Tuesday, 1 April 2014

LOVE, LOVE and LOVE (PART 7)



  “Minhyuk hyung tak balik lagi ke?”,soal Sungjae. Peniel yang sedang mengemas meja tidak menjawab soalan Sungjae.Begitu juga dengan Illhoon yang sedang leka menonton tv. Sungjae terus pergi kearah pintu. Dia memegang tombol pintu. Belum sempat dipulasnya, pintu itu sudah terbuka. 

  “Anyeonghaseyo”. Kata lelaki yang langsung tidak dikenali itu. Illhoon terus meluru kearah pintu. Dia tersengih.

  “Hyung!”,jerit Illhoon. Dia terus berlari memeluk lelaki itu. Peniel terkocoh-kocoh berlari mendapatkan Illhoon. Dia terdiam seketika.

  “Hyung-nim”,kata Peniel lalu segera bersalaman dengan lelaki tersebut.

  “Siapa ni?”,soal lelaki itu sambil memandang Sungjae. 

  “Ni adik kami. Sungjae ni L. L ni Sungjae”,lelaki itu terus menghulurkan tangannya tanda mahu bersalaman. Sungjae terus menyambut. 

  “Saya Sungjae”.

  “Dan saya Razzi. Bukan L”,kata lelaki itu sambil tersengih. Illhoon dan Peniel ketawa. 

  “Yah! Susahnya nak bezakan korang berdua. Razzi ni adik kembar L. L abang 
kembar Razzi. Muka mereka berdua memang serupa. Kadang-kadang  kami selalu tersilap mana satu L dan mana satu Razzi. Hahahaha. Ouh, kenapa awak datang?”,soal Peniel.
  “Abang saya ada disini?”.

  “Tak ada,lah pula. Kenapa?”,soal Illhoon.

  “Dia cakap dia jumpa Minhyuk. Jadi saya ingatkan dia datang ke sini”. Illhoon dan Peniel pandang sesama sendiri. 

  “Minhyuk hyung pun keluar”,kata Sungjae tiba-tiba. Razzi terus memandang Sungjae.

  “Jinjja? Ouh, gwenchana. Ah! Maaflah mengganggu kamu malam-malam begini. Ouh, saya balik dulu. Bye”,kata Razzi lalu terus pergi meninggalkan mereka semua.

  “Oh, tadi saya ada talifon Hyunsik. Dia kata mereka dah balik”,Peniel hampir terlupa info yang penting itu tadi. Razzi memandang mereka dan tersenyum.

  “Ouh, ye ke?. Kalau macam tu, tak apa,lah. saya balik dulu ye”,ulang Razzi lagi dan terus menghilangkan diri disebalik pintu utama rumah mereka.

  “Kemana hyung-nim pergi agaknya ye?”,soal Peniel namun tidak dijawab oleh sesiapa. Sememangnya dia tidak mahu apa-apa jawapan untuk soalannya itu.  

  ***************************************************************

Minhyuk berjalan dan terus berjalan. Dia berhenti dihadapan kedai baju sekolah. ‘Apa yang aku buat kat depan kedai ni?’,bisik hati kecil Minhyuk. Dia agak teragak-agak untuk masuk. Seseorang menolaknya dari belakang menyebankan dia masuk kedalam kedai itu. Dia menoleh kebelakang.

  “Hyung!”,kata Peniel yang berada dibelakangnya. Minhyuk tersenyum. Dia terus memeluk Peniel. Peniel membalas pelukannya. 

  “Buat apa kat sini?”,soal Minhyuk lalu meregangkan pelukan mereka. 

  “Nak beli baju untuk Sungjae”.

  “Bo? Ada duit ke?”,soal Minhyuk.

  “Ada. Hyung, tadi ada seorang lelaki datang rumah kita”.

  “Siapa?”.

  “Ayah Sungjae”.

  “Wae?”.

  “Dia nak ambil Sungjae balik. Katanya dia tak sangka la pulak yang omma akan hantar dia kerumah kita”,Peniel menerangkan keadaan sebenar. Minhyuk menggaru kepalanya yang tidak gatal.

  “Maksudnya?. Masa omma hantar dia kesini, ayah dia tak tahu ke?. Mana ayah dia pergi? Takkan bercerai kot?”,ada nada sindiran disitu. Peniel tersengih lalu menepuk bahu abangnya.

  “Hyung, beli baju dulu. Nanti balik kita sembang. Kedai ni pun sekejap lagi dah nak tutup”,kata Peniel lalu menarik tangan Minhyuk. Minhyuk menarik pula tangan adik kembarnya.

  “Wae?”,soal Peniel.

  “Kita mana tahu size si budak Sung tu”. Peniel tergelak secara spontan. 

  “Sama size dengan Penny la”. Peniel terus menarik tangan abangnya. 

  ************************************************************

  “Apa cerita?”,soal Minhyuk selepas mandi. Dia berdiri disebelah Peniel yang sedang menggosok baju sekolah Sungjae. 

   “Cerita? Cerita apa?”,kening Peniel terangkat. Minhyuk menghela nafasnya.

  “Cerita pasal ayah budak Sung tu la”,kata Minhyuk. Peniel terdiam. 

  “Ouh. Itu. Sekejap eh”,kata Peniel lalu menyudahkan kerjanya. Dia terus menyangkut uniform sekolah Sungjae dan menutup plag iron. Dia terus menghadap abangnya. 

  “Jom masuk bilik, hyung”,ajak Peniel. Mereke berdua terus pergi kearah bilik Minhyuk. Illhoon sedang menyiapkan kerja sekolahnya diatas katil. Minhyuk terus duduk dibirai katil tanpa menyedari bahawa dia sedang duduk diatas kertas kerja Illhoon. 

  “Hah! Ceritalah .. apanya?”,soal Minhyuk tak sabar. Peniel terus duduk menghadap abangnya. 

  “Macam ni, tadi ayah Sungjae datang. Dia nak ambil balik Sungjae. Dan dia minta maaf sebab menyusahkan kita semua menjaga Sungjae, makan minum dia lagi apa semua”.

  “Dia nak ambil budak Sung tu, then? Budak Sung tu nak ikut ayah dia balik ke?”,soal Minhyuk dengan muka tak puas hati.

  “Sungjae taknak ikut ayah dia balik”,jawab Peniel.

  “Wae?”.

  “Dia seronok duduk sini sebab katanya ada orang yang prihatin dengan dia. Even hyung ni selalu mengamuk kat dia, dia tetap anggap yang hyung prihatin kat dia”.

  Wait! Tak faham”,kata Minhyuk sambil menunjukkan tapak tangan kanannya dihadapan wajah Peniel. 

  Part mana yang tak faham?”,soal Peniel.

  “Saya tak faham. Kenapa dalam banyak-banyak ruang bilik yang luas ni, kenapa hyung nak jugak duduk diatas kerja kerja saya?”,soal Illhoon selamba sambil mencucuk pinggang abangnya,Minhyuk. Melompat Minhyuk kerana sakit semasa Illhoon mencucuk pinggangnya.

  “Omma!”,terjerit Minhyuk. “Aku pelangkung jugak la budak ni karang. Yang kau dah kenapa duduk kat sini?”,soal Minhyuk sambil pergi semula kearah katil. Illhoon menjelirkan lidahnya kepada Minhyuk. Dia terus mengambil kertasnya lalu mengemas semua kerja sekolahnya dan simpankannya ditempat yang sepatutnya. Dia duduk dibelakangkan oleh Minhyuk dan Peniel. Belum sempat Peniel membuka bicara, dia menarik lengan baju abang-abang tirinya serentak.

  “Kau nak apa?”,soal Minhyuk. 

  “Pandang Illhoon,lah”,katanya lalu menepuk-nepuk tilam empuk dihadapannya yang kosong. Mereka berdua terus memusingkan badan untuk menghadap Illhoon.

  “Puas hati?”,soal Minhyuk. Illhon sekadar tersengih. “Hah! sambung cerita”,sambungnya lagi.

  Part mana yang hyung tak faham?”,soal Peniel semula.

  “Ouh. Macam ni, masa omma hantar dia kesini, ayah dia tak tahu ke? Ke omma letak budak Sung tu tanpa pengetahuan ayah dia? Or lebih tepat, yang diaorang dah bercerai?”,Minhyuk menerangkan bahagian yang dia tidak faham.

  “Ouh, diaorang belum dan tak bercerai lagi. Masa omma campak si Sungjae tu kesini, ayah dia pergi ke Osaka. Jadi, omma kiranya buat keputusan tanpa pengetahun suami dia la”,celah Illhoon. Minhyuk terdiam.

   “Ouh, macam tu”,kata Minhyuk lalu mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti.

  “Kalau pasal duit belanja untuk Sungjae, hyung jangan risau sebab ayah dia support semuanya”,sambung Peniel. Minhyuk sekadar menjungkitkan kening kanannya.

  “Kedekut jugak la bapak dia, sebab support anak dia seorang aje. Tak support kita sekali”,kata Illhoon. Selamba. Peniel menolak pipi Illhoon. Minhyuk mengambil bantal lalu memukul adik tirinya.

  “Kau ni,kan .. kenapa tadi kau tak tanya bapak dia sendiri?. Aish, budak ni. Aku campak la jugak kau kat bawah karang”,kata Minhyuk sambil tersengih. Illhoon mengambil bantal lalu campak pada muka Minhyuk. DAM! Memang tepat. Minhyuk terus menerkam badan Illhoon lalu menggeletek Illhoom. Terburai ketawa Illhoon.
Peniel terus keluar dari bilik itu. Dia mengemas dapur lalu masuk kedalam biliknya. Dia melihat Sungjae sedang menghadap laptop miliknya. Tapi wajah Sungjae sedikit aneh. Peniel menepuk bahu Sungjae.

  “Omma!”,terjerit adiknya itu lalu menoleh kebelakang. Melihat wajah abang kesayangannya membuatkan dia mengurut dadanya.

  “Tengok apa tu? Kenapa muka macam takut aje?”,soal Peniel. 

  “Itu..”,kata Sungjae lalu menunjukkan sesuatu di skrin laptopnya. Peniel tergelak 
kecil.

  Game ni ke?”,soal Peniel. Sungjae mengangguk. “Mana dapat?”,sambungnya lagi.

  “Terjumpa bawah katil”. Peniel sekadar mengangguk. 

  “Mainlah”,kata Peniel. Sungjae terdiam. “Wae?”,soal Peniel. 

  “Macam mana nak main? Game ni menyeramkanlah”,kata Sungjae tanpa selindung. Peniel tergelak. Dia terus menutup game itu dan menutup laptopnya. 

  “Esok kita main. Memandangkan lusa kita cuti, jadi esok kita main puas-puas”,pujuk Peniel lalu terus menapak kearah katilnya.

       *********************************************

  “Penny, balik awal jom”,ajak Minhyuk. Peniel sekadar menggeleng. 

  “Kenapa?”,soal Minhyuk hairan.

  “Eh, boleh aje. Tapi temankan Penny pergi kedai PC la”,katanya.

  “Sebab?”.

  “Nak belikan laptop untuk Sungjae”.

  “Buat apa?”.

  “Nanti malam boleh la kita main game Left 4 Dead sama-sama. Hyung,kan minat game tu”.

  “Eh! Game tu,la. Ha’ah. Mana jumpa?. Beli baru ke?”,soal Minhyuk. Ada nada gembira disitu. Peniel menggeleng.

  “Taklah. Semalam Sungjae jumpa CD game tu kat bawah katil. Dia bukak game tu semalam kat pc Penny, tapi dia tak tahu macam mana nak main”,terang Peniel. Kening kiri Minhyuk terangkat. 

  Then kenapa nak pergi beli laptop untuk budak Sung tu pulak?”.

  “Kita main la in team. Main berempat. Macam kita selalu main dengan Hyunsik. 
Takpun dengan L”,kata Peniel dan terus berlalu. Minhyuk mengikut Peniel dari belakang.

  “Dia pandai main ke?”,soal Minhyuk. 

Tanpa menoleh, Peniel menjawab, “Kita ajarlah”. Jawapannya ringkas. 

            *************************************************

  “Hai Sungjae. Balik jom”,ajak Hyorin. Sungjae segera menoleh.

  “Dah jumpa ke prince awak?”,soal Sungjae. Hyorin pantas menggeleng. Sungjae tersenyum. 

  “Percayalah cakap saya, suatu hari nanti awak pasti akan jumpa dia. Sama ada lambat or cepat, itu saya tak pasti tapi awak pasti akan jumpa dia”,kata Sungjae dan terus berlalu. Hyorin terdiam. Dia segera menarik lengan Sungjae.

  “Apa maksud awak?”.

  “Percaya ajelah cakap saya. Nanti awak akan jumpa”. Sungjae memegang kepala Hyorin. 

  “Hyorin! Jom balik”,jerit Dasom yang berada dihadapan muka pintu. Dia terlihat keadaan dimana Hyorin sedang memegang lengan Sungjae dan Sungjae pula sedang memegang kepala Hyorin. 

  “Wei, Dasom. Laju betul la kau la .. omo!”,terkejut Soyou melihat keadaan mereka berdua. Hyorin terus melepaskan pegangannya tapi tidak pula Sungjae. Tangannya masih dikepala Hyori. Sehun dan Kai muncul dibelakang dua gadis itu menyebabkanSungjae baru menjatuhkan tangannyadari kepala Hyorin.

  Keempat-empat mereka terus memerhatikan Hyorin dan Sungjae. Hyorin memandang wajah Dasom. Merah padam. Sungjae yang tidak tahu apa-apa sekadar menundukkan sedikit kepalanya. Dasom menghentakkan tangannya pada pintu dan terus beredar. Sakit dada Sehun dan Kai bila dilanggar Dasom. 

  “Aduh! Sakitnye la”,kata Kai dan Sehun serentak. “Apa tadi tu. Orang ke batu?”,soal Sehun yang masih lagi memegang dadanya. Soyou terus mengejar Dasom. 

  “Alamak”,bisik Hyorin. Sungjae pelik dengan perkataan yang baru keluar dari mulut Hyorin. 

  “Wae?”,soal Sungjae. Hyorin sekadar menggeleng lalu terus beredar.

  “Kau buat apa tadi?”,soal Kai. Sungjae sekadar tersengih. Dia menyandar didinding kelas. Kedua tangannya dimasukkan kedalam kocek seluarnya. Kepalanya didongakkan keatas.

  “Tu bukan penolong kelas ke tadi?”,soal Sehun pula sambil tangannya disandarkan pada dinding sebelah Sungjae.

  “Dia cakap yang dian nak jumpa prince dia aje. Aku cakap la yang dia pasti akan jumpa suatu hari nanti. Itu aje”,jelas Sungjae. Kedua teman baiknya mengangguk tanda faham. Sehun mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Sehelai kertas.

  “Nah, ni nombor Dasom”,kata Sehun lalu menyerahkan pada Sungjae. Sungjae mencapai kertas itu dengan dahi yang kerut seribu. 

  “Untuk apa?”,soal Sungjae.

  “Nanti kau call la dia”,jawab Kai pula lalu mengenyitkan matanya pada Sehun.

  “Untuk apa?”,soalnya lagi.

  “Tenangkan perasaan dia ke. Well, esok cuti. Maybe dia boleh la lepas rindu kat kau”,kata Kai lalu terus berlalu pergi. Diikuti dengan Sehun. Sehun sekadar mengenyitkan mata kepadanya dan terus pergi meninggalkan Sungjae dalam keadaan tertanya-tanya.

    *********************************************************

  “Haih, harap la Sungjae tu boleh sangkut dengan Dasom”,kata Kai sambil tersenyum lebar. Sehun sekadar memerhatikan temannya.

  “Kenapa kau yang beria-ia?”.

  “Saje je. Kenapa? Tak boleh?”.

  “Boleh la sangat”,kata Sehun lalu memasukkan tangannya kedalam kocek kotnya. Dia terpegang sehelai kertas kecil. Dia terus mengeluarkan kertas itu.

  “Ape ni?”,dia bermonolog sendiri lalu membuka lipatan kertas itu. Tertera nama Dasom diatas kertas itu. Dan dibawahnya terdapat barisan nombor. Terbuntang mata Sehun. Serta merta kakinya berhenti dari melangkah. 

Selepas beberapa langkah Kai berada dihadapan, dia perasan bahawa tiada sesiapa disebelahnya. Dia terus menoleh kebelakang dan melihat Sehun sedang memegang satu kertas kecil dengan mata yang terbuntang dan mulut yang sedikit terbuka. Kai terus berlari mendapatkan temannya.

  “Kau kenapa wei?”,soal Kai sambil memegang bahu temannya. Dia melihat kertas yang sedang dipegang oleh Sehun. Kini, giliran dia pula untuk melopong.

  “Wei, kalau ni nombor Dasom, habis .. yang kasi tadi tu nombo siapa?”,soal Kai lalu menolak lembut bahu Sehun.

  “Aku rasa .. tu .. tu .. nombor .. nombor SOYOU!”. Melopong Kai mendengar jawapan Sehun. Dia terus menepuk dahinya. 

  “Macam manalah aku boleh kasi nombor Soyou pulak ni”. Sehun menghentukkan kepalanya didinding tepi jalan. Kai seperti teringat sesuatu.

  “Mana kau dapat nombor Soyou?”.

  “Hehehehe, aku mintak dia la tadi. Lupa la pulak yang kat dalam ni ade dua kertas. Ottokhe?”,soal Sehun pula. 

  “Kita call Sungjae ajelah. Senang cerita. Nak balik sekolah? Kita dah jauh dah ni. Kalau balik pun, maybe si Sungjae tu dah balik rumah. Kita call dia ajela”,kata Kai lalu mengeluarkan handphonenye. Dia mendail nombor Sungjae. Hanphonenya ditekapkan pada telinga. Berdering. Lama. Tiada jawapan.

  “Tak angkat la pulak”,kata Kai. Sehun yang sedang kelaparan terus memegang perutnya yang berbunyi. Kai memandang temannya. Dia terus mencebik.

  “Yelah, yelah. Balik la jom”,ajak Kai. Sehun sekadar tersengih. Mereka berdua mula menapak pulang kerumah.