Hari itu, mereka memulakan hari dengan 1001 kebisuan
yang melanda diri masing-masing. Max, Micky, Xiah, U-Know dan Hero masih lagi
memerapkan diri dalam bilik Persatuan Pelajar. Max sedia menunggu hukuman yang
bakal diberi oleh guru disiplin. Tunggu dan terus tunggu. Namanya tidak
dipanggil untuk pergi ke bilik guru. Lega sekejap. Mereka semua sibuk mengisi
data-data pelajar didalam komputer dihadapan mereka. Tiada sebarang suara yang
keluar. Yang ada hanyalah bunyi papan kekunci apabila ditekan.
KKKKKKKKKRRRRRRRRRRRRIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNNNNNNGGGGG!!!!!!.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat pertama sudah tiba. Tapi bilik Persatuan
Pelajar masih lagi suram. U-Know menghelakan nafasnya.
“Kalau
lapar,pergi la makan,hyung”,kata Max lembut. Matanya tidak memandang U-Know
sebaliknya terus memandang monitor yang berada dihadapannya. Tekun sekali Max
membuat kerja.
“Hmm”.
U-Know mengangkat wajahnya. Dia lihat Max tidak memandangnya.
“Pergilah
rehat dulu kalau lapar”,ulang Max. Semua yang ada disitu terus mengangkat
kepala memandang Max. Max sedikit pun tidak mengangkat kepalanya. Matanya
tertumpu kepada skrin komputer. Pintu bilik itu diketuk. Mereka semua memandang
pintu utama kecuali Max. Dia tidak menghiraukan apa-apa. Mungkin kalau bom meletup
pun dia tidak kisah. Soyeon berdiri dihadapan pintu.
“Oppa!”,jeritnya. Kali ini, barulah Max mengangkat kepalanya. Dia
tersenyum. Soyeon terus berjalan menuju kearah abang saudaranya. Dia membawa satu
bekal.
“Soyeon
bawakan bekal untuk oppa. Makanlah”,kata Soyeon. Manja.
“Wah.
Sedapnya bau. Erm…”,Max teringatkan sesuatu. Empat orang rakannya sedang
memandangnya. Dia tersenyum.
“Eh!Hyung.
kesinilah. Kita makan sama-sama”,panggil Max dengan mesra. Bagai tiada apa-apa
yang berlaku antara mereka semua semalam. Mereka berempat masih lagi duduk diam
ditempat mereka.
“Eh! Kesini
la semuanya. Makan sekali”,ulang Max sambil tersenyum. U-Know terus pergi dan
berdiri dihadapan meja Max. Diikuti oleh Hero dan Micky. Xiah tidak bangun pun.
Dia masih ditempat duduknya.
“Xiah-ssi.
Kesini la. Marilah makan bersama. Yosh! Kenapa yang lain tercegat kat
sini?”,soal Max. Pelik dengan mereka yang berdiri dihadapan mejanya. Xiah masih
kaku ditempatnya.
“Oppa,kajja.
Makan sama dengan kami”,kata Soyeon lembut sambil menarik tangan Xiah. Soyeon
pun begitu juga, biasa seperti semalam tidak ada apa-apa berlaku. Xiah
memandang U-Know. U-Know memanggilnya. Dia terus melangkah longlai kehadapan
meja Max.
“Err.. Shim
Choikang Changmin!”,tiba-tiba U-Know bersuara. Xiah terus memandang U-Know. Max
yang sedang menyuapkan makanan kedalam mulutnya terus berhentibua seketika. Dia
terus memandang U-Know yang berdiri dihadapannya.
“Wae?”,soal
Max sambil penyepit makanan ada didalam mulutnya.
“Kami,
U-Know Yunho, Hero Jaejoong, Micky Yuchun dan Xiah Junsu nak minta maaf atas
kesalahan kami semalam. Soyeon, kami juga ingin minta maaf. Sila maafkan kami!
Kami betul-betul menyesal!”,kata U-Know lalu terus ‘bow’ dan kelakuan itu
diikuti oleh mereka yang lain. Max dan Soyeon agak terperanjat. Dia pergi
kearah mereka dan terus menegakkan badan mereka semua.
“Hyung!
Gwenchana. Max tahu yang hyung tak tahu semua benda ni. And Max pun nak minta
maaf sebab tak kasi tahu awal-awal. Kan dah salah faham. Kyah!! Bangun dan jom
makan sama-sama. Jom! Jom!”,Max mengajak mereka semua makan. Mereka semua bagai
mulakan satu hidup baru. Mereka seronok bergelak ketawa sambil makan suap
bersuap.
“Annyeonghasayo”,laung satu suara yang tidak dikenali. Mereka semua
memandang kearah pemilik suara tersebut. Mata Soyeon membulat apabila melihat
pemilik suara tersebut. Dia segera memandang Max. Max tenang. Dia terus
berdiri.
“Ya Puan.
Apa yang saya boleh bantu?”,soal Max lembut.
“Saya
Pn.Park. Saya datang kesini sebab nak berjumpa dengan anak saya. Ren. Dari
kelas..erm..saya tak berapa pasti. Erm,awak ni ketua pelajarkan?”,soal wanita
yang bernama Pn.Park itu. Max menganggukkan kepalanya.
Pn.Park terus memandang Soyeon. Dia tersenyum lebar.
“Soyeon,anak saudaraku. Kamu sudah besar. Mesti umur kau sama dengan Ren,kan?”,kata
Pn.Park dengan gembiranya. Mereka semua memandang Soyeon kecuali Max. Dia masih
tenang.
“Mana abang
saudara kesayangan kamu tu? Apa namanya? Max? Hah!! Masih diKorea ke ataupun
sudah lesap dari muka bumi ni?”,soal Pn.Park dengan angkuh sekali. Soyeon mula
meradang. Mereka mengalihkan pandangan mereka kepada Max pula.
“Ahjumma,
walau macam mana pun, Max oppa tu still anak lelaki ahjumma”,tengking Soyeon.
“Ah! Anak
aku cuma Ren seorang”.
“Ahjumma tak
melahirkan Ren. Tapi ahjumma melahirkan Max! Max! Max! Changmin Max!!”.
“Ahjumma tak
pernah ada anak bernama Max. Anak ahjumma cuma Ren. Ren!! Ren!!”,giliran
Pn.Park pula yang menengking. Soyeon mula naik angin.
“Ahjumma!
Bo? Itu bukan darah daging ahjumma”.
“Aku tak
rela ada anak tak normal macam Max. Aku cuma sukakan kesempurnaan. Sudahlah.
Boleh jadi gila ahjumma kalau bergaduh dengan kamu pasal budak Max tu”,Pn.Park
terus memalingkan wajahnya kepada Max.
“Amat
beruntung sekali ahjumma kalau ahjumma ada anak macam ketua pelajar kamu ni.
Sempurna. Bukan macam Max!”,katanya dengan satu senyuman yang melebar sambil
memandang Max atas bawah. Max sekadar tersenyum.
“Puan. Puan
nak jumpa anak Puan ke? Ren? Tingkatan 4 ke?”,soal Max lembut. Pn.Park teruja
dengan cara dan gaya sopan Max. Sedangkan lelaki yang sedang dipuji dan dikatakan
sempurna ini adalah anak kandungnya sendiri,Max.
“Mari saya
hantar Puan kekelas tingkatan 4-1”,kata Max dengan penuh sopan. Dia dan Pn.Park
terus keluar dari bilik tersebut. Soyeon masih panas hati.
“Soyeon .. nak
tanya sikitlah”,U-Know bersuara. Soyeon terus memandang U-Know.
“Hmm”.
“Itu..itu.. Itu
ke omma Max?”,soal U-Know serba salah.
“Perempuan
tak sedar diri tu?. Haah la. Itulah omma Max oppa. Tapi..macam mana Max oppa
boleh layan perempuan tu dengan lembut?”,kata Soyeon dengan nada marah. Dia
mendengus dan kemudian dia terus keluar dari bilik itu. Kemana destinasi
seterusnya. Tiada siapa antara mereka berempat yang tahu.
***************************************
Max dan Pn.Park , ataupun dulunya adalah Pn.Shim
telah berada dihadapan pintu kelas 4-1. Semasa berjalan, Pn.Park memuji-muji
Max dalam hatinya. Dia tidak tahu bahawa orang yang dipuji itu adalah orang
yang dibenci olehnya. Ren menyedari kehadiran ommanya dan terus berlari kearah
ommanya. Max kemudiannya meminta diri.
“Kalau tak ada
apa-apa, saya pergi dulu ya puan”,kata Max lalu menundukkan kepalanya.
“Max!!
Jamkkan-man. Max!”,laung Boram dari dalam kelas itu. Kemudiannya dia berlari
mendapatkan Max. Pn.Park begitu terkejut. Dia terus menoleh kearah Max. Max
berhenti dan terus memalingkan wajahnya kearah Boram.
“Max!
Semalam awak tak balik ke?”,soal Boram.
Max merenung wajah Boram. Lama. Kemudian dia
teringat sesuatu. “Ah! Awak semalam tidur dimana?”,baru dia teringat yang Boram
tinggal sementara dengannya.
“Dirumah
sayalah”.
“Eh? Omma
dan appa awak dah balik ke?”.
“Yup.
Semalam. Saya risaukan awak sebab semalam awak tak balik. Awak dimana,Max?”.
“Ah! Saya
dirumah saudara sayalah,Soyeon. Rumah Soyeon dengan kedai semalam tu dekat. Dia
mana larat nak papah saya sampai rumah”,kata Max sambil tersengih. Dia
memandang Pn.Park. kemudiannya melemparkan senyuman. Pn.Park terkedu. Dia terus
memandang Ren.
“Ren..itu
ketua pelajar kamu ke?”,tanya Pn.Park. Ren terus memandang kearah Max.
“Lelaki tu
ke?”.
Pn.Park mengangguk.
“Yup.
Sempurnakan?”,soal Ren. Ketika itu,Soyeon dan yang lain sudah sampai dekat
dengan Max. Soyeon merenung Pn.Park. Tajam. Max memandang Soyeon dan sekadar
tersengih. Dia menutup mata Soyeon. “Ah! Seramlah Max bila mata Soyeon macam
tu”,katanya lembut.
(BUMBUNG
SEKOLAH)
“Kenapa Puan
nak jumpa saya diatas bangunan sekolah ni?”,soal Max masih lagi lembut. Pn.Park
terus menerus memandang Max. Soyeon dan yang lain berada tidak jauh dari situ.
Tiba-tiba Pn.Park memeluk Max. Max agak terkejut.
“Erk,puan.
Kenapa ni?”,soal Max.
“Eish? Asal
omma aku peluk Max pulak?”,soal Ren.
“Kau ni
kenapa? Jeles ke?”,soal Boram pula tanpa memandang Ren.
“Taklah.
Marah. Yang boleh peluk Max, aku seorang aje”,mereka menyangkakan Ren marah
apabila Max mendapat pelukan dari ommanya. Rupanya Ren marah kerana ommanya
memeluk Max. Mereka semua memandang Max. U-Know dan Hero hampir termuntah.
“Euu”,kata Xiah dan Micky serentak sambil membuat memek muka. Boram dan Soyeon memukul badan Ren dengan kuat sekali.
“Euu”,kata Xiah dan Micky serentak sambil membuat memek muka. Boram dan Soyeon memukul badan Ren dengan kuat sekali.
“Erm,Puan?”,soal Max lagi.
“Max. Dah
tak kenal omma ke?”.
“Omma? Saya
tak ada omma”,kata Max lalu menolak Pn.Park dengan lembut. “Eh? Nama omma saya
Pn.Shim. Bukannya Pn.Park”,sambungnya lagi.
Pn. Park
bingung seketika. ‘Betul ke ni Max anak aku?’,dia berteka-teki sendirian.
“Erm,awak
ni…Shim Choikang Changmin,kan?”,Pn.Park inginkan kepastian.
“Ya. Sayalah
tu. Kenapa Puan?”,soal Max.
“Max, saya
ni omma kamu. Dulunya saya kahwin dengan ayah kamu, En.Shim. Dan…”.
“Erk,Puan.
Saya nak masuk ke kelaslah. Waktu belajar, pelajar dilarang sama sekali untuk
berada diatas bangunan sekolah. Maafkan saya. Ya,memang saya Shim Choikang
Changmin atau Max tapi saya bukan anak Puan”,kata Max lalu terus beredar.
Pn.Park terkedu. Max terus berjalan meninggalkan Pn.Park atau lebih tepat
lagi,ommanya.
“Aku benci
kau”,kata Boram kepada Ren. Manja.
“Wah! Abang
aku, rupanya boyfriend aku yang hensem tu la. Wah!!”,seloroh Ren sambil
memandang Boram.
*******************************************
“Erm,Soyeon.
Boleh tak nanti datang rumah oppa?”,soal Max sewaktu Soyeon mahu keluar dari
bilik Persatuan Pelajar. Soyeon sekadar mengangguk.
“Ehem”,Hero
berdehem. Semua yang ada disitu memandang Hero.
“Takkan la
kau ajak Soyeon seorang aje kot?”,soalnya lalu membuat aegyo. Max mahu
membalasnya tapi dengan cepatnya Soyeon menjawab. “Maaflah Hero oppa. Ini hal
keluarga. Orang luar tak boleh masuk campur”,katanya sambil ketawa lalu segera
meninggalkan bilik itu.
“Sorry la
hyung. Alasan yang kukuh”,kata Max.
“Omo! Aku
tak pernah pergi rumah kau Max”,katanya masih lagi beraegyo.
“Hero..kan
tadi dah cakap”,kata Soyeon lalu tersengih dan terus keluar meninggalkan bilik
Persatuan Pelajar.
“Hero oppa,
kan dah cakap. Hal keluarga”,kata Max dengan mengecilkan suaranya, seperti
perempuan. Hero terus bangun dan berlari kearah Max. Dia mencekik Max. tapi Max
boleh ketawa sebab padanya langsung tak sakit tapi menggelikan.
**********************************
“Ren,aku nak
cakap sesuatu dengan kau lah”,kata Boram tetapi tidak memandang Ren. Ren tidak
dengar dan waktu tu dia melihat Soyeon baru masuk kekelas. Ren menegur Soyeon.
“Ah!
Saudaraku”,katanya kepada Soyeon lalu mengangkat tangan kanannya.
Soyeon
mendekatkan wajahnya dengan wajah Ren. “Aku bukan saudara sah kau tau. Aku tak
ada apa kaitan dengan kau la”,kata Soyeon. Agak tegas tapi dihujung biracanya
ada sedikit sengihan.
“Ala~”,Ren
buat aegyo depan muka Soyeon. Soyeon menjelirkan lidahnya lalu terus duduk
ditempatnya iaitu dibelakang Ren. Boram baru sedar yang Ren tidak melayannya
sebaliknya melayan Soyeon. Dia terus mencucuk belakang badan Ren dengan
belakang pennya. Ren gelak. Boram menukar stailnya. Dia menulis sesuatu
dibelakang Ren. Ren makin ketawa. Geli. Muka Boram merah menahan marah.
‘Aku nak dia
sakit waktu cucuk tadi tapi dia gelak pulak. Hah!! Aku tulislah pulak belakang
kau. Ketawa mengekek mengilai. Macam perempuan’,bisik hati Boram. Soyeon yang
sedar perubahan pada muka Boram terus mengetuk kepala Ren dengan batang pennya.
“Ouch! Kau
ni dah kenape?”.
“Kau tu yang
dah kenapa buat kawan aku muram mukanya?”,soal Soyeon sambil menjuihkan
bibirnya kearah Boram. Ren terus memandang Boram.
“Tadi..kau
bercakap dengan aku ke?”,soal Ren
“Yelah.Tapi
waktu tu kau tengah bercakap dengan Soyeon”,katanya. Mukanya masam.
“Erk? Aku
tak perasan kot. Hah! Kau nak cakap apa?”,soalnya. Ketika itu, Soyeon datang
dihadapan meja mereka berdua lalu duduk diatas meja Boram. “Kauorang nak gossip
apa ni? Aku nak dengar”,katanya.
“Dasar
gossip girl la kau nih!”,kata Ren kepada Soyeon.
“Aku..aku
suka dekat Max”,kata Boram. Ren terus memandang Boram. Soyeon sekadar
mengangguk.
“Kenapa?”.
“Manalah aku
tahu. Dia memang la tak layan aku dengan elok, tapi aku suka dia”,jujur Boram
menjawab. Ren terus memandang Soyeon. Soyeon masih lagi mengangguk.
“Kau!!
Kau!!!”,kata Ren lalu menundingkan jarinya kearah Boram. Mereka terkejut dengan
kelakuan Ren. “Kau tak boleh suka dekat boyfriend aku lah!!!”,jerit Ren sekuat
hati. Semua yang ada dalam kelas itu terus senyap dan memandang Ren.
“Bo?
Boyfriend? Ren ni ada boyfriend?”,mereka mula berbisik sama sendiri.
“Hoi! Kau ni
dah kenapa?”,soal Soyeon. Ren terus memeluk Soyeon dan mula mengadu. Aksinya
itu seperti anak-anak yang merengek dengan ibu mereka untuk membelikan sesuatu.
“Soyeon..kau
tengok la kawan kau ni. Dia suka abang saudara kau a.k.a abang tiri
aku”,katanya sambil merengek-rengek.
“Gila”,spontan perkataan itu terkeluar dari mulut Soyeon. Dia terus
menolak Ren dan terus pergi duduk dimejanya.
“Kau..kau
marah aku ke Ren?”,soal Boram kemudiannya. Ren terus memandang Boram. Matanya
redup. Dia mendekatkan mukanya dengan muka Boram sampai Boram terpaksa
kebelakang.
“Why..So..Serious?. Wohoo!! Get your crayon. Get your crayon. Get your crayon”,tiba-tiba Ren menjerit dan terus
berjoget diatas kerusinya. Mereka semua memandang Ren san tersenyum sesama
sendiri. Mereka mengeluarkan talifon bimbit mereka lalu memasang lagu G-Dragon
– Crayon. Satu kelas menari dan berjoget. Kecuali Boram dan Soyeon.
“Diaorang
ni… Haish!! Ren ni berpengaruh besar”,kata Soyeon dan terus keluar dari kelas
itu. Tujuannya untuk pergi ketandas. Boram terus mengekorinya. ‘Kenapa
Ren…aish, pelik ni. Takkan la si Ren ni ade hati kat Max? Dia…lelaki
tulenkan?’,soal hatinya sendiri. Soyeon berhenti secara mengejut. Boram yang
tidak memandang depan terus melanggar belakangnya. “Aduh! Kau ni kenapa
wei?”,soal Boram. Mata Soyeon terbelalak.
“Tu..tu…tu”,katanya tergagap.
“Tu ape?”,soal
Boram sambil memukul belakang bahu rakannya.
“Tu,pengetua
wei. Menghala ke sini la pulak!”,katanya lalu terus masuk semula kedalam kelas
lalu menjerit,“Wei,pengetua wei. Berhenti la berjoget wei”,lalu terus duduk
mengeluarkan buku. Semua yang sedang berjoget tadi terkejut dan berlari lintang
pukang duduk ditempat masing-masing lalu mengeluarkan buku. Kelas menjadi sepi
seketika. Pintu kelas ditolak. Semuanya sudah berpeluh bukan kerana takutkan
ketua tapi kerana berjoget beramai-ramai tadi. Pengetua berdiri dipintu kelas.
Melihat mereka semua yang kononnya belajar dengan tekun. Dia setakat tersenyum
puas dan terus berlalu pergi. Selepas bayang pengetua tidak lagi kelihatan,
mereka semua menghela nafas,lega dan bergelak beramai-ramai.
**************************************
“Ouh,giler
la tadi. Mujur kau cakap Soyeon”,kata Ren sambil menepuk bahu Soyeon lembut.
Mereka berjalan beriringan keluar dari pintu pagar sekolah. Soyeon sekadar
tersengih. Boram berada disebelah Ren sekadar mendiamkan diri.
“Ah,Soyeon.
Kau nak balik rumah ke pergi rumah Max?”,soal Boram.
“Eh!
Ha’ah,la. Aku hampir terlupa la pulak yang tadi Max ade ajak aku pergi rumah
dia”,kata Soyeon. Ren terus memandangnya.
“Aku nak
follow. Aku nak follow”,katanya sambil memegang lengan Soyeon. Dia mula
merengek-rengek. Boram memegang lembut bahu Ren lalu menariknya.
“Ren,only
GIRLS allow”,katanya sambil tersengih. Perkataan Girls tu ditekannya. Ren mula
merengek pada Boram pulak.
“Ala,aku nak
ikut. Tak adil la kalau ayik kau aje yang pergi rumah dia. Dia tu boyfie
aku”,kata Ren. Boram terlopong mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Ren.
Dia dan Soyeon tergelak terbahak-bahak. Mujur tak tergolek-golek.
“Eh,korang.
Sukanya ketawa entah macam apa nih. Jom la pergi rumah”,sapa Max yang entah
dari mana tu. Boram dan Soyeon terus memandang Max. Soyeon terus memaut tangan
Boram untuk pergi bersama. Max mendahului mereka. Tiba-tiba Ren memegang tangan
Boram.
“Jakkam-man!”,pekik Ren. Mereke semua terkejut.
“Kau ni dah
kenape?”,soal Soyeon.
“Aku..aku..aku nak follow”,kata Ren. Max setakat tersenyum.
“Hah!
Jomlah”,kata Max lembut. Ren gembira bukan kepalang. Dia terus memeluk Max
sambil melompat-lompat. Max sekadar tersengih. ‘Apepun,dia ni tetap adik tiri
aku. Walaupun sukar aku nak terima’,bisik hati kecil Max.
“Huh! Suke
sangat la tu. Jom Boram”,kata Soyeon lalu terus menarik tangan kiri Boram.
(RUMAH
MAX)
“Wah,ini ke
rumah Max hyung? Wah”,kata Ren yang mula-mula masuk kedalam rumah itu. Boram
sekadar menggeleng kepala. Max sekadar tersengih. Soyeon terus masuk dan
merebahkan dirinya disofa.
“Rumah hyung
ni tak la besar mana pon. Biase ajelah”,kata Max. “Eh! Duduklah. Soyeon,kenapa
penat sangat ni?”,sambung Max dengan mangajukan Soyeon soalan.
“Aish, oppa.
Kenapalah bawak mamat sorang nih?”,kata Soyeon lalu menjuihkan bibirnya kearah
Ren. Ren menjegilkan biji matanya. Soyeon menjelirkan lidahnya.
“Ah,tak
apalah Soyeon. Sekali-sekala. Oh! Boram?”,Max memusingkan badannya 360 darjah
mencari Boram.
“Ah,kat
sinilah”,kata Boram sambil mengheret begnya keluar.
“Oh,beg tak
ambil lagi semalam. Hah,nak letak kat rumah ke? Nak Max tolong?”.
“Tak payah
la Max. Sebelah ajepon. Lagipun bukannya berat sangat pon. Tak apa”,balas
Boram.
“Ah,duduk la
dulu. Max nak masak kejap”,kata Max lalu berlalu pergi ke dapur.
“Oh? Boram
duduk sini ke?”,soal Ren kepada Soyeon.
“Tak la.
Sementara sebab haritu parents Boram tiba-tiba kena balik ke Jepun. Kau jangan
nak jealous sangat la”,kata Soyeon lalu memukul paha Ren.
“Oi, sakit
oi!”,jerit Ren. Soyeon buat muka selamba lalu membuka TV. Ren terdiam melihat
kelakuan Soyeon.
“Kau macam
dah biasa aje”,katanya.
“Gila kau?
Ni,kan abang saudara aku. Sah la aku selalu lepak rumah dia”,balas Soyeon. Ren
mengubah tempat duduknya. Dia terus duduk disebelah Soyeon lalu membisikkan
sesuatu,“aku nak tanya kau something la”.
“Hmm”.
“Abang
saudara kau ni hensem, bergaya, bijak. Kau tak ada feeling kat dia ke?”,Soyeon
yang tadinya hanya memandang TV terus memandang Ren. Dia meninjau-ninjau
sekeliling. Dia mendekatkan bibirnya ditelinga Ren,“Pabo”.
“Eish! Kau
ni. ‘Pabo’kan aku pulak”,kata Ren. Merajuk. Soyeon sekadar tersengih melihat
gelagat Ren. Dia merapatkan semula bibirnya ke telinga Ren.
“Aku tak
boleh nak ada feeling kat dia sebab .. banyak sebab. Yang pertama, dia abang
saudara aku. Yang kedua, aku anggap dia macam abang aku. Yang ketiga, dia
anggap aku macam adik aje. Yang keempat, dia suke Boram,bukan aku”,selepas
Soyeon berkata begitu, Max keluar dengan membawa dulang. Didalamnya ada 4
mangkuk kecil. Dia meletakkan dulang itu diatas meja lalu mengeluarkan mangkuk
itu satu persatu.
“Nah,makanlah”,pelawa Max sambil melemparkan senyuman. Manis. Boram baru
datang.
“Wau,langkah
kanan kau”,usik Soyeon.
“Bukan. Tadi
aku tak dapur. Lepastu terbau coklat. Tu yang datang sini tu sebab bau tu datangnya
dari sini”,kata Boram sambil tersengih. Max sekadar tersenyum. Boram terus
duduk dan makan aiskrim coklat yang terdapat dalam mangkuk kecil dihadapannya.
“Hah?
Kiteorang yang ada dekat dalam rumah ni pon tak bau apa-apa”,kata Ren. Soyeon
mengetuk kepalanya.
“Maksud dia,
dia memang tengah langkah kanan la ni”. Ren buat tak dengar apa yang Soyeon
cakap. Dia terus mengambil satu mangkuk dan terus menyuapkan aiskrim coklat itu
kedalam mulutnya.
“Omo!
Sedapnya. Siapa yang buat ni?”,soal Ren. Wajah Max sedikit berubah. Lama dia
terdiam. Kemudian dia terus melemparkan senyuman.
“Erm,Max
la”,katanya perlahan.
“Eh? Sejak
bila oppa pandai buat aiskrim coklat ni?soal Soyeon. Pelik. Setahunya,Max hanya
suka makan. Tapi jarang la pulak dia nak masak kat rumah kalau seorang diri
dirumah.
“Erk..Hero..Hero hyung yang ajar”,beritahu Max. Perlahan. Boram terus
memandang Max. Lama dia merenung Max. Menyebabkan Max tak selesa lalu terus
kedapur.
“Oh! Dah
pukul 6:30? Omo! Kat luar tu macam dah nak gelap aje. Nak talifon omma kejap
la”,kata Ren lalu terus pergi keluar rumah untuk menalifon ommanya. Hari itu
adalah hari dimana semua pelajar akan dilepaskan pulang lewat dari biasa.
Selalunya mereka balik pada pukul 2:30 petang. Tapi hari tu balik pada pukul
4:30 petang pula kerana cikgu lepaskan mereka lewat 1 jam. Selalunya pada hari
itu, cikgu akan lepaskan mereka pada pukul 3:30 petang.
“Omma..omma”,panggil Ren. Tapi ommanya membalas panggilannya dengan
marah-marah.
“Ah, Ren.
Kamu dimana ni? Dah puku berapa ni? Kenapa kamu tak balik lagi? Kat sana hujan
ke? Nak omma ambilkan kamu? Kamu dimana?”,soal omma Ren. Risau.
“Omma, saya
dirumah Max”,kata Ren lembut. Pn.Park terdiam. Lama.
“Omma..omma?”.
‘Ah,bagus. Ini adalah peluang aku untuk tahu dimana Max tinggal’,bisik hati
kecil Pn.Park.
“Rumah Max
tu kat mana? Nanti omma datang ambil kamu”.
“Erm..tapi
jangan sekarang. Datanglah dalam pukul 8:00 malam macam tu. Ok?”.
“Erm..tahulah omma”.
******************************
“Eh!Ren.
Omma awak tahu ke yang hari ni awak balik lambat?”,soal Max kepada Ren.
“Jangan
risau hyung. Omma saya dah tahu. Nanti dia datang ambil saya”,kata Ren sambil
terus mengunyah nasi yang ada dalam mulutnya. Malam itu mereka makan malam
dirumah Max. Max yang masak. Max terkedu sebentar apabila mendengar apa yang
baru diluahkan oleh Ren. Soyeon terus tak jadi nak menyuap daging dalam
mulutnya. Dia terus memandang Max yang duduk dihadapannya. Muka Max berubah
riak. Boram dan Ren tak perasan tentang perubahan riak pada wajah Max. Mereka
terus makan dengan penuh selera. Max memandang adik saudaranya yang duduk
dihadapannya. Dia sekadar tersenyum dan sambung makan. ‘Aish! Macammana la nak
berdepan dengan omma nanti?’,bisik hatinya.
Selepas selesai makan, menonton rancangan Running
Man sambil bergelak ketawa diruang tamu. Pada saat itu, Max rasa sungguh
seronok kerana itulah kali pertama rumahnya riuh dengan bunyi gelak tawa.
Sebelum ini, TV pun dia jarang tonton kerana bosan, tiada siapa dirumah. Dia
seperti mahu berhentikan masa agar mereka sentiasa bergelak ketawa dengannya.
Kemudian kedengaran loceng ditekan. Mata mereka yang tadinya hanya tertumpu
dikaca TV terus berubah kepada pintu. Max agak berat punggungnya mahu membuka
pintu. ‘Pasti omma’,bisik hatinya. Mereka semua memandang Max. Hairan.
“Yosh?
Kenapa hyung tak bukak pintu? Ah! Hyung malas ye?”,soal Ren. Max sekadar
tersenyum lalu mengangguk.
“Ah!!! Ren.
Tolong hyung. Malasla hyung nak angkat punggung hyung ni”,seloroh Max. Boram
dan Ren tergelak. Soyeon terus memandang Max. ‘Ye sangat la malas. Ni mesti
ahjumma’,bisik hati Soyeon.
Ren terus berjalan kearah pintu. Dibukanya pintu dan
terus menjerit memanggil ommanya, “Omma!!!!!!”. Muka Max yang tadinya tenang
masih lagi tenang. Soyeon merenung tajam ahjummanya.
“Ah! Soyeon
pun ada sekali? Wah! Ah Ren, boleh tak kamu tunggu omma dalam kereta? Omma ada
benda nak bincang dengan ketua kamu”,kata ommanya. Boram terus memandang wajah
Max dan Soyeon bersilih ganti. Wajah Max tenang tapi wajah Soyeon yang
berkerut-kerut. Boram rasa dia seperti mengganggu.
“Ah, boleh
ahjumma masuk?”,soal Pn.Park kepada Max. Max sekadar menggangguk dan tersenyum.
Soyeon terus menukar tempatnya. Dia duduk disebelah abang saudaranya.
“Erm…Max,Soyeon. Aku balik dululah. Dah lewat malam ni. Nanti omma aku
tanya pulak”,katanya lalu terus keluar dari rumah Max.