datang?”,soal Peniel.
“Abang saya ada disini?”.
“Tak ada,lah pula. Kenapa?”,soal Illhoon.
“Dia cakap dia jumpa Minhyuk. Jadi saya ingatkan dia datang ke sini”.
Illhoon dan Peniel pandang sesama sendiri.
“Minhyuk hyung pun keluar”,kata Sungjae tiba-tiba. Razzi terus memandang
Sungjae.
“Jinjja? Ouh, gwenchana. Ah! Maaflah
mengganggu kamu malam-malam begini. Ouh, saya balik dulu. Bye”,kata Razzi lalu
terus pergi meninggalkan mereka semua.
“Oh, tadi saya ada talifon Hyunsik. Dia kata mereka dah balik”,Peniel
hampir terlupa info yang penting itu tadi. Razzi memandang mereka dan
tersenyum.
“Ouh, ye ke?. Kalau macam tu, tak apa,lah. saya balik dulu ye”,ulang
Razzi lagi dan terus menghilangkan diri disebalik pintu utama rumah mereka.
“Kemana hyung-nim pergi agaknya ye?”,soal Peniel namun tidak dijawab
oleh sesiapa. Sememangnya dia tidak mahu apa-apa jawapan untuk soalannya
itu.
***************************************************************
Minhyuk berjalan dan terus berjalan. Dia
berhenti dihadapan kedai baju sekolah. ‘Apa yang aku buat kat depan kedai
ni?’,bisik hati kecil Minhyuk. Dia agak teragak-agak untuk masuk. Seseorang
menolaknya dari belakang menyebankan dia masuk kedalam kedai itu. Dia menoleh
kebelakang.
“Hyung!”,kata Peniel yang berada dibelakangnya. Minhyuk tersenyum. Dia
terus memeluk Peniel. Peniel membalas pelukannya.
“Buat apa kat sini?”,soal Minhyuk lalu meregangkan pelukan mereka.
“Nak beli baju untuk Sungjae”.
“Bo? Ada duit ke?”,soal Minhyuk.
“Ada. Hyung, tadi ada seorang lelaki datang rumah kita”.
“Siapa?”.
“Ayah Sungjae”.
“Wae?”.
“Dia nak ambil Sungjae balik. Katanya dia tak sangka la pulak yang omma
akan hantar dia kerumah kita”,Peniel menerangkan keadaan sebenar. Minhyuk
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Maksudnya?. Masa omma hantar dia kesini, ayah dia tak tahu ke?. Mana
ayah dia pergi? Takkan bercerai kot?”,ada nada sindiran disitu. Peniel
tersengih lalu menepuk bahu abangnya.
“Hyung, beli baju dulu. Nanti balik kita sembang. Kedai ni pun sekejap
lagi dah nak tutup”,kata Peniel lalu menarik tangan Minhyuk. Minhyuk menarik
pula tangan adik kembarnya.
“Wae?”,soal Peniel.
“Kita mana tahu size si budak
Sung tu”. Peniel tergelak secara spontan.
“Sama size dengan Penny la”.
Peniel terus menarik tangan abangnya.
************************************************************
“Apa cerita?”,soal Minhyuk selepas mandi. Dia berdiri disebelah Peniel
yang sedang menggosok baju sekolah Sungjae.
“Cerita? Cerita apa?”,kening Peniel
terangkat. Minhyuk menghela nafasnya.
“Cerita pasal ayah budak Sung tu la”,kata Minhyuk. Peniel terdiam.
“Ouh. Itu. Sekejap eh”,kata Peniel lalu menyudahkan kerjanya. Dia terus
menyangkut uniform sekolah Sungjae dan menutup plag iron. Dia terus menghadap abangnya.
“Jom masuk bilik, hyung”,ajak Peniel. Mereke berdua terus pergi kearah
bilik Minhyuk. Illhoon sedang menyiapkan kerja sekolahnya diatas katil. Minhyuk
terus duduk dibirai katil tanpa menyedari bahawa dia sedang duduk diatas kertas
kerja Illhoon.
“Hah! Ceritalah .. apanya?”,soal Minhyuk tak sabar. Peniel terus duduk
menghadap abangnya.
“Macam ni, tadi ayah Sungjae datang. Dia nak ambil balik Sungjae. Dan
dia minta maaf sebab menyusahkan kita semua menjaga Sungjae, makan minum dia
lagi apa semua”.
“Dia nak ambil budak Sung tu, then?
Budak Sung tu nak ikut ayah dia balik ke?”,soal Minhyuk dengan muka tak puas
hati.
“Sungjae taknak ikut ayah dia balik”,jawab Peniel.
“Wae?”.
“Dia seronok duduk sini sebab katanya ada orang yang prihatin dengan
dia. Even hyung ni selalu mengamuk
kat dia, dia tetap anggap yang hyung prihatin kat dia”.
“Wait! Tak faham”,kata Minhyuk
sambil menunjukkan tapak tangan kanannya dihadapan wajah Peniel.
“Part mana yang tak
faham?”,soal Peniel.
“Saya tak faham. Kenapa dalam banyak-banyak ruang bilik yang luas ni,
kenapa hyung nak jugak duduk diatas kerja kerja saya?”,soal Illhoon selamba
sambil mencucuk pinggang abangnya,Minhyuk. Melompat Minhyuk kerana sakit semasa
Illhoon mencucuk pinggangnya.
“Omma!”,terjerit Minhyuk. “Aku pelangkung jugak la budak ni karang. Yang
kau dah kenapa duduk kat sini?”,soal Minhyuk sambil pergi semula kearah katil.
Illhoon menjelirkan lidahnya kepada Minhyuk. Dia terus mengambil kertasnya lalu
mengemas semua kerja sekolahnya dan simpankannya ditempat yang sepatutnya. Dia
duduk dibelakangkan oleh Minhyuk dan Peniel. Belum sempat Peniel membuka
bicara, dia menarik lengan baju abang-abang tirinya serentak.
“Kau nak apa?”,soal Minhyuk.
“Pandang Illhoon,lah”,katanya lalu menepuk-nepuk tilam empuk
dihadapannya yang kosong. Mereka berdua terus memusingkan badan untuk menghadap
Illhoon.
“Puas hati?”,soal Minhyuk. Illhon sekadar tersengih. “Hah! sambung
cerita”,sambungnya lagi.
“Part mana yang hyung tak
faham?”,soal Peniel semula.
“Ouh. Macam ni, masa omma hantar dia kesini, ayah dia tak tahu ke? Ke
omma letak budak Sung tu tanpa pengetahuan ayah dia? Or lebih tepat, yang diaorang dah bercerai?”,Minhyuk menerangkan
bahagian yang dia tidak faham.
“Ouh, diaorang belum dan tak bercerai lagi. Masa omma campak si Sungjae
tu kesini, ayah dia pergi ke Osaka. Jadi, omma kiranya buat keputusan tanpa
pengetahun suami dia la”,celah Illhoon. Minhyuk terdiam.
“Ouh, macam tu”,kata Minhyuk lalu mengangguk-anggukkan kepalanya tanda
mengerti.
“Kalau pasal duit belanja untuk Sungjae, hyung jangan risau sebab ayah
dia support semuanya”,sambung Peniel. Minhyuk sekadar menjungkitkan kening
kanannya.
“Kedekut jugak la bapak dia, sebab support anak dia seorang aje. Tak
support kita sekali”,kata Illhoon. Selamba. Peniel menolak pipi Illhoon.
Minhyuk mengambil bantal lalu memukul adik tirinya.
“Kau ni,kan .. kenapa tadi kau tak tanya bapak dia sendiri?. Aish, budak
ni. Aku campak la jugak kau kat bawah karang”,kata Minhyuk sambil tersengih.
Illhoon mengambil bantal lalu campak pada muka Minhyuk. DAM! Memang tepat.
Minhyuk terus menerkam badan Illhoon lalu menggeletek Illhoom. Terburai ketawa
Illhoon.
Peniel terus keluar dari bilik itu. Dia
mengemas dapur lalu masuk kedalam biliknya. Dia melihat Sungjae sedang
menghadap laptop miliknya. Tapi wajah Sungjae sedikit aneh. Peniel menepuk bahu
Sungjae.
“Omma!”,terjerit adiknya itu lalu menoleh kebelakang. Melihat wajah
abang kesayangannya membuatkan dia mengurut dadanya.
“Tengok apa tu? Kenapa muka macam takut aje?”,soal Peniel.
“Itu..”,kata Sungjae lalu menunjukkan sesuatu di skrin laptopnya. Peniel
tergelak
kecil.
“Game ni ke?”,soal Peniel.
Sungjae mengangguk. “Mana dapat?”,sambungnya lagi.
“Terjumpa bawah katil”. Peniel sekadar mengangguk.
“Mainlah”,kata Peniel. Sungjae terdiam. “Wae?”,soal Peniel.
“Macam mana nak main? Game ni
menyeramkanlah”,kata Sungjae tanpa selindung. Peniel tergelak. Dia terus
menutup game itu dan menutup laptopnya.
“Esok kita main. Memandangkan lusa kita cuti, jadi esok kita main
puas-puas”,pujuk Peniel lalu terus menapak kearah katilnya.
*********************************************
“Penny, balik awal jom”,ajak Minhyuk. Peniel sekadar menggeleng.
“Kenapa?”,soal Minhyuk hairan.
“Eh, boleh aje. Tapi temankan Penny pergi kedai PC la”,katanya.
“Sebab?”.
“Nak belikan laptop untuk Sungjae”.
“Buat apa?”.
“Nanti malam boleh la kita main game
Left 4 Dead sama-sama. Hyung,kan minat game
tu”.
“Eh! Game tu,la. Ha’ah. Mana
jumpa?. Beli baru ke?”,soal Minhyuk. Ada nada gembira disitu. Peniel
menggeleng.
“Taklah. Semalam Sungjae jumpa CD game
tu kat bawah katil. Dia bukak game tu
semalam kat pc Penny, tapi dia tak tahu macam mana nak main”,terang Peniel.
Kening kiri Minhyuk terangkat.
“Then kenapa nak pergi beli
laptop untuk budak Sung tu pulak?”.
“Kita main la in team. Main
berempat. Macam kita selalu main dengan Hyunsik.
Takpun dengan L”,kata Peniel
dan terus berlalu. Minhyuk mengikut Peniel dari belakang.
“Dia pandai main ke?”,soal Minhyuk.
Tanpa menoleh, Peniel menjawab, “Kita
ajarlah”. Jawapannya ringkas.
*************************************************
“Hai Sungjae. Balik jom”,ajak Hyorin. Sungjae segera menoleh.
“Dah jumpa ke prince
awak?”,soal Sungjae. Hyorin pantas menggeleng. Sungjae tersenyum.
“Percayalah cakap saya, suatu hari nanti awak pasti akan jumpa dia. Sama
ada lambat or cepat, itu saya tak
pasti tapi awak pasti akan jumpa dia”,kata Sungjae dan terus berlalu. Hyorin
terdiam. Dia segera menarik lengan Sungjae.
“Apa maksud awak?”.
“Percaya ajelah cakap saya. Nanti awak akan jumpa”. Sungjae memegang
kepala Hyorin.
“Hyorin! Jom balik”,jerit Dasom yang berada dihadapan muka pintu. Dia
terlihat keadaan dimana Hyorin sedang memegang lengan Sungjae dan Sungjae pula
sedang memegang kepala Hyorin.
“Wei, Dasom. Laju betul la kau la .. omo!”,terkejut Soyou melihat
keadaan mereka berdua. Hyorin terus melepaskan pegangannya tapi tidak pula
Sungjae. Tangannya masih dikepala Hyori. Sehun dan Kai muncul dibelakang dua
gadis itu menyebabkanSungjae baru menjatuhkan tangannyadari kepala Hyorin.
Keempat-empat
mereka terus memerhatikan Hyorin dan Sungjae. Hyorin memandang wajah Dasom.
Merah padam. Sungjae yang tidak tahu apa-apa sekadar menundukkan sedikit
kepalanya. Dasom menghentakkan tangannya pada pintu dan terus beredar. Sakit
dada Sehun dan Kai bila dilanggar Dasom.
“Aduh! Sakitnye la”,kata Kai dan Sehun serentak. “Apa tadi tu. Orang ke
batu?”,soal Sehun yang masih lagi memegang dadanya. Soyou terus mengejar Dasom.
“Alamak”,bisik Hyorin. Sungjae pelik dengan perkataan yang baru keluar
dari mulut Hyorin.
“Wae?”,soal Sungjae. Hyorin sekadar menggeleng lalu terus beredar.
“Kau buat apa tadi?”,soal Kai. Sungjae sekadar tersengih. Dia menyandar
didinding kelas. Kedua tangannya dimasukkan kedalam kocek seluarnya. Kepalanya
didongakkan keatas.
“Tu bukan penolong kelas ke tadi?”,soal Sehun pula sambil tangannya
disandarkan pada dinding sebelah Sungjae.
“Dia cakap yang dian nak jumpa prince dia aje. Aku cakap la yang dia
pasti akan jumpa suatu hari nanti. Itu aje”,jelas Sungjae. Kedua teman baiknya
mengangguk tanda faham. Sehun mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.
Sehelai kertas.
“Nah, ni nombor Dasom”,kata Sehun lalu menyerahkan pada Sungjae. Sungjae
mencapai kertas itu dengan dahi yang kerut seribu.
“Untuk apa?”,soal Sungjae.
“Nanti kau call la dia”,jawab Kai pula lalu mengenyitkan matanya pada
Sehun.
“Untuk apa?”,soalnya lagi.
“Tenangkan perasaan dia ke. Well,
esok cuti. Maybe dia boleh la lepas
rindu kat kau”,kata Kai lalu terus berlalu pergi. Diikuti dengan Sehun. Sehun
sekadar mengenyitkan mata kepadanya dan terus pergi meninggalkan Sungjae dalam
keadaan tertanya-tanya.
*********************************************************
“Haih, harap la Sungjae tu boleh sangkut dengan Dasom”,kata Kai sambil
tersenyum lebar. Sehun sekadar memerhatikan temannya.
“Kenapa kau yang beria-ia?”.
“Saje je. Kenapa? Tak boleh?”.
“Boleh la sangat”,kata Sehun lalu memasukkan tangannya kedalam kocek kotnya.
Dia terpegang sehelai kertas kecil. Dia terus mengeluarkan kertas itu.
“Ape ni?”,dia bermonolog sendiri lalu membuka lipatan kertas itu.
Tertera nama Dasom diatas kertas itu. Dan dibawahnya terdapat barisan nombor.
Terbuntang mata Sehun. Serta merta kakinya berhenti dari melangkah.
Selepas beberapa langkah Kai berada
dihadapan, dia perasan bahawa tiada sesiapa disebelahnya. Dia terus menoleh
kebelakang dan melihat Sehun sedang memegang satu kertas kecil dengan mata yang
terbuntang dan mulut yang sedikit terbuka. Kai terus berlari mendapatkan
temannya.
“Kau kenapa wei?”,soal Kai sambil memegang bahu temannya. Dia melihat
kertas yang sedang dipegang oleh Sehun. Kini, giliran dia pula untuk melopong.
“Wei, kalau ni nombor Dasom, habis .. yang kasi tadi tu nombo
siapa?”,soal Kai lalu menolak lembut bahu Sehun.
“Aku rasa .. tu .. tu .. nombor .. nombor SOYOU!”. Melopong Kai
mendengar jawapan Sehun. Dia terus menepuk dahinya.
“Macam manalah aku boleh kasi nombor Soyou pulak ni”. Sehun
menghentukkan kepalanya didinding tepi jalan. Kai seperti teringat sesuatu.
“Mana kau dapat nombor Soyou?”.
“Hehehehe, aku mintak dia la tadi. Lupa la pulak yang kat dalam ni ade
dua kertas. Ottokhe?”,soal Sehun pula.
“Kita call Sungjae ajelah.
Senang cerita. Nak balik sekolah? Kita dah jauh dah ni. Kalau balik pun, maybe si Sungjae tu dah balik rumah.
Kita call dia ajela”,kata Kai lalu
mengeluarkan handphonenye. Dia
mendail nombor Sungjae. Hanphonenya
ditekapkan pada telinga. Berdering. Lama. Tiada jawapan.
“Tak angkat la pulak”,kata Kai. Sehun yang sedang kelaparan terus
memegang perutnya yang berbunyi. Kai memandang temannya. Dia terus mencebik.
“Yelah, yelah. Balik la jom”,ajak Kai. Sehun sekadar tersengih. Mereka
berdua mula menapak pulang kerumah.