Saturday, 16 February 2013

PLEASE LOVE ME (PART 11)


    Hari itu, mereka memulakan hari dengan 1001 kebisuan yang melanda diri masing-masing. Max, Micky, Xiah, U-Know dan Hero masih lagi memerapkan diri dalam bilik Persatuan Pelajar. Max sedia menunggu hukuman yang bakal diberi oleh guru disiplin. Tunggu dan terus tunggu. Namanya tidak dipanggil untuk pergi ke bilik guru. Lega sekejap. Mereka semua sibuk mengisi data-data pelajar didalam komputer dihadapan mereka. Tiada sebarang suara yang keluar. Yang ada hanyalah bunyi papan kekunci apabila ditekan.
KKKKKKKKKRRRRRRRRRRRRIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNNNNNNGGGGG!!!!!!. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat pertama sudah tiba. Tapi bilik Persatuan Pelajar masih lagi suram. U-Know menghelakan nafasnya.
  “Kalau lapar,pergi la makan,hyung”,kata Max lembut. Matanya tidak memandang U-Know sebaliknya terus memandang monitor yang berada dihadapannya. Tekun sekali Max membuat kerja.
  “Hmm”. U-Know mengangkat wajahnya. Dia lihat Max tidak memandangnya.
  “Pergilah rehat dulu kalau lapar”,ulang Max. Semua yang ada disitu terus mengangkat kepala memandang Max. Max sedikit pun tidak mengangkat kepalanya. Matanya tertumpu kepada skrin komputer. Pintu bilik itu diketuk. Mereka semua memandang pintu utama kecuali Max. Dia tidak menghiraukan apa-apa. Mungkin kalau bom meletup pun dia tidak kisah. Soyeon berdiri dihadapan pintu.
  “Oppa!”,jeritnya. Kali ini, barulah Max mengangkat kepalanya. Dia tersenyum. Soyeon terus berjalan menuju kearah abang saudaranya. Dia membawa satu bekal.
  “Soyeon bawakan bekal untuk oppa. Makanlah”,kata Soyeon. Manja.
  “Wah. Sedapnya bau. Erm…”,Max teringatkan sesuatu. Empat orang rakannya sedang memandangnya. Dia tersenyum.
  “Eh!Hyung. kesinilah. Kita makan sama-sama”,panggil Max dengan mesra. Bagai tiada apa-apa yang berlaku antara mereka semua semalam. Mereka berempat masih lagi duduk diam ditempat mereka.
  “Eh! Kesini la semuanya. Makan sekali”,ulang Max sambil tersenyum. U-Know terus pergi dan berdiri dihadapan meja Max. Diikuti oleh Hero dan Micky. Xiah tidak bangun pun. Dia masih ditempat duduknya.
  “Xiah-ssi. Kesini la. Marilah makan bersama. Yosh! Kenapa yang lain tercegat kat sini?”,soal Max. Pelik dengan mereka yang berdiri dihadapan mejanya. Xiah masih kaku ditempatnya.
  “Oppa,kajja. Makan sama dengan kami”,kata Soyeon lembut sambil menarik tangan Xiah. Soyeon pun begitu juga, biasa seperti semalam tidak ada apa-apa berlaku. Xiah memandang U-Know. U-Know memanggilnya. Dia terus melangkah longlai kehadapan meja Max.
  “Err.. Shim Choikang Changmin!”,tiba-tiba U-Know bersuara. Xiah terus memandang U-Know. Max yang sedang menyuapkan makanan kedalam mulutnya terus berhentibua seketika. Dia terus memandang U-Know yang berdiri dihadapannya.
  “Wae?”,soal Max sambil penyepit makanan ada didalam mulutnya.
  “Kami, U-Know Yunho, Hero Jaejoong, Micky Yuchun dan Xiah Junsu nak minta maaf atas kesalahan kami semalam. Soyeon, kami juga ingin minta maaf. Sila maafkan kami! Kami betul-betul menyesal!”,kata U-Know lalu terus ‘bow’ dan kelakuan itu diikuti oleh mereka yang lain. Max dan Soyeon agak terperanjat. Dia pergi kearah mereka dan terus menegakkan badan mereka semua.
  “Hyung! Gwenchana. Max tahu yang hyung tak tahu semua benda ni. And Max pun nak minta maaf sebab tak kasi tahu awal-awal. Kan dah salah faham. Kyah!! Bangun dan jom makan sama-sama. Jom! Jom!”,Max mengajak mereka semua makan. Mereka semua bagai mulakan satu hidup baru. Mereka seronok bergelak ketawa sambil makan suap bersuap.
  “Annyeonghasayo”,laung satu suara yang tidak dikenali. Mereka semua memandang kearah pemilik suara tersebut. Mata Soyeon membulat apabila melihat pemilik suara tersebut. Dia segera memandang Max. Max tenang. Dia terus berdiri.
  “Ya Puan. Apa yang saya boleh bantu?”,soal Max lembut.
  “Saya Pn.Park. Saya datang kesini sebab nak berjumpa dengan anak saya. Ren. Dari kelas..erm..saya tak berapa pasti. Erm,awak ni ketua pelajarkan?”,soal wanita yang bernama Pn.Park itu. Max menganggukkan kepalanya.
Pn.Park terus memandang Soyeon. Dia tersenyum lebar. “Soyeon,anak saudaraku. Kamu sudah besar. Mesti umur kau sama dengan Ren,kan?”,kata Pn.Park dengan gembiranya. Mereka semua memandang Soyeon kecuali Max. Dia masih tenang.
  “Mana abang saudara kesayangan kamu tu? Apa namanya? Max? Hah!! Masih diKorea ke ataupun sudah lesap dari muka bumi ni?”,soal Pn.Park dengan angkuh sekali. Soyeon mula meradang. Mereka mengalihkan pandangan mereka kepada Max pula.
  “Ahjumma, walau macam mana pun, Max oppa tu still anak lelaki ahjumma”,tengking Soyeon.
  “Ah! Anak aku cuma Ren seorang”.
  “Ahjumma tak melahirkan Ren. Tapi ahjumma melahirkan Max! Max! Max! Changmin Max!!”.
  “Ahjumma tak pernah ada anak bernama Max. Anak ahjumma cuma Ren. Ren!! Ren!!”,giliran Pn.Park pula yang menengking. Soyeon mula naik angin.
  “Ahjumma! Bo? Itu bukan darah daging ahjumma”.
  “Aku tak rela ada anak tak normal macam Max. Aku cuma sukakan kesempurnaan. Sudahlah. Boleh jadi gila ahjumma kalau bergaduh dengan kamu pasal budak Max tu”,Pn.Park terus memalingkan wajahnya kepada Max.
  “Amat beruntung sekali ahjumma kalau ahjumma ada anak macam ketua pelajar kamu ni. Sempurna. Bukan macam Max!”,katanya dengan satu senyuman yang melebar sambil memandang Max atas bawah. Max sekadar tersenyum.
  “Puan. Puan nak jumpa anak Puan ke? Ren? Tingkatan 4 ke?”,soal Max lembut. Pn.Park teruja dengan cara dan gaya sopan Max. Sedangkan lelaki yang sedang dipuji dan dikatakan sempurna ini adalah anak kandungnya sendiri,Max.
  “Mari saya hantar Puan kekelas tingkatan 4-1”,kata Max dengan penuh sopan. Dia dan Pn.Park terus keluar dari bilik tersebut. Soyeon masih panas hati.
  “Soyeon .. nak tanya sikitlah”,U-Know bersuara. Soyeon terus memandang U-Know.
  “Hmm”.
  “Itu..itu.. Itu ke omma Max?”,soal U-Know serba salah.
  “Perempuan tak sedar diri tu?. Haah la. Itulah omma Max oppa. Tapi..macam mana Max oppa boleh layan perempuan tu dengan lembut?”,kata Soyeon dengan nada marah. Dia mendengus dan kemudian dia terus keluar dari bilik itu. Kemana destinasi seterusnya. Tiada siapa antara mereka berempat yang tahu.
                       ***************************************
Max dan Pn.Park , ataupun dulunya adalah Pn.Shim telah berada dihadapan pintu kelas 4-1. Semasa berjalan, Pn.Park memuji-muji Max dalam hatinya. Dia tidak tahu bahawa orang yang dipuji itu adalah orang yang dibenci olehnya. Ren menyedari kehadiran ommanya dan terus berlari kearah ommanya. Max kemudiannya meminta diri.
  “Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu ya puan”,kata Max lalu menundukkan kepalanya.
  “Max!! Jamkkan-man. Max!”,laung Boram dari dalam kelas itu. Kemudiannya dia berlari mendapatkan Max. Pn.Park begitu terkejut. Dia terus menoleh kearah Max. Max berhenti dan terus memalingkan wajahnya kearah Boram.
  “Max! Semalam awak tak balik ke?”,soal Boram.
Max merenung wajah Boram. Lama. Kemudian dia teringat sesuatu. “Ah! Awak semalam tidur dimana?”,baru dia teringat yang Boram tinggal sementara dengannya.
  “Dirumah sayalah”.
  “Eh? Omma dan appa awak dah balik ke?”.
  “Yup. Semalam. Saya risaukan awak sebab semalam awak tak balik. Awak dimana,Max?”.
  “Ah! Saya dirumah saudara sayalah,Soyeon. Rumah Soyeon dengan kedai semalam tu dekat. Dia mana larat nak papah saya sampai rumah”,kata Max sambil tersengih. Dia memandang Pn.Park. kemudiannya melemparkan senyuman. Pn.Park terkedu. Dia terus memandang Ren.
  “Ren..itu ketua pelajar kamu ke?”,tanya Pn.Park. Ren terus memandang kearah Max.
  “Lelaki tu ke?”.
Pn.Park mengangguk.
  “Yup. Sempurnakan?”,soal Ren. Ketika itu,Soyeon dan yang lain sudah sampai dekat dengan Max. Soyeon merenung Pn.Park. Tajam. Max memandang Soyeon dan sekadar tersengih. Dia menutup mata Soyeon. “Ah! Seramlah Max bila mata Soyeon macam tu”,katanya lembut.


(BUMBUNG SEKOLAH)
  “Kenapa Puan nak jumpa saya diatas bangunan sekolah ni?”,soal Max masih lagi lembut. Pn.Park terus menerus memandang Max. Soyeon dan yang lain berada tidak jauh dari situ. Tiba-tiba Pn.Park memeluk Max. Max agak terkejut.
  “Erk,puan. Kenapa ni?”,soal Max.
  “Eish? Asal omma aku peluk Max pulak?”,soal Ren.
  “Kau ni kenapa? Jeles ke?”,soal Boram pula tanpa memandang Ren.
  “Taklah. Marah. Yang boleh peluk Max, aku seorang aje”,mereka menyangkakan Ren marah apabila Max mendapat pelukan dari ommanya. Rupanya Ren marah kerana ommanya memeluk Max. Mereka semua memandang Max. U-Know dan Hero hampir termuntah.
   “Euu”,kata Xiah dan Micky serentak sambil membuat memek muka. Boram dan Soyeon memukul badan Ren dengan kuat sekali.  
  “Erm,Puan?”,soal Max lagi.
  “Max. Dah tak kenal omma ke?”.
  “Omma? Saya tak ada omma”,kata Max lalu menolak Pn.Park dengan lembut. “Eh? Nama omma saya Pn.Shim. Bukannya Pn.Park”,sambungnya lagi.
  Pn. Park bingung seketika. ‘Betul ke ni Max anak aku?’,dia berteka-teki sendirian.
  “Erm,awak ni…Shim Choikang Changmin,kan?”,Pn.Park inginkan kepastian.
  “Ya. Sayalah tu. Kenapa Puan?”,soal Max.
  “Max, saya ni omma kamu. Dulunya saya kahwin dengan ayah kamu, En.Shim. Dan…”.
  “Erk,Puan. Saya nak masuk ke kelaslah. Waktu belajar, pelajar dilarang sama sekali untuk berada diatas bangunan sekolah. Maafkan saya. Ya,memang saya Shim Choikang Changmin atau Max tapi saya bukan anak Puan”,kata Max lalu terus beredar. Pn.Park terkedu. Max terus berjalan meninggalkan Pn.Park atau lebih tepat lagi,ommanya.
  “Aku benci kau”,kata Boram kepada Ren. Manja.
  “Wah! Abang aku, rupanya boyfriend aku yang hensem tu la. Wah!!”,seloroh Ren sambil memandang Boram.
                        *******************************************
  “Erm,Soyeon. Boleh tak nanti datang rumah oppa?”,soal Max sewaktu Soyeon mahu keluar dari bilik Persatuan Pelajar. Soyeon sekadar mengangguk.
  “Ehem”,Hero berdehem. Semua yang ada disitu memandang Hero.
  “Takkan la kau ajak Soyeon seorang aje kot?”,soalnya lalu membuat aegyo. Max mahu membalasnya tapi dengan cepatnya Soyeon menjawab. “Maaflah Hero oppa. Ini hal keluarga. Orang luar tak boleh masuk campur”,katanya sambil ketawa lalu segera meninggalkan bilik itu.
  “Sorry la hyung. Alasan yang kukuh”,kata Max.
  “Omo! Aku tak pernah pergi rumah kau Max”,katanya masih lagi beraegyo.
  “Hero..kan tadi dah cakap”,kata Soyeon lalu tersengih dan terus keluar meninggalkan bilik Persatuan Pelajar.
  “Hero oppa, kan dah cakap. Hal keluarga”,kata Max dengan mengecilkan suaranya, seperti perempuan. Hero terus bangun dan berlari kearah Max. Dia mencekik Max. tapi Max boleh ketawa sebab padanya langsung tak sakit tapi menggelikan.
                         **********************************
  “Ren,aku nak cakap sesuatu dengan kau lah”,kata Boram tetapi tidak memandang Ren. Ren tidak dengar dan waktu tu dia melihat Soyeon baru masuk kekelas. Ren menegur Soyeon.
  “Ah! Saudaraku”,katanya kepada Soyeon lalu mengangkat tangan kanannya.
  Soyeon mendekatkan wajahnya dengan wajah Ren. “Aku bukan saudara sah kau tau. Aku tak ada apa kaitan dengan kau la”,kata Soyeon. Agak tegas tapi dihujung biracanya ada sedikit sengihan.
  “Ala~”,Ren buat aegyo depan muka Soyeon. Soyeon menjelirkan lidahnya lalu terus duduk ditempatnya iaitu dibelakang Ren. Boram baru sedar yang Ren tidak melayannya sebaliknya melayan Soyeon. Dia terus mencucuk belakang badan Ren dengan belakang pennya. Ren gelak. Boram menukar stailnya. Dia menulis sesuatu dibelakang Ren. Ren makin ketawa. Geli. Muka Boram merah menahan marah. 
  ‘Aku nak dia sakit waktu cucuk tadi tapi dia gelak pulak. Hah!! Aku tulislah pulak belakang kau. Ketawa mengekek mengilai. Macam perempuan’,bisik hati Boram. Soyeon yang sedar perubahan pada muka Boram terus mengetuk kepala Ren dengan batang pennya.
  “Ouch! Kau ni dah kenape?”.
  “Kau tu yang dah kenapa buat kawan aku muram mukanya?”,soal Soyeon sambil menjuihkan bibirnya kearah Boram. Ren terus memandang Boram.
  “Tadi..kau bercakap dengan aku ke?”,soal Ren
  “Yelah.Tapi waktu tu kau tengah bercakap dengan Soyeon”,katanya. Mukanya masam.
  “Erk? Aku tak perasan kot. Hah! Kau nak cakap apa?”,soalnya. Ketika itu, Soyeon datang dihadapan meja mereka berdua lalu duduk diatas meja Boram. “Kauorang nak gossip apa ni? Aku nak dengar”,katanya.
  “Dasar gossip girl la kau nih!”,kata Ren kepada Soyeon.
  “Aku..aku suka dekat Max”,kata Boram. Ren terus memandang Boram. Soyeon sekadar mengangguk.
  “Kenapa?”.
  “Manalah aku tahu. Dia memang la tak layan aku dengan elok, tapi aku suka dia”,jujur Boram menjawab. Ren terus memandang Soyeon. Soyeon masih lagi mengangguk.
  “Kau!! Kau!!!”,kata Ren lalu menundingkan jarinya kearah Boram. Mereka terkejut dengan kelakuan Ren. “Kau tak boleh suka dekat boyfriend aku lah!!!”,jerit Ren sekuat hati. Semua yang ada dalam kelas itu terus senyap dan memandang Ren.
  “Bo? Boyfriend? Ren ni ada boyfriend?”,mereka mula berbisik sama sendiri.
  “Hoi! Kau ni dah kenapa?”,soal Soyeon. Ren terus memeluk Soyeon dan mula mengadu. Aksinya itu seperti anak-anak yang merengek dengan ibu mereka untuk membelikan sesuatu.
  “Soyeon..kau tengok la kawan kau ni. Dia suka abang saudara kau a.k.a abang tiri aku”,katanya sambil merengek-rengek.
  “Gila”,spontan perkataan itu terkeluar dari mulut Soyeon. Dia terus menolak Ren dan terus pergi duduk dimejanya.
  “Kau..kau marah aku ke Ren?”,soal Boram kemudiannya. Ren terus memandang Boram. Matanya redup. Dia mendekatkan mukanya dengan muka Boram sampai Boram terpaksa kebelakang.
  “Why..So..Serious?. Wohoo!! Get your crayon. Get your crayon. Get your  crayon”,tiba-tiba Ren menjerit dan terus berjoget diatas kerusinya. Mereka semua memandang Ren san tersenyum sesama sendiri. Mereka mengeluarkan talifon bimbit mereka lalu memasang lagu G-Dragon – Crayon. Satu kelas menari dan berjoget. Kecuali Boram dan Soyeon.
  “Diaorang ni… Haish!! Ren ni berpengaruh besar”,kata Soyeon dan terus keluar dari kelas itu. Tujuannya untuk pergi ketandas. Boram terus mengekorinya. ‘Kenapa Ren…aish, pelik ni. Takkan la si Ren ni ade hati kat Max? Dia…lelaki tulenkan?’,soal hatinya sendiri. Soyeon berhenti secara mengejut. Boram yang tidak memandang depan terus melanggar belakangnya. “Aduh! Kau ni kenapa wei?”,soal Boram. Mata Soyeon terbelalak.
  “Tu..tu…tu”,katanya tergagap.
  “Tu ape?”,soal Boram sambil memukul belakang bahu rakannya.
  “Tu,pengetua wei. Menghala ke sini la pulak!”,katanya lalu terus masuk semula kedalam kelas lalu menjerit,“Wei,pengetua wei. Berhenti la berjoget wei”,lalu terus duduk mengeluarkan buku. Semua yang sedang berjoget tadi terkejut dan berlari lintang pukang duduk ditempat masing-masing lalu mengeluarkan buku. Kelas menjadi sepi seketika. Pintu kelas ditolak. Semuanya sudah berpeluh bukan kerana takutkan ketua tapi kerana berjoget beramai-ramai tadi. Pengetua berdiri dipintu kelas. Melihat mereka semua yang kononnya belajar dengan tekun. Dia setakat tersenyum puas dan terus berlalu pergi. Selepas bayang pengetua tidak lagi kelihatan, mereka semua menghela nafas,lega dan bergelak beramai-ramai.
                         **************************************
  “Ouh,giler la tadi. Mujur kau cakap Soyeon”,kata Ren sambil menepuk bahu Soyeon lembut. Mereka berjalan beriringan keluar dari pintu pagar sekolah. Soyeon sekadar tersengih. Boram berada disebelah Ren sekadar mendiamkan diri.
  “Ah,Soyeon. Kau nak balik rumah ke pergi rumah Max?”,soal Boram.
  “Eh! Ha’ah,la. Aku hampir terlupa la pulak yang tadi Max ade ajak aku pergi rumah dia”,kata Soyeon. Ren terus memandangnya.
  “Aku nak follow. Aku nak follow”,katanya sambil memegang lengan Soyeon. Dia mula merengek-rengek. Boram memegang lembut bahu Ren lalu menariknya.
  “Ren,only GIRLS allow”,katanya sambil tersengih. Perkataan Girls tu ditekannya. Ren mula merengek pada Boram pulak.
  “Ala,aku nak ikut. Tak adil la kalau ayik kau aje yang pergi rumah dia. Dia tu boyfie aku”,kata Ren. Boram terlopong mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Ren. Dia dan Soyeon tergelak terbahak-bahak. Mujur tak tergolek-golek.
  “Eh,korang. Sukanya ketawa entah macam apa nih. Jom la pergi rumah”,sapa Max yang entah dari mana tu. Boram dan Soyeon terus memandang Max. Soyeon terus memaut tangan Boram untuk pergi bersama. Max mendahului mereka. Tiba-tiba Ren memegang tangan Boram.
  “Jakkam-man!”,pekik Ren. Mereke semua terkejut.
  “Kau ni dah kenape?”,soal Soyeon.
  “Aku..aku..aku nak follow”,kata Ren. Max setakat tersenyum.
  “Hah! Jomlah”,kata Max lembut. Ren gembira bukan kepalang. Dia terus memeluk Max sambil melompat-lompat. Max sekadar tersengih. ‘Apepun,dia ni tetap adik tiri aku. Walaupun sukar aku nak terima’,bisik hati kecil Max.
  “Huh! Suke sangat la tu. Jom Boram”,kata Soyeon lalu terus menarik tangan kiri Boram.
(RUMAH MAX)  
  “Wah,ini ke rumah Max hyung? Wah”,kata Ren yang mula-mula masuk kedalam rumah itu. Boram sekadar menggeleng kepala. Max sekadar tersengih. Soyeon terus masuk dan merebahkan dirinya disofa.
  “Rumah hyung ni tak la besar mana pon. Biase ajelah”,kata Max. “Eh! Duduklah. Soyeon,kenapa penat sangat ni?”,sambung Max dengan mangajukan Soyeon soalan.
  “Aish, oppa. Kenapalah bawak mamat sorang nih?”,kata Soyeon lalu menjuihkan bibirnya kearah Ren. Ren menjegilkan biji matanya. Soyeon menjelirkan lidahnya.
  “Ah,tak apalah Soyeon. Sekali-sekala. Oh! Boram?”,Max memusingkan badannya 360 darjah mencari Boram.
  “Ah,kat sinilah”,kata Boram sambil mengheret begnya keluar.
  “Oh,beg tak ambil lagi semalam. Hah,nak letak kat rumah ke? Nak Max tolong?”.
  “Tak payah la Max. Sebelah ajepon. Lagipun bukannya berat sangat pon. Tak apa”,balas Boram.
  “Ah,duduk la dulu. Max nak masak kejap”,kata Max lalu berlalu pergi ke dapur.
  “Oh? Boram duduk sini ke?”,soal Ren kepada Soyeon.
  “Tak la. Sementara sebab haritu parents Boram tiba-tiba kena balik ke Jepun. Kau jangan nak jealous sangat la”,kata Soyeon lalu memukul paha Ren.
  “Oi, sakit oi!”,jerit Ren. Soyeon buat muka selamba lalu membuka TV. Ren terdiam melihat kelakuan Soyeon.
  “Kau macam dah biasa aje”,katanya.
  “Gila kau? Ni,kan abang saudara aku. Sah la aku selalu lepak rumah dia”,balas Soyeon. Ren mengubah tempat duduknya. Dia terus duduk disebelah Soyeon lalu membisikkan sesuatu,“aku nak tanya kau something la”.
  “Hmm”.
  “Abang saudara kau ni hensem, bergaya, bijak. Kau tak ada feeling kat dia ke?”,Soyeon yang tadinya hanya memandang TV terus memandang Ren. Dia meninjau-ninjau sekeliling. Dia mendekatkan bibirnya ditelinga Ren,“Pabo”.
  “Eish! Kau ni. ‘Pabo’kan aku pulak”,kata Ren. Merajuk. Soyeon sekadar tersengih melihat gelagat Ren. Dia merapatkan semula bibirnya ke telinga Ren.
  “Aku tak boleh nak ada feeling kat dia sebab .. banyak sebab. Yang pertama, dia abang saudara aku. Yang kedua, aku anggap dia macam abang aku. Yang ketiga, dia anggap aku macam adik aje. Yang keempat, dia suke Boram,bukan aku”,selepas Soyeon berkata begitu, Max keluar dengan membawa dulang. Didalamnya ada 4 mangkuk kecil. Dia meletakkan dulang itu diatas meja lalu mengeluarkan mangkuk itu satu persatu.
  “Nah,makanlah”,pelawa Max sambil melemparkan senyuman. Manis. Boram baru datang.
  “Wau,langkah kanan kau”,usik Soyeon.
  “Bukan. Tadi aku tak dapur. Lepastu terbau coklat. Tu yang datang sini tu sebab bau tu datangnya dari sini”,kata Boram sambil tersengih. Max sekadar tersenyum. Boram terus duduk dan makan aiskrim coklat yang terdapat dalam mangkuk kecil dihadapannya.
  “Hah? Kiteorang yang ada dekat dalam rumah ni pon tak bau apa-apa”,kata Ren. Soyeon mengetuk kepalanya.
  “Maksud dia, dia memang tengah langkah kanan la ni”. Ren buat tak dengar apa yang Soyeon cakap. Dia terus mengambil satu mangkuk dan terus menyuapkan aiskrim coklat itu kedalam mulutnya.
  “Omo! Sedapnya. Siapa yang buat ni?”,soal Ren. Wajah Max sedikit berubah. Lama dia terdiam. Kemudian dia terus melemparkan senyuman.
  “Erm,Max la”,katanya perlahan.
  “Eh? Sejak bila oppa pandai buat aiskrim coklat ni?soal Soyeon. Pelik. Setahunya,Max hanya suka makan. Tapi jarang la pulak dia nak masak kat rumah kalau seorang diri dirumah.
  “Erk..Hero..Hero hyung yang ajar”,beritahu Max. Perlahan. Boram terus memandang Max. Lama dia merenung Max. Menyebabkan Max tak selesa lalu terus kedapur.
  “Oh! Dah pukul 6:30? Omo! Kat luar tu macam dah nak gelap aje. Nak talifon omma kejap la”,kata Ren lalu terus pergi keluar rumah untuk menalifon ommanya. Hari itu adalah hari dimana semua pelajar akan dilepaskan pulang lewat dari biasa. Selalunya mereka balik pada pukul 2:30 petang. Tapi hari tu balik pada pukul 4:30 petang pula kerana cikgu lepaskan mereka lewat 1 jam. Selalunya pada hari itu, cikgu akan lepaskan mereka pada pukul 3:30 petang.
  “Omma..omma”,panggil Ren. Tapi ommanya membalas panggilannya dengan marah-marah.
  “Ah, Ren. Kamu dimana ni? Dah puku berapa ni? Kenapa kamu tak balik lagi? Kat sana hujan ke? Nak omma ambilkan kamu? Kamu dimana?”,soal omma Ren. Risau.
  “Omma, saya dirumah Max”,kata Ren lembut. Pn.Park terdiam. Lama.
  “Omma..omma?”. ‘Ah,bagus. Ini adalah peluang aku untuk tahu dimana Max tinggal’,bisik hati kecil Pn.Park.
  “Rumah Max tu kat mana? Nanti omma datang ambil kamu”.
  “Erm..tapi jangan sekarang. Datanglah dalam pukul 8:00 malam macam tu. Ok?”.
  “Erm..tahulah omma”.
                             ******************************
  “Eh!Ren. Omma awak tahu ke yang hari ni awak balik lambat?”,soal Max kepada Ren.
  “Jangan risau hyung. Omma saya dah tahu. Nanti dia datang ambil saya”,kata Ren sambil terus mengunyah nasi yang ada dalam mulutnya. Malam itu mereka makan malam dirumah Max. Max yang masak. Max terkedu sebentar apabila mendengar apa yang baru diluahkan oleh Ren. Soyeon terus tak jadi nak menyuap daging dalam mulutnya. Dia terus memandang Max yang duduk dihadapannya. Muka Max berubah riak. Boram dan Ren tak perasan tentang perubahan riak pada wajah Max. Mereka terus makan dengan penuh selera. Max memandang adik saudaranya yang duduk dihadapannya. Dia sekadar tersenyum dan sambung makan. ‘Aish! Macammana la nak berdepan dengan omma nanti?’,bisik hatinya.
Selepas selesai makan, menonton rancangan Running Man sambil bergelak ketawa diruang tamu. Pada saat itu, Max rasa sungguh seronok kerana itulah kali pertama rumahnya riuh dengan bunyi gelak tawa. Sebelum ini, TV pun dia jarang tonton kerana bosan, tiada siapa dirumah. Dia seperti mahu berhentikan masa agar mereka sentiasa bergelak ketawa dengannya. Kemudian kedengaran loceng ditekan. Mata mereka yang tadinya hanya tertumpu dikaca TV terus berubah kepada pintu. Max agak berat punggungnya mahu membuka pintu. ‘Pasti omma’,bisik hatinya. Mereka semua memandang Max. Hairan.
  “Yosh? Kenapa hyung tak bukak pintu? Ah! Hyung malas ye?”,soal Ren. Max sekadar tersenyum lalu mengangguk.
  “Ah!!! Ren. Tolong hyung. Malasla hyung nak angkat punggung hyung ni”,seloroh Max. Boram dan Ren tergelak. Soyeon terus memandang Max. ‘Ye sangat la malas. Ni mesti ahjumma’,bisik hati Soyeon.
Ren terus berjalan kearah pintu. Dibukanya pintu dan terus menjerit memanggil ommanya, “Omma!!!!!!”. Muka Max yang tadinya tenang masih lagi tenang. Soyeon merenung tajam ahjummanya.
  “Ah! Soyeon pun ada sekali? Wah! Ah Ren, boleh tak kamu tunggu omma dalam kereta? Omma ada benda nak bincang dengan ketua kamu”,kata ommanya. Boram terus memandang wajah Max dan Soyeon bersilih ganti. Wajah Max tenang tapi wajah Soyeon yang berkerut-kerut. Boram rasa dia seperti mengganggu.
  “Ah, boleh ahjumma masuk?”,soal Pn.Park kepada Max. Max sekadar menggangguk dan tersenyum. Soyeon terus menukar tempatnya. Dia duduk disebelah abang saudaranya.
  “Erm…Max,Soyeon. Aku balik dululah. Dah lewat malam ni. Nanti omma aku tanya pulak”,katanya lalu terus keluar dari rumah Max.

Friday, 1 February 2013

Please Love Me (PART 10)


Didalam rumah Max kini hanya ada dia dan Soyeon.
  “Ajuhssi dan ahjumma apa khabar?”,soal Max. Soyeon yang sedang membaca sebuah majalah terus mengangkat wajahnya. Lama dia merenung wajah abang saudaranya,Max.
  “Ah! Diaorang tu baik aje. Ahjussi dan ahjumma apa khabar?”,soal Soyeon pula. Max membalas pertanyaan Soyeon dengan mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Soyeon mengeluh.
  “Ahjussi dah tak ada. Ahjumma? Entah la. Dah lama tak dengar apa-apa berita dari dia. Mungkin bahagia dengan suami barunya. Salah oppa ke? Dia yang tinggalkan oppa. Masa tu oppa kecil lagi. Mujur la ade appa. Tapi,appa tak hidup lama.Hurm.. Kenapa Soyeon tanya?”,soal Max.
  “Yelah. Walau macam mana pun keadaan, dia tu tetap omma Max oppa dan dia tetap ahjumma Soyeon. Kenalah Soyeon ambil tahu”,Soyeon balas dengan lembut. Max sekadar mengeluh.
  “Soyeon tahu ke mereka kat mana sekarang ni?”,soal Max.
  “Mereka? Maksud oppa, omma dan .. appa tiri oppa?”,soal Soyeon ingin kepastian. Max sekadar menganggukkan kepalanya.
  “Kalau omma Max oppa, kami tak dapat apa cerita pun. Tapi kalau cerita omma dan appa tiri Max oppa..kami tetap tak dapat apa cerita pun”.
  “See. Kalau omma Soyeon pun tak tahu keadaan kakak dan abang ipar dia, inikan Max yang anak dia ni. Erm, apa salah oppa sampai omma sendiri pun tinggalkan oppa. Oppa tak tahu. Apa salah oppa?”,soal Max sayu. Soyeon merenung mata Max dalam-dalam. Dia sangka matanya menipunya, rupanya tidak. Terdapat air jernih yang bertakung ditasik mata Max. Tunggu masa sahaja untuk berderai. Soyeon terdiam.
  “Max oppa tak salah apa. Memang bukan salah Max oppa pun tapi..mana silapnya, Soyeon pun tak pasti”,kata Soyeon lalu menukar tempat duduknya. Dia yang tadinya duduk berhadapan dengan abang saudaranya terus mengubah tempatnya duduknya. Dia kini duduk disebelah kanan Max. Dia terus menepuk-nepuk bahu Max dengan lembut apabila dia terlihat kaca-kaca yang jernih itu sudah berderai. Jarang dia melihat Max menangis. Bukan jarang tapi tidak pernah. Itulah kali pertamanya.
Max dilahirkan dalam keadaan yang tidak normal. Dia seorang yang lambat pick-up dalam pelajaran. Ibu bapanya adalah ahli korporat. Mereka sangat malu dengan keadaan anak mereka. Rakan-rakan ibunya yang selalu bertandang kerumahnya dulu selalu membandingkan anak mereka dan Max dan kemudian mengecil-ngecilkan Max dihadapan ibunya. Ibunya sudah tidak tahan lalu mengambil keputusan untuk meninggalkan Max. Pada asalnya,ayahnya En.Shim menjaga Max. Jadi, Max masih ada tempat untuk bergantung harap. Tapi sayang, En.Shim sudah lama sakit barah dan pada waktu itu, barahnya teruk. Dia tidak tahu tentang ayahnya. Dia menyangka ayahnya meninggalkannya juga seperti ibunya. Waktu itu, Max berumur 11 tahun. Dia tinggal dengan makcik dan pakciknya iaitu ibu dan ayah Soyeon.
‘ Anak keluarag Shim ke tu? Kesiannya. Akhirnya hidup sendiri’.
‘Betul ke Pn.Shim larikan diri?’.
‘Katanya tak sanggup nak jaga anaknya yang lemah ni? Kesiannya’.
‘Dengar cerita, En.Shim dan Pn.Shim tu kahwin tanpa restu keluarga’.
Max memang terasa dirinya sangat kerdil didunia yang besar lagi megah ini. Dari situ, dia terus belajar bersungguh-sungguh sehinggalah dia sentiasa mendapat nombor 1 dalam kelasnya sehinggalah sekarang. Dari situlah orang tidak berani lagi untuk menghinanya, mengutuknya dan mencacinya. Insiden inilah yang menyebabkan dia telah menjadi seorang yang menakutkan. Setelah masuk menengah rendah, dia mula buat kerja sambilan. Dan duit yang dikumpulnya itu cukup untuknya menyewa sebuah rumah. Rumah yang didiaminya sekarang.
  “Soyeon nak tahu satu benda tak?”,soal Max memecah kesunyian yang mereka cipta.
  “Hmm”.
  “Kenapa bila..bila oppa pandang wajah Ren, macam ada something yang meresap dalam diri oppa”,katanya tenang.
  “Erm, perasaan oppa je la tu. Omo!! Laparnya”,kata Soyeon sambil memegang perutnya. Max terus memandang adik saudaranya. Lama. Dia tak pernah muncul perasaan marah terhadap keluarga adik saudaranya itu kerana ibu bapa Soyeonlah yang menjaganya sewaktu dia hilang arah. Di sangat berterima kasih kepada mereka kerana walaupun keluarga mereka ada masalah, mereka masih mahu menjaga Max.
  “Nak makan ke?”,soalnya lembut. Soyeon buat muka aegyo dan menganggukkan kepalanya. Max terus mengajaknya untuk makan diluar.
                         ************************************
  “Uhh, mana la pulak perginya Soyeon ni? Aku call tak diangkat. Tadi waktu balik dari sekolah, dia tak tunggu aku macam biasa. Dia terus aje pergi”,Xiah meluahkan rasa risaunya terhadap kekasih hatinya. Micky dan U-Know memandangnya serentak.
  “First time dia macam ni. Tak pernah la pulak dia macam ni sebelum ni”,sokong Micky. U-Know sekadar tersenyum.
  “Busy kot”,kata U-Know selamba. Xiah dan Micky memandang U-Know.
  “Tapi hyung, kalau busy, mesti dia cakap kat Xiah punya lah. Ni tak pun”,kata Micky. U-Know mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
  “Omo!! Laparnya perut”,kata Xiah sambil membuat muka aegyonya. U-Know terus menarik tangan Micky. “Micky..kau nak makan? Meh, hyung belanja”.
Terbeliak mata Xiah mendengar perkataan ‘belanja’ yang dilontarkan oleh hyungnya. Micky dan U-Know beriringan berjalan sambil bercerita tentang sesuatu yang tak pasti. Mereka meninggalkan Xiah dibelakang. Xiah berlari dan terus memeluk bahu Micky. U-Know dan Micky memandang Xiah sambil tersengih. Micky menepuk bahu Xiah berkali-kali sambil ketawa riang.
                           *******************************
Max dan adik saudaranya, Soyeon singgah disatu kedai makan ditepi jalan. Dikedai itu hanya menjual makanan yang berkaitan dengan daging sahaja. Sukalah Max kerana kegemarannya ialah daging. Mereka duduk disatu tempat yang tidak tersembunyi sangat. Soyeon mengorder makanan kegemaran abang saudaranya dan apabila makanan itu sampai, mereka terus makan.
  “Omo!!”,Max terjerit kecil.
  “Wae?”.
  “Aish!! Ayam berempah ni terjatuh la. Atas baju oppa. Aish!!”,kata Max lalu mengutip ayam yang jatuh diatas bajunya itu. Habis comot baju Max. Dahlah mukanya juga comot kerana terlalu asyik makan makanan kegemarannya sehingga tidak perasan bahawa sos yang terdapat pada ayam itu telah melekat pada sebelah bibir, pada pipinya dan .. ada juga di dahinya.
  “Hahahahaha. Kesian oppa. Eh! Sinilah. Omo! Comotnya oppa”,kata Soyeon lalu terus mengelap bahagian muka Max yang comot. Pada waktu itu, Xiah,Micky dan U-Know baru sahaja masuk kedalam kedai itu. Terbeliak mata Xiah apabila ternampak adengan itu. Micky dan U-Know menelah liurnya.
  “Bo? Max dengan..Soyeon pulak?”,kata Micky dan U-Know hampir serentak. Disebelah Xiah terdapat satu meja yang terdapat banyak kepak, paha,kaki,dada dan leher ayam. Secara tak sengaja, tangan kanannya terus mencapai kepak ayam tersebut. Digenggamnya kepak tersebut sehingga patah.
Seperti dirancang pula adengan ini, dengan manjanya Soyeon menyuapkan ayamnya kedalam mulut Max. Xiah apa lagi. Darahnya meluap-luap. Secara tak sengaja, dia terus melontar kata-kata amarahnya sambil membaling apa yang ada disebelahnya.
  “Punyalah aku risaukan kau Soyeon, kau kat sini pulak dengan Max. Makan berdua. Bersuap-suap bagai. Max!! yang kau buat aegyo tu dah kenape? Aku ni bagai nak gila kau tahu tak Soyeon sebab mencari kau, bimbangkan kau. Kau kat sini la pulak!!! Dengan Max pulak!!! Aarrgghh!!!!”, jeritnya lalu terus membaling apa yang ada disebelahnya. Soyeon dan Max terkedu dan terkejut. Mula lah adengan kejar-mengajar. Lari-berlari antara mereka bertiga. Xiah sempat mengangkat satu dulang yang penuh dengan paha,leher,kepak,dada dan kaki. Sambil dia membebel, sambil mengejar mereka berdua, sambil itu jugalah dia membaling segaja yang ada salam dulang itu.
  “Jamkkan-man”,kata Micky mahu menghalang tapi nasibnya malang. Dia pula yang dibaling dengan kepak ayam. Dia terus mengambil kepak ayam tersebut, terduduk dan terus makan.
  “Jangan lah baling lagi. Siapa nak bayar semua ni?”,soal U-Know lalu menarik baju Xiah. Max dan Soyeon terus berlari. Takut pada Xiah. Takut pada ‘serangan ayam’ yang dicipta oleh Xiah.
  “Jangan halang la hyung”,jerit Xiah. Semua pelanggan yang ada disitu juga takut dengan ‘serangan ayam’ Xiah. Mereka bertempiaran lari keluar dari kedai tersebut. Pemilik kedai juga takut pada Xiah dengan ‘senjata’nya. Pemilik kedai tersebut terus menyorok dibawah meja bersebelahan dengan tempat Micky duduk. Mereka sama-sama berpaling dan memandang muka masing-masing. Micky terus mengangkat kepak ayam yang ada dalam genggamannya.
  “Makan ajalah”,kata pemilik itu dengan keadaan takut dan sopan. Tiba-tiba terpelanting kepak,dada dan peha ayam dihadapan mereka. Micky berbisik kepada pemilik kedai tersebut,“Rezeki depan mata. Datang bergolek-golek. Tak elok kalau dibiarkan. Lebih ba…”,belum sempat Micky menghabiskan ayatnya, pemilik kedai tersebut telah menyambar dada ayam itu dan terus makan. Micky sekadar tersegih.
U-Know tetap cuba untuk memberhentikan Xiah. “Sudah la tu. Lebih baik ki….aduh!”,U-Know tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Xiah sudah membalingnya dengan dada ayam berkali-kali. Dia mengutip dada ayam yang dibaling oleh Xiah lalu terus pergi duduk bersebelahan dengan Micky. Dia makan dada ayam itu sambil buat-buat menangis. Micky memeluk kepalanya. Walau macam manapun keadaan mereka, mereka masih juga mengunyah ayam yang dibaling oleh Xiah tadi. Max yang masih lapar terus mengutip ayam yang bergolek depannya. Mujur lantai kedai itu tidak kotor. Semua yang masuk kedalam itu haruslah memakai selipar yang disediakan.
Xiah meraba –raba dulang tersebut. Dah tak ada apa yang nak dibalingkan, dia segera mengangkat dulang tersebut. Ingin membalingnya kearah Max dan Soyeon. Semasa dia mahu membaling dulang tersebut…
  “Jamkkan-man!!”, jerit Hero yang baru datang dan terus memegang dulang tersebut. Xiah berhenti dan terus menoleh kebelakang. Boram masuk dan terus berlari kearah U-Know dan Micky yang sedang duduk sambil makan ayam.
  “Makan..a..ayam?”,kata Boram terkejut dengan kelakuan mereka.
  “Kitaorang tadi dah kena serang dengan Xiah. Mujur Hero datang. Hero adalah hero kami”,kata Micky dan U-Know serentak dan terus berlari memeluk Hero.
  Satu perkara pelik yang mereka saksikan. Itulah kali pertama mereka melihat Max meanngis teresak-esak. Tak tahu apa puncanya. Dia memeluk Soyeon sambil terus menangis teresak-esak.
  “Oppa? Oppa? Kyah! Oppa wae? Kenapa ni oppa? Dah. Dah. Jangan menangis. Gwenchana, Soyeon ada kat sini. Oppa, gwenchana.”,Soyeon cuba menenangkan Max yang sedang teresak-esak. Tiada siapa yang tahu apa sebab Max teresak-esak seperti itu termasuk Soyeon.
  “Soyeon..Max..Oppa?”,kata mereka semua. Serentak. Soyeon terus memandang Xiah dengan perasaan marah. Dadanya mula turun naik. Dia terus berdiri. Matanya mula redup. Mereka semua tak berani untuk memandang Soyeon sekarang. Termasuklah Boram,kawan baiknya.
  “Soyeon….”,Xiah bersuara lembut. Tapi dibalas dengan tengkingan yang dilontarkan oleh Soyeon.
  “Max ni abang saudara aku! Kauorang tak tahu,kan? Then, Xiah! Yang kau mengamuk tadi tu apasal? Cemburu? Jangan salah faham dululah! Abang saudara aku ni tak macam korang. Hidup dengan mak bapak bagai. Hero, even mak bapak kau kat Jepun sekarang ni,kau masih ada mak bapak. Max ni tak ada. Dia tak hidup macam kita semua. Dia ni macam anak terbiar. Lepastu emaknya tinggalkan dia. Bapaknya yang jaganya tapi bapaknya mati!! Kauorang tahu pasal ni? Tahu ke? Tak bukan? Aku memang pantang kalau ada orang yang membuli atau memukul atau memarahi abang saudara aku ni. Sebab dia tak ada keluarga. Hanya AKU!! Hanya aku keluarganya. Berhentilah salah faham. Jangan marahkan Max oppa. Kauorang rase tak puas hati? Mengamuk dengan aku!! Bukan dengan abang saudara aku yang tak tahu apa-apa ni”.
Pemilik kedai yang tadinya duduk dibawah meja ingatnya mahu bangun. Tapi terbantut selepas melihat Soyeon mengamuk naik angin.
  “Oppa, kajja”,kata Soyeon lalu terus memapah Max yang masih lagi dalam esakannya. Soyeon dan Max pergi meninggalkan mereka. Mereka terkedu dan terdiam. Boram dan Hero terus duduk dibangku yang berdekatan dengan mereka. Dulang yang ada didalam tangan Xiah terlepas.
  “Jak-kaman. Siapa yang mahu bersihkan kedai ni? Kamu tahu tak yang saya sudah rugi besar?”,pemilik kedai itu mula mahu berleter.
  “Kami! Kami akan bersihkan kedai ahjussi ni. Jangan risau”,kata mereka serentak. Pemilik kedai itu terdiam.
  ‘Semuanya menakutkan’,bisik hati pemilik kedai tersebut.